Tuesday, February 28, 2012

Injil Ori



ANKARA: Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu. Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad. Bagaimanapun Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya. Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad. Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama diberkati. Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunan Nabi Ismail. Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Luke dan John. Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian. Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew). Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemui Turki ketika operasi antipenyeludupan pada 2000. Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba. Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta). Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul. Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa. Berita Harian Online, 28 Feb 2012

Tuesday, February 07, 2012

Padang Kota Lama

Jambatan Pulau Pinang yang sudah ada 3 lane :)
Pantai Teluk Asam di Bayan Lepas.
Ramuan Pasembur untuk dipilih.
Padang Kota Lama merupakan tempat paling popular jika berkunjung ke Pulau Pinang. Ia juga merupakan tempat yang mempunyai banyak kenangan bagi saya dan juga bekas pelajar USM. Bukan sahaja tempat untuk bersantai di tepi laut sambil menikmati makanan kegemaran seperti pasembur, rojak mee dan sebagainya tetapi ia juga merupakan tempat saya dan rakan PALAPES USM melakukan perbarisan setiap kali tiba Hari Kebangsaan 31 Ogos.
Cuti panjang kali ini, bapa mertua mengajak kami melawat adik ipar saya di Kulim sekaligus terus jalan-jalan makan angin di Pulau Pinang. Walaupun pun Ad hoc, namum beberapa lokasi telah dipilih untuk memeriahkan percutian kami ini. Pertamanya kami telah pergi ke Masjid Negeri Pulau Pinang untuk solat jamak dan diteruskan ke Pantai Teluk Asam, di Bayan Lepas kerana percubaan untuk mendapatkan 'apartment house' gagal kerana semuanya telah dibooking! :) Sesuatu yang ajaib jika ada lagi yang kosong! huhu
Seterusnya kami ke Padang Kota Lama untuk merasa suasana di Esplanade dan makan makanan utara yang popular iaitu pasembor. Memang tidak dapat dinafikan, keunikannnya masih lagi menjadi tarikan walaupun saya telah meninggalkannya berbelas tahun yang lalu (akhir di USM pada 1998!)
Akhir sekali, kami mencuba pengangkutan laut yang klasik, Feri Pulau Pinang. Opersainya masih berjalan dengan lancar dan masih ramai yang menggunakan perkhidmatan ini. Sempat mengambil beberapa gambar sebagai kenangan dengan menggunakan DSLR sebagai tanda kenang-kenangan di Pulau Mutiara. Tak tahu bila akan dapat peluang untuk sampai ke pulau ini lagi . :)