Saya sangat tersentuh menonton iklan Petronas untuk Hari Raya Aidil Fitri bagi tahun ini. Pengajaran yang sungguh bermakna bagi genarasi muda agar sentiasa menghormati generasi tua yang telah banyak berkorban untuk kita. Mulianya kita hari ini adalah atas pengorbanan genarasi lama yang belum tentu dapat dibayar dengan wang ringgit.
Kisah mengenai seorang anak perempuan yang terpaksa menjaga orang tuanya yang sudah tidak mampu menguruskan dirinya sendiri. Suaminya juga memandang dingin terhadap kehadiran bapa mertuanya ke dalam keluarganya. Orang tua itu merasa sangat sedih tapi apakan daya kerana beliau benar-benar uzur.
Ketidakikhlasan memelihara orang tua itu sebenarnya memakan diri mereka sendiri apabila anak-anak mereka sendiri melakonkan ketidakikhlasan mereka. Anak-anak mereka mempelajari dari apa yang dilakukan oleh ibubapa mereka.
Saya rasa sedih dan terharu menonton iklan ini dan saya bagi 5 bintang atas iklan yang penuh dengan nilai-nilai kemanusian ini.
Oleh kerana terlalu terharu dengan iklan tersebut, saya bercadang untuk memasukkan ke dalam blog saya dan mula mencari-cari klip tersebut di dalam www.youtube.com. Sedihnya saya tak ketemuinya, mungkin kerana masih baru lagi. Gembiranya saya jumpa satu iklan Petronas yang bagi saya, sangat menarik. Iklan Petronas yang saya belum tonton lagi kerana semasa ia ke udara, saya masih lagi berada di Australia.
Selepas menonton klip iklan itu buat pertama kali, ada dua perkara yang terlintas di fikiran saya;
Pertama, saya rasa slang Bahasa Melayu yang dituturkan oleh Orang Eropah lebih sedap berbanding dengan orang Australia yang menuturkan Bahasa Melayu versi Indonesia. Mat Saleh cakap Bahasa Melayu versi Malaysia lebih bergaya! Intonasinya ada style!
Kedua, iklan ini juga menunjukkan bahawa Bahasa Melayu juga boleh digunakan untuk menerangkan pengetahuan tinggi seperti kejuruteraan F1. Saya tidak pernah melihat Bahasa itu milik sesuatu bangsa. Bagi bangsa yang melihat ketinggian ilmu itu sesuatu kekuatan, bangsa itu sebenarnya telah memartabatkan bahasanya sendiri. Lihat sahaja iklan tersebut, Saya merasa bangga kerana ilmu kejuruteraan tinggi boleh disampaikan dalam bahasa Melayu dalam bentuk yang santai. Malah, ia disampaikan oleh seorang kanak-kanak kepada datuknya! Two thumbs up untuk Petronas.
"Atuk tau tak!, pada kelajuan melebihi 160km/jam, sebuah kereta F1 boleh menghasilkan daya sectional (daya relatif/daya tujah ke atas) yang menyamai berat kereta itu sendiri". Cute betul suara budak tu bertutur Bahasa Melayu. Menyampaikan ilmu dalam bahasa Melayu :)
5 comments:
yes, i saw that ad too. sedih dan pilu. teringat nasib diri sendiri nanti. :( udah le masak tak sedap :(
harap iklan tu dapat menyedarkan kita semua...
but... (ish ada komplen jugak) storyline tu bagus cuma actor/actress tak berapa convincing, in a way, tak brapa pandai berlakon especially husband and wife tu.
yang hidupkan cerita is the father.
you all ingat tak iklan budak lelaki lari across sawah padi pastu tunggu bas. bas tu drivernya bapak dia sendiri. dia nak beraya dengan bapak dia dan diikuti dgn adik bradik lain yg punyalah ramai. :)
watak bapak tu... i masih teringat2 muka dia sampai sekarang.
saya belom lagi emnonton iklan terbaru petronas, tapi saya yakin, iklan untuk tahun ni tidak akan mengecewakan sepertimana tahun2 lepas. iklan petronas memang best!
belum lagi mendengar slang orang australia.. teringin juga nak mendengar~ :D
Memang ternanti-nantikan iklan Petronas di setiap perayaan. Selalunya berlainan, bermesej, menghiburkan dan memberi pengajaran...Untuk raya tahun ini, iklan Petronas itu memang menyentuh perasaan. Harap-harap kita tidak menjadi ayah yang diperlakukan sebegitu bila tua nanti.....
Salam eidul fitr'. Maaf zahir & batin untuk anda sekeluarga...
click this Ad to watch it... mengingatkan saya kepada sebuah kisah di mana seorang anak meminta supaya disimpan sedikit kain selimut daripada orang tuanya apabila mereka ingin menghantar datuk@nenek kepada anak itu ke rumah orang2 tua, supaya bila besar nanti kain selimut itu akan diberikan kepada orang tuanya apabila dihantar ke rumah orang tua. hm~ mesej sama, penyampaian berlainan..
sayangilah ibu bapa...
Pernah dengar juga cerita lama-lama tapi versinya lain sedikit. Kisah seorang lelaki yang mengendong bapanya di dalam bakul untuk diletakkan di tengah-tengah hutan.
Nemun, sebelum beliau membawa bapanya ke dalam hutan, anak lelaki tersebut memberitahu agar disimpan bakul itu agar dapat digunakan olehnya apabila bapanya sudah tua suatu hari nanti.
Allah itu maha adil, belum pun dia tunjukkan kehebatan pengadilannya di hari akhirat nanti, di dunia lagi dia dah tunjukkan kepada manusia. Mudah-mudahan kita semua mendapat iktibar dari nasihat yang berkesan dari iklan petronas tu, InsyaAllah.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin dari saya sekeluarga untuk semua.
Post a Comment