Tak pernah saya terfikir yang satu hari nanti saya akan berpeluang belajar teknik-teknik fotografi perkahwinan dari orang yang mahir dalam bidang ini. Asal memiliki DSLR ini cumalah untuk mendapatkan hasil gambar yang menarik dan sedikit manupulasi photshop. Namun, pada hujung minggu yang lepas saya telah berguru dengan seorang pakar dalam fotografi perkahwinan, Udey Ismail dan CandidSyndrome. Setakat ini, inilah kursus fotografi yang saya paling enjoy!.
Sebenarnya, kemahiran fotografi sahaja tidak cukup. Sebagai jurugambar perkahwinan kemahiran PR dan komunikasi adalah perkara yang paling penting bagi memastikan seluruh keluarga pengantin memberi kerjasama dalam menghasilkan produk yang sangat bernilai. Produk yang menjadi kenangan seumur hidup. Ramai jurugambar tidak begitu mengambil berat tentang nilai 'chemistry' antara jurugambar dengan pelanggannya dan kegagalan inilah menyebabkan hasil gambar yang diperolehi tidak 'natural', kaku!
Dismaping itu, pengetahuan pemasaran juga sangat penting. Ini kerana ramai bakal pengantin suka duduk di atas pagar dalam membuat keputusan untuk mendapatkan khidmat jurugambar perkahwinan. Cik Ainiyah telah mendedahkan rahsia sulitnya (walaupun saya yakin, ada banyak lagi racunnya!!) tentang strategi pemasaran dalam bidang fotografi perkahwinan.
Pada hari kedua (23 Mac 08, Ahad) kami beramai-ramai 'menjajah' Pekan Kajang untuk melakukan praktikal fotografi perkahwinan. Beberapa jurugambar CandidSyndrome juga menyertai kami dan membantu mempermudahkan lagi tugas Udey. Banyak perkara yang saya belajar dan yang menarik adalah keupayaan mengambil gambar di dalam keamatan cahaya yang rendah.
Sebelum ini, keamatan cahaya yang rendah merupakan seteru utama kepada DSLR saya. Sehinggakan saya terpaksa mengumpul duit untuk membeli 'flash'. Dalam praktikal ini, saya langsung tidak menggunakan flash. Dengan hanya menggunakan mode 'metering spot' dengan ISO yang agak besar saya berjaya menghasilkan gambar yang tidak kabur malah mendapat cahaya secukup rasa. Best!!
Antara ayat Udey yang masih teriang-iang diteliga saya, "main dengan framing, foreground background, crop dengan mata, asah mata". InsyaAllah saya tidak akan persiakan ilmu yang telah saya perolehi. Terima kasih cikgu-cikgu, terima kasih rakan-rakan, terima kasih Romi dan Laila.
3 comments:
makin cun arr gambarr....
boleh la sikit-sikit, banyak lagi nak perlu dipelajari :)
lawa gambarnya, saya pun nak belajar...
Post a Comment