Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan baik. Pengalaman pernah berkursus Di KD Pelandok memudahkan lagi urusan melapor. Para pegawai pun mudah mesra kerana kebanyakannya telah dikenali sebelum ini dan penyampaian maklumat dan informasi berjalan lancar. Cuma ada kesilapan yang agak besar pada surat melapor, agak memalukan dan awal-awal lagi dah kena 'pau' pasal kesilapan tersebut. Hari nie bertemu dengan KF dan dapat panggilan alu-aluan dari YDP Wisma Samudera. Merintis kitaran 'Tri-Service' dengan membuka sejarah baru bersama Tentera Laut. Semoga sentiasa mendapat keberkatan dari Allah... Ameen.
No comments:
Post a Comment