Thursday, May 24, 2007

DSLR

Setelah sekian lama cemburu dan teruja melihat gambar-gambar yang unik dari beberapa fotopages, akhirnya saya berpeluang membuka langkah pertama untuk mendapatkan gambar-gambar yang hebat juga. Saya dah ada DSLR baru.

Saya mula bersemangat untuk mendapatkan DSLR semenjak saya berkursus di Australia. Keinginan merakamkan gambar yang menarik dan bermakna meluap-luap bila mula menjejakkan kaki di bumi Kanggaroo itu.

Pada ketika itu saya hanya mempunyai kamera digital jenis Olympus Stylus V dengan 5 megapixel. Kamera digital yang sangat comel!. Sehinggakan apabila saya meminta OZ mengambil gambar saya dan rakan, pasti mereka kagum dengan kamera saya dan berkata "Are you from Japan?". Agaknya, sapa mata sepet dengan 'gadget' yang canggih semuanya dari Jepun!.

Setiap hari adalah hari bergambar bagi saya di Australia. Pemandangan, rakan-rakan, kanak-kanak, bangunan dan sebangainya. Semuanya menjadi objek lensa kamera comel saya!.

Namun, setelah saya membelek-belek gambar yang saya lihat dalam internet terutama sekali di dalam fotopages, saya dapati gambar yang saya hasilkan mempunyai beberapa kelemahan.

Setelah membuat pemmerhatian dan pembacaan saya dapati ada dua faktor utama yang mambantu untuk menghasilkan gambar yang hebat selain 'akal' manusia, Photoshop dan DSLR!,

Semenjak itu saya berazam untuk mendalami kedua-dua ilmu berkaitan dengan Photoshop dan DSLR. Alhamdulillah, saya dah mula menguasai Photoshop beberapa bulan dahulu dan sedang mendalaminya lagi.

DSLR pula saya hanya membuka laman web jenama terkenal seperti Canon dan Nikon. Membaca dari forum-forum yang berkaitan DSLR, melanggan majalah Digital Camera dan membuat perbandingan dari beberapa fotopages. Akhirnya pada cuti dua bulan lepas, saya telah membuat pelaburan terbesar dengan membeli DSLR jenama Nikon, D80.

Setakat ini hasilnya belum memuaskan dan masih banyak lagi benda yang hendak dipelajari! InsyaAllah saya akan berusaha untuk menghasilkan gambar-gambar yang indah dan kreatif . Peluang untuk saya meneroka ilmu baru.

6 comments:

Anonymous said...

Tahniah bro dah maju ke ke hadapan..

Anonymous said...

tahniah bro...berapa angkat? hari tu saya tengok kat midvalley, RM4400 sekali ngan kit lens. Tengah kumpul duit nak angkat D80 nie. Rasa cam nak beli D200, tapi tak mampu. Heheheh..

Share share la kat blog yea. Apa keburukan dan kebaikkan D80. Nanti saya pun bak sambar gak.

Syam said...

wah cikgu
dah smbr DLSR ah
tlg bg info sket ttg cam cikgu
ape pro n cons
snang nk wat comparison nnt

sherrina said...

wah, semenjak dah sambar DSLR ni senyap aje. Mana hasilnya, taruk le disini :D

Unknown said...

azrisyah: terima kasih, ini sebenarnya permulaan untuk meningkatkan lagi pengetahuan! Semoga saya berjaya!

dobot: Sambar jangan tak sambar. Setakat nie, D80 sememangnya memuaskan. Mudah untuk dikendalikan cuma belum cukup duit jer nak beli 'flash gun'!

Saya survey kat dua hari di Mid Valley dan 1 utama, akhirnya saya buat keputusan beli di KEY COLOR, mid valley. saya beli set kit (18 -135 mm) + tripod + bag + 2 GB card = RM 4300!

syam: cikgu tak pandai dan citer pro and cons nie pasal cikgu pun masih belajar lagi. namun, setakat hari ini, cikgu puas hati dengan D80. Kalau gambar tak elok tu, memang kelemahan cikgu sendiri!

sherrina: Memang senyap sikit, layan sakan. Bessst! nantila, kalau hasilnya cun, memang saya 'taruk' punya :) InsyaAllah.

is150 said...

alhamdulillah.... tahniah...