Serius, sejak mula kenal DSLR nie, rasanya dah mula malas nak menulis kat blog nie, lebih layan fotopages. Lebih seronok lagi bila join forum fotopages. Selain dapat banyak kenalan, banyak juga ilmu tentang DSLR dapat dipelajari secara percuma. Baru-baru ini, pada 2hb Feb saya dapat berpeluang bertemu dengan rakan-rakan forum dan juga dapat meningkatkan ilmu secara 'hands on'. Ditambah lagi dengan nasihat dari sifoo-sifoo yang mahir tentang DSLR. Tempat penginapan yang di sediakan oleh pihak penganjur juga memang menarik. Homestay!! tinggal kat rumah kampung dan rasa suasana kampung. Benar-benar mengembalikan nostalgia. Harap dapat join aktiviti yang sewaktu dengannya dilain waktu. Terima kasih kepada penganjur dan salam persahabatan buat rakan-rakan forum.
2 comments:
::: sumer pix canteekk huhu, paling best masa tgh menonggeng amik gambo budak2 berbasikal.. beautiful!!!
a'ah memng suka gambar orang2 bertinggung tu...
Post a Comment