Monday, February 15, 2010

Suap

Apabila saya melihat anak saya mula belajar mengaji dan menulis, saya rasa ada yang tidak kena dengan kaedah pengajaran di negara kita. Guru yang garang diperlukan dan murid yang semakin tidak bermotivasi untuk belajar kerana ilmu terpaksa disuap untuk belajar.

Adakah konsep pendidikan kita berteraskan konsep 'dipaksa suap' atau 'menyuap'? Definasi saya bagi 'dipaksa suap' adalah guru yang memaksa pelajarnya untuk terus belajar sedangkan, pelajar sudah hilang minat dan keikhlasan untuk belajar kerana mindanya diasak-asak dengan ilmu yang membosankan baginya.

Menyuap pula bermaksud, guru secara terus menerus menyampaikan ilmu kepada pelajarnya yang minat tanpa membantu membina kemahiran ikhtiar diri untuk mencari ilmu itu sendiri. Pelajar menerima, mengulang-ulang pengetahuan yang diperolehinya dan memuntahkan sepenuhnya di atas kertas peperiksaan.

Apa yang saya lihat, budaya pendidikan ini tidak mendidik orang Malaysia menjadi penuntut yang sentiasa dahagakan ilmu. Ilmu menjadi sesuatu yang membosankan dan tiada keperluan untuk menguasainya. Menuntut ilmu hanya perlu dibangku sekolah sahaja.

Akibatnya, orang Malaysia terkenal dengan budaya tidak suka membaca atau menulis. Apalagi jika bercakap ilmu mengira! Budaya mencari ilmu tidak seperti yang disarankan sehingga ke liang lahad. Budaya ini menjadikan kita hanya 'cerdik' semasa dibangku sekolah dan semakin 'sembab' apabila umur kita meningkat.

Berbeza dengan sistem pendidikan negara maju. Salah satunya adalah Australia. Negara yang pernah saya lawati untuk jangka masa yang agak lama. Sistem pendidikannya berteraskan 'menuntut ilmu'. Anak-anak diasuh untuk berfikir untuk mendapat ilmu bukan tunggu untuk disuap atau dipaksa suap.

Menurut seorang pegawai kanan yang berkhidmat di sana, anaknya belajar tentang photosentesis dengan membawa pasu kecil, tanah dan anak benih. Belajar tentang kehidupan secara praktikal. Begitu juga seorang pensyarah dalam bidang seni bina yang saya temui di Malaysia Hall Sydney. Beliau menyatakan perbezaan belajar 6 bulan di Malaysia dan 6 bulan di Australia. Di Malaysia, beliau hanya mencari bahan dari perpustakaan, tapi di Australia, beliau diminta mencari seminar atau syarahan berkaitan dengan thesisnya dimana-mana di dalam dunia ini. Dibayar untuk mendengar syarahan (ilmu yang terkini) dan dibayar untuk bertemu dengan penysarah (sumber ilmu).

Membaca surat khabar hari ini, hampir 60% murid masih gagal menguasai 3M. Adakah kaedah sedia ada gagal untuk menjadikan pelajar kita 'penuntut ilmu'? Sesuatu harus dilakukan untuk mengelakkan Malaysia hancur kerana ramainya rakyat yang lemah pemikiran di masa hadapan.

5 comments:

hamada hamdi said...

salam cikgu.

saya sangat sependapat dengan buah fikir cikgu yang ini.

saya tamat spm di sekolah menengah, terus mula degree program. dan saya masih menuntut.

habis je sekolah saya dapat rasa ada sesuatu yang hilang dalam 'sistem' pendidikan negara.

dalam pengamatan saya pada kawan-kawan yang lain, dalam hati saya kata 'inilah hasil sistem pendidikan negara kita'. macam2 versi ada.

sistem yang bila mana seseorang tu telah sempurna melaluinya tidak memberikan apa2 nilai ilmiah pada manusia bahkan merosak sebab kita terlalu didoktrin supaya belajar untuk exam, bukan belajar kerna ilmu. tambahan ilmu yang diajar disekolah tak mengisi kekosongan rohani dalam jiwa remaja.

satu lagi, 5 tahun di sekolah menengah sangat membuang masa sebab pelajar perlu belajar SEMUA cabang ilmu yang ada. kenapa tidak terus dikhususkan saja jalannya?

sebagai contoh pelajar perubatan perlu belajar calculus semasa di pusat persediaan. bukankah ini satu pembaziran waktu?

sekian.

NORAIN said...

sungguh saya setuju dengan pengamatan cikgu itu...
bila agaknya Malaysia akan berubah, jauh ketinggalan sebenarnya...

Amir Azmi said...

Salam,

terima kasih atas pandangan. Pada saya, hanya kita yang faham kena berubah. agar perubahan kita dapat mengubah orang yang berada di sekitar kita, InsyaAllah. :)

cikgubedah said...

salam...saya pun rasa sama macam suadara azmi. ada yang tak kena dengan sistem di sini. tapi, kadang-kadang saya sendiri tukar sistem tu, maksudnya cara saya mengajar. saya adopt & adapt apa yang saya tonton dalam filem barat (mengenai pendidikan le..)dan saya laksanakan di sekolah, hasilnya murid-murid lebih ingat apa yang saya ajar sebab mereka sendiri yang cari maklumat, bukannya sekadar menerima 'suapan' saya.

chelsea lisa said...

sya amat bersetuju dgn pendapat en amir. Setakat pengetahuan sya la kan, skrg ni KPM telah mengadakan sekolah sekolah cemerlang, kluster dan sekolah yang bertaraf tinggi. Di mana sekolah sekolah ini, mencuba sistem pengajaran yang berasaskan pelajar. Pengetua diberikan mandat untuk memilih guru yang terbaik mengajar di sekolah dan mengadakan aktiviti berasaskan pelajar utk pelajar lebih minat belajar (seperti yang di nyatakan oleh en.amir) its a slow step but ..boleh la.. maybe in few years time, it will become something like you've said. Unfortunately, not many schools are appointed as such.