Kegirangan di wajah Todd Russell dan Brant Webb sebaik sahaja menghirup udara di permukaan bumi (Ian Waldie/Pool/Reuters). Akhirnya dua pelombong yang terperangkap sejak Hari ANZAC (25 April) yang lalu dapat melihat kembali langit Beaconfields, Tasmania pada 9 Mei 2006. Mereka terperangkap di dalam lombong emas yang dalamnya kira-kira 1 km. Salah seorang dari mereka, Larry Knight telah terkorban sejak awal runtuhan lagi dan telah dikebumikan sebaik sahaja kedua sahabat mereka diselamatkan. Seluruh Australia menanti dengan penuh perhatian dan bermacam-macam spekulasi telah di buat sepanjang pertapaan mereka di dalam perut bumi itu.
Richard Carleton dari 60 Minutes.
Richard Carleton rebah sebaik sahaja menemubual pengurus lombong emas, Matthew Gill (AP Photo/Rick Rycroft).
Oleh kerana tumpuan yang meluas dan tegang, salah seorang wartawan veteran Nine Network telah meninggal di tempat kejadian 2 hari sebelum kedua-dua pelombong tersebut diselamatkan. Richard Carleton merupakan wartawan yang sangat terkenal di Australia terutama dalam racangan yang dihos olehnya 60 Minutes. Beliau telah di serang sakit jantung. Ironinya, sebelum beliau rebah, beliau sempat menandatangai autograph seorang peminatnya dengan kata-kata "Have a healthy life. Richard Carleton, 60 Minutes."
Bill Shorten sedang dikerumini wartawan untuk mendapatkan maklumat terkini tentang dua pelombong yang terperangkap.(AFP/William West)
Lebih menarik lagi dalam tragedi di Beaconfields ini adalah penonjolan seorang tokoh pembangkang dari Parti Buruh Australia,
Bill Shorten. Setiap kali tragedi di Beaconfields ke udara di TV, ada sahaja muka Bill Shorten memberi maklumat terkini tentang kemalangan tersebut. Beliau bercakap kepada wartawan seolah-olah beliau adalah seorang pakar lombong, pakar letupan, pakar gempa, pakar kesihatan, pakar psikologi dan lain-lain lagi. Segala pertanyaan dari pemberita dijawab olehnya dengan penuh yakin. Apa yang peliknya, semua maklumat itu digunapakai oleh pemberita sebagai bahan laporan mereka.
Sama ada pemberita malas tanya pakar, atau Bill Shorten mempunyai ramai penasihat atau Bill Shorten sememangnya mempunyai pengetahuan yang luas dalam banyak hal!. Apa yang pasti, namanya kini semakin harum di kalangan parti pembangkang Australia.