Wednesday, January 16, 2008

Groom

Dalam perkhidmatan saya, bila disebut groom atau seseorang itu sedang digroom, ini bermakna dia sedang melalui jalan fast lane. Mereka adalah yang terpilih dan mempunyai bakat dan kemahiran yang tinggi dalam memimpin dalam perkhidmatan saya.

Bos saya cakap, "I try to groom your regimental minded!". Maknanya, saya belum cukup berdisplin dan perlu tingkatkan kesabaran untuk menjadi lebih mantap, lebih dedikasi, lebih bertanggungjawab dalam menjalankan tugas. Sememangnya perkhidmatan saya memerlukan pengorbanan yang tinggi.

Kawan saya menasihat saya dalam satu perjumpaan, "Kalau dapat anak lelaki, boleh kita groom dia". Groom untuk jadi yang terbaik. Kemungkinan besar, baginya anak lelaki adalah pewaris terbaik. Barangkali dalam semua keluarga di dalam dunia ini.

Pada saya, ada benar persepsi itu tapi tidak semestinya parktikal. Benar kerana anak lelaki bakal menjadi pemimpin namun ia memerlukan usaha yang berterusan dalam mendidik anak lelaki. Hari ini, di Malaysia, tidak semua anak lelaki benar-benar memimpin!. Itu kenyataannya.

Lebih utama, kita pastikan tuntutan Nabi agar semua orang Islam wajib menuntut Ilmu dapat dilaksanakan dan dipenuhi. Agar Ilmu itu akan memimpim meraka di dunia dan di akhirat, InsyaAllah.

1 comment:

Anonymous said...

Kata suami saya anak perempuan lagi boleh diharap berbanding anak lelaki zaman ini. Selain persamaan bahawa perempuan zaman ini kebanyakan bekerjaya dan berpelajaran tingg. Boleh dikatakan melalui pengalamanlahkan...anak perempuan kalau dah kahwin masih tetap ingat dan membantu orang tua, anak lelaki pulak sibuk jaga family dia jer...