Thursday, March 27, 2008

Wedding in CS Way



Tak pernah saya terfikir yang satu hari nanti saya akan berpeluang belajar teknik-teknik fotografi perkahwinan dari orang yang mahir dalam bidang ini. Asal memiliki DSLR ini cumalah untuk mendapatkan hasil gambar yang menarik dan sedikit manupulasi photshop. Namun, pada hujung minggu yang lepas saya telah berguru dengan seorang pakar dalam fotografi perkahwinan, Udey Ismail dan CandidSyndrome. Setakat ini, inilah kursus fotografi yang saya paling enjoy!.

Sebenarnya, kemahiran fotografi sahaja tidak cukup. Sebagai jurugambar perkahwinan kemahiran PR dan komunikasi adalah perkara yang paling penting bagi memastikan seluruh keluarga pengantin memberi kerjasama dalam menghasilkan produk yang sangat bernilai. Produk yang menjadi kenangan seumur hidup. Ramai jurugambar tidak begitu mengambil berat tentang nilai 'chemistry' antara jurugambar dengan pelanggannya dan kegagalan inilah menyebabkan hasil gambar yang diperolehi tidak 'natural', kaku!

Dismaping itu, pengetahuan pemasaran juga sangat penting. Ini kerana ramai bakal pengantin suka duduk di atas pagar dalam membuat keputusan untuk mendapatkan khidmat jurugambar perkahwinan. Cik Ainiyah telah mendedahkan rahsia sulitnya (walaupun saya yakin, ada banyak lagi racunnya!!) tentang strategi pemasaran dalam bidang fotografi perkahwinan.

Pada hari kedua (23 Mac 08, Ahad) kami beramai-ramai 'menjajah' Pekan Kajang untuk melakukan praktikal fotografi perkahwinan. Beberapa jurugambar CandidSyndrome juga menyertai kami dan membantu mempermudahkan lagi tugas Udey. Banyak perkara yang saya belajar dan yang menarik adalah keupayaan mengambil gambar di dalam keamatan cahaya yang rendah.

Sebelum ini, keamatan cahaya yang rendah merupakan seteru utama kepada DSLR saya. Sehinggakan saya terpaksa mengumpul duit untuk membeli 'flash'. Dalam praktikal ini, saya langsung tidak menggunakan flash. Dengan hanya menggunakan mode 'metering spot' dengan ISO yang agak besar saya berjaya menghasilkan gambar yang tidak kabur malah mendapat cahaya secukup rasa. Best!!

Antara ayat Udey yang masih teriang-iang diteliga saya, "main dengan framing, foreground background, crop dengan mata, asah mata". InsyaAllah saya tidak akan persiakan ilmu yang telah saya perolehi. Terima kasih cikgu-cikgu, terima kasih rakan-rakan, terima kasih Romi dan Laila.


Tuesday, March 18, 2008

Perkahwinan Amir Arizon


Sehari selepas menghadiri kursus fotografi di Putrajaya, saya serta merta menjadi 'bidan terjun' jurugambar untuk majlis perkahwinan. Walaupun bukan 'Prime Photographer', saya tetap juga mengambil secara serius mengambil gambar majlis perkahwinan adik saya. Adik saya telah menempah jurugambar perkahwinannya sendiri.
Saya sempat berkenalan dengan jurugambar ini, bukan calang-calang orang. Beliau merupakan Pereka Bentuk Akhbar bagi KOSMO!. Boleh lawat fotopagesnya untuk melihat biografinya.
Alhamdulillah, walaupun hasilnya tidak seberapa, tapi pengalaman yang saya dapat besar nilainya. Sudut gambar, komunikasi dengan pengantin, idea posing!

Sunday, March 16, 2008

Kelas Fotografi di Putrajaya

Dalam semangat untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dalam bidang fotografi, saya gagahkan jua diri untuk menghadiri kursus fotografi ajuran Photo School di Purtajaya. Gurunya, Adhadi yang terkenal dikalangan ahli forum Photo School dan berpengalaman selama dua tahun dalam bidang Fotografi Perkahwinan.
Bilangan peserta dalam 15 orang dan datang dari latarbelakang yang berbeza-beza. Kebanyakkan dari mereka sememangnya sudah ada pengetahuan dalam DSLR. Saya cuma ada sikit-sikit!
Antara pengetahuan yang amat berguna adalah pengguna 'Aperture Priority', sememangnya gambar yang dihasilkan oleh f4 dan f8 sangat menarik. Dengan menggunakan mode ini, kita hanya perlu kawal aperture dan mesin akan menentukan 'shutter'nya.
Walaupun kursus ini agak 'simple', banyak juga engetahuan baru yang saya perolehi darinya. Begitu juga rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama. Masa yang singkat penumpuan terhadap kursus punca utama saya tidak dapat beramah mesra dengan mereka.
Apa pun, syukur Alhamdulillah kerana ilmu fotografi saya dapat ditingkatkan lagi. Lawat fotopages untuk lagi gambar!!

Monday, March 10, 2008

Tsunami PRU12

Sememangnya badai yang melanda sungguh 'mengejutkan'. Angin perubahan telah bertiup dengan kerncang di bumi ini. Apa pun, hidup harus diteruskan. Berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara dengan jujur dan ikhlas.

Bagusnya, kita sudah mempunyai 'second option'. Pilihan untuk memilih yang terbaik. Pilihan yang dapat me'matang'kan minda Bangsa Malaysia. Selepas ini, kerja me'mangkah' lebih menyeronokkan!. Itu pasti :)