Sebuah kisah yang sangat terkesan sepanjang belajar di Unitar adalah kisah seorang pensyarah saya yang berazam mendidik dengan ikhlas kerana baginya, itu sahajalah jariah baginya untuk ibunya yang telah meninggal dunia.
Aku bertanyakan kepada diriku sendiri, apakah jariah untuk ibuku? Satu yang pasti, dan aku yakin, masakan ibuku adalah terbaik. Dari pemerhatian aku sepanjang perantauan aku sebagai pegawai tentera. Ini menimbulkan kesedaran untuk aku menguasai ilmu yang ada pada ibuku agar aku dapat menyampaikan rasa masakan ibuku dan ilmu hebat disebaliknya.
Hari ini selepas kelas Dr Johari di Unitar, aku nekad until belajar membuat salah satu resepi hebat dari wan-ku, Hajah Norjaya. Resepi ini hanya muncul pada 2 perayaan besar umat Islam. Boleh kerana keunikannya, resepi yang dikenali sebagai 'Sambal Lodeh' ini dapat dirasa hanya jika beraya dirumah anak-anak dan cucu-cucu wan-ku. Lebih unik lagi, kerana ramainya anak-anak dan cucu-cucu wan-ku, aku boleh merasa perbezaan dari satu rumah ke rumah lain. Sedikit perbezaan dari warna, tektur, rasa dan sebagainya. Namun begitu, ia tetap menyebabkan hindangan licin menjilat jari.
|
Mak mengajar memilih bawang |
Hujan petang tadi tidak menghalang aku dan ibuku ke pasar malam Seksyen 19 untuk membeli barang-barang keperluan untuk membuat Sambal Lodeh. Antara barang yang dibeli,
1. Daging 500g: RM 13.00
2. Udang 1kg: RM 26.00
3. Cili Kering: RM 1.00
4. Bawang Besar 1kg: RM 5.00
5. Belacan: RM 3.00
6. Asam Jawa: RM 3.00
Ini bukan keseluruhan keperluan untuk membuat sambal lodeh, berikut adalah keperluan yang sepatutnya aku kena beli tetapi ibuku menyatakan masih ada lagi di rumah.
1. Minyak Masak
2. Gula Melaka
3. Gula
4. Garam
5. Santan (beli pagi Ahad)
Sesampai di rumah, tugasan pertama adalah memotong cili meeting dengan halus dan mengopek kulit bawang. Pada masa yang sama, daging dan udang direbus. Tujuan dating direbus agar ia empuk dan yang lebih penting menurut ibuku adalah kita boleh melihat urat daging. Ini memudahkan kerja-kerja memotong daging tersebut kepada bentuk dadu. Udang pula direbus sehingga kekuningan untuk dua tujuan, untuk mengelakkan dari menjadi terlalu busuk dan air rebusan udang itu nanti akan digunakan untuk membuat sambal lodeh. Ia memaniskan dan menaikkan selera.
Daging dan udang disimpan di dalam petisejuk dan bersambung esok.