Friday, April 25, 2008

Takut

Sudah lebih sembilan tahun saya mengajar Matematik, ada satu perkara yang menarik tentang pelajar-pelajar saya. Perkara tersebut adalah 'ketakutan' menjawab soalan Matematik. Bunyinya macam lucu tapi itulah kenyataannya.

Apa yang saya nyatakan di atas berlaku di kalangan segelintir dari para pelajar saya. Namun, tingkahlaku tersebut sememangnya merencatkan penyerapan ilmu matematik ke dalam otak mereka.

Kerap kali saya melihat sebilangan pelajar yang mula termenung melihat papan putih tanpa menyentuh mata pena mereka ke atas kertas jawapan. "Adakah mereka sedang membaca Matematik?". "Matematik boleh dibaca ke?".

Bila ditanya "kenapa tak buat lagi?", jawapan lazim yang diberi adalah "saya sedang cuba nak paham" atau diam dan tersengih.

Antara nasihat yang selalu saya beri, "kita kena cuba dulu, salah kalau tak cuba!". Bagi saya orang yang mencuba tetapi tidak berjaya lebih mulia dari orang yang hanya termenung melihat papan putih dan tersengih bila ditegur!.

Kita kena cuba agar kita kenal siapa diri kita dan apabila kita kenal diri kita, InsyaAllah kita mampu memandu diri kita ke arah kejayaan!. Berani menghadapai 'ketakutan'.

Macam cogankata kasut terkenal, belajar Matematik kena 'just do it'!!

8 comments:

Syam said...

cikgu...dlu sy boring ngn add math. lg2 bile cikgu aja ms form 4. sbb sy xde minat ngn add math. tp skg sy minat gile ngn math. thanx cikgu sbb ajar sy math

Unknown said...

Sebenarnya, sikap manusia ini hanya boleh diubah oleh yang tuan badan. sukar nak ubah sikap orang lain, lebih-lebih lagi mengubah manusia menghadapi cabaran yang besar.

Cuma orang beriman dan bertakwa sahaja yang Allah akan permudahkan perjalanan hidupnya, InsyaAllah.

Awak kena motivasi orang lain, agar orang lain rasa yakin tentang diri sendiri sepertimana kamu yakin dengan diri sendiri. :)

Unknown said...

Saya ada melawat ke KD tuah masa Hari Armada yang lepas :)

_______
Dulu saya juga selalu susah bila belajar matematik tetapi selepas belajar dengan seorang lecturer yang selau sebut "Maths ni kacang je", "maths ni senang je", sampaikan ia tertanam kukuh dalam minda saya bahawa Maths itu senang. Akhirnya keputusan peperiksaan matematik saya setiap penggal sentiasa "cantik".

Kata-kata itulah yang selalu saya tanamkan kepada pelajar2 sekarang.. :)

Unknown said...

Bagus cikgu, semoga Allah permudahkan urusan cikgu menyampaikan ilmu kepada manusia lain, Ameen.

Anonymous said...

1,2,3,1...... assalamualaikum tuan....... sy memang x pndai matematik..... sy mmg trauma ngan math dr dulu lg.... msuk klas math je sy ngantuk........ tp berkat skot jump....... brula sy mula sdar dlm tentera ni kena paksa smuanya....... hehehehehe....... alhamdulilah skang ni sy mula mmahami math dan sy akn mengambil paper math nie...... doakan kami brjaya dan slamat brcuti..... thannk you sir...... 1,2,3,1 commemt slesai kbanaran mnjalankan tugas tuan.........

Unknown said...

Apa pun, kena buat latihan banyak-banyak! itu jer cara nak berjaya.

and, selalu la jumpa saya tanya soalan. Senyap jer! Saya selalu consider kamu semua dah faham. Alhamdulillah.

hayad said...

siapa yg snap gambo tgn cikgu tgh ngajo tu? suka la gambo tu.

Unknown said...

cikgu la snap gambar tu :). Tiap-tiap hari masuk kelas tu dan bila cikgu lihat cahaya dari tingkap masuk, cikgu dapat idea nak main dengan cahaya dalam kelas tu. So, satu hari bawak kamera dan terus snap gambo kelas dan pelatih.

Masih banyak lagi kekurangan, kena rajin berusaha lagi :)