Saturday, September 04, 2010

Orang Salah

Sepanjang dalam perkhidmatan ini, saya kerapkali berhadapan dengan mereka yang kurang bernasibbaik. Bukan kerana mereka tidak mempunyai ketahanan fisikal dalam menghadapi kehidupan sebagai seorang tentera tetapi ketahanan mental dan rohani yang rapuh menyebabkan mereka membuat keputusan yang 'pelik' semasa mereka bertugas.

Di antara tugas tambahan yang tidak menyenangkan adalah tugas sebagai Pegawai Penyiasat a.k.a YDP dalam BOI (Board of Inquiry). Tugas yang harus dilaksanakan dalam masa dua minggu dalam bentuk laporan terhadap anggota yang melakukan kesalahan seperti penyalah gunaan najis dadah, THTC dan sebagainya. Ada berbagai kenangan yang telah saya lalui dan pelajaran yang menjadi panduan dalam perkhidmataan ini.

Pertamanya, kisah seorang App Tentera Udara yang THTC selama setahun. BOI yang saya lakukan tidak dapat merumuskan dengan pasti kenapa beliau THTC. Setelah kembali dari THTC, saya berpeluang mendapatkan kisah sebenar kenapa beliau THTC. Beliau menceritakan bahawa dalam perjalanan ke Alor Setar, beliau telah singgah di Pudu Raya, Kuala Lumpur. Pada ketika itu beliau mula mengalami situasi kekeliruan yang beliau sendiri tidak faham. Beliau tidak tahu menggunakan telefon bimbit, tidak dapat mengingati keluarganya dan beliau hanya mampu pergi ke masjid untuk berehat di situ. Di sana beliau bertemu dengan seorang lelaki yang membatu beliau sepanjang THTC. Sejak dari hari itu, dia tinggal di KL dan bertugas sebagai Pengawal Keselamatan sehinggalah satu ketika ingatannya kembali semula dan dia menyerah diri.

Seterusnya, kisah seorang yang didapati air kencingnya positif dadah. Beliau telah dihadapkan ke mahkamah tentera. Menariknya beliau telah menang kes itu dengan mengupah seoarang peguam awam berbangsa India. Sangat petah sehingga peguam tentera dan saksi gelisah sepanjang sidang Mahkamah tentera sedang berjalan.

Seorang anggota yang berasal dari Terengganu yang tiba-tiba hilang tanpa dikesan. Seorang pelajar yang bijak namun datang dari keluarga yang berpendapatan rendah. Ibunya sangat sedih dan kerap menelepon saya sepanjang anaknya THTC. Sehinggalah pada suatu pagi raya, Ibunya menelepon dan memberitahu anaknya kini berada di selatan Thailand seteleh menerima surat dari anaknya.

Saya pernah mengiringi seorang anggota yang didakwa di maklamah syariah kerana kesalahan berkhalwat. Beliau hampir sahaja di penjara kerana tiada duit untuk membayar denda, di saat beliau hendak dibawa kepenjara, datang seorang 'awek' meminjamkan wang yang agak banyak dan akhirnya beliau dibebaskan.

Terkini, saya dilantik sebagai pegawai pembela. Tugasnya hanyalah membantu sidituduh yang sudah mengaku bersalah kerana THTC agar diringankan hukuman. Alhamdulillah, dari hukuman maksimum 2 tahun, anggota tersebut dipenjara selama 16 bulan.

Di dalam tentera, tindakan kita umpama suatu percikan dan percikan itu akan mewujudkan reaksi berantai yang sangat panjang. Makanya, peliharalah tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita.

11 comments:

Unknown said...

Mohon feedback dari tuan.

Unknown said...

Saya telah thtc lebih dari 28 hari jika saya melapor ke unit saya adakah saya akan terus diberhentikan selepas menjalani.hukuman?sbb saya ingin berhenti tuan.mohon jasa baik tuan untuk explain pada saya tentang status saya tolong tuan.

Unknown said...

Ya, kamu akan ditahan untuk dibuat siasatan atas arahan Pegawai Memerintah. Pegawai Memrintah juga akan membuat keputusan untuk dibicarakan atau dijatuhkan hukuman. Biasanya kamu akan dihukum berdasarkan keputusan PM dan diberhentikan dari perkhidmatan.

Nasihat saya, segera menyerahkan diri ke kem atau balai polis berdekatan dan bersedia untuk ditahan. Kerjasama kamu sebenarnya memudahkan banyak kerja orang lain.

Saya doakan kamu agar Allah permudahkan segala urusan kamu. Ameen.

Unknown said...

Tuan sekiranya saya terus melapor ke military police adakah pihak mp akan hantar saya ke unit asal saya?atau pihak mp akan terus hantar saya ke ptat selepas selesai menjalani hukuman d ptat? Apa procedure sterusnya tuan?

Unknown said...

Tuan sekiranya saya terus melapor ke military police adakah pihak mp akan hantar saya ke unit asal saya?atau pihak mp akan terus hantar saya ke ptat selepas selesai menjalani hukuman d ptat? Apa procedure sterusnya tuan?

Unknown said...

Kamu akan dihantar ke unit asal kamu terlebih dahulu. Di sana, Pegawai Memerintah akan buat keputusan. PTAT itu adalah tempat sekiranya kamu telah dijatuhi hukuman. Ini semua bergantung kepada jenis kesalahan yang kamu lakukan.

Unknown said...

Kenape org thtc lapor kembali..adakah kerana payah keje dgn memgunakan my tentera

Unknown said...

Kenape org thtc lapor kembali..adakah kerana payah keje dgn memgunakan my tentera

Unknown said...

Kenape org thtc lapor kembali..adakah kerana payah keje dgn memgunakan my tentera

Unknown said...

Saya sudah THTC selama 3 tahun lebih...saya ingin serah diri tapi bila teringat anak saya tidak jadi serah diro

Unknown said...

Hati saya brbelah bagi ugk saya kembali ke paskan