Sunday, November 20, 2005

Happy Wed Anne!

"I love you, baby"

Semalam, bersama isteri pergi melawat rumah sahabat yang hendak dijual. Rumah yang belum lagi diduduki bernilai RM 185,000.00. Terletak di kawasan 'elit' Venice, Seri Manjung dan mempunyai keluasan 75 x 22 kaki. Rumah 2 1/2 tingkat ini memang menarik tapi kami cadang nak fikir dulu.

Semalam juga, saya, baby, bapa mertua dan ibu mertua menghadiri sambutan hari raya A.P.I.D. Sebuah kolej yang terletak di Seri Manjung. Walaupun baru berusia 5 tahun tapi kolej ini telah bercadang untuk membina sebuah komplek baru yang bernilai RM 18 juta. Buat masa ini, kolej ini menggunakan beberapa rumah kedai sebagai kelas pejabat pentadbirannya. Kehadiran ke majlis ini bersekali dengan aqiqah baby.

Hari ini, buat kali keduanya berjaya jaga baby. Kena jaga baby kerana mamanya ada 'oncall'. Dah faham dah rutin baby waktu malam. Susu sebelum tidor (11.00 p.m.), susu tengah tidor (antara 2.00 atau 3.00 a.m, nie yang 'torture'!!) dan susu bangun tido (6.00 a.m.). Sekali sekala tukar 'pampers' kalau dia 'bocor'. :)

Hari ini juga, mengikut kalender Gregorian adalah ulang tahun perkahwinan saya. Mama suka makan kat Secret Recipe!. Tapi premis yang paling dekat adalah di Ipoh. Kena pergi Ipoh kot hari ini. Kenapa la Secret Recipe tak buka cawangan kat Seri Manjung??

10 comments:

anak pak usop said...

takpe..sambil sambut anniversary, sambil bawak isteri jalan2=)

nbn said...

U di Sri Manjung, saya pernah tinggal di Sri Manjung sekitar tahun 1985-86...ITM Caw perak

Dulu kawasan situ punyalah panas baru di buka..tapi sekarang banyak dah berubah..

kenangan...

is150 said...

Happy Anniversary... org rumah saya pon suka Secret Recipe... nasib baik di Bangi ada satu secret recipe... :)

bukh said...

isteri encik nih doctor ye?..

pergh..respect laa.. time oncall kena buat byk mende yg isteri patut buat ...best2...

ganbattei ;)

creativelydesigned said...

wahh...baby senyum....cute!

Anonymous said...

cikgu...
comelnya baby!salam dr sis fatimahnur:) ehehe.
happy 1st anniversery cikgu& wife!:)

cik easy said...

Eheheheh isteri saya minat secret recipe hanya pada menanti kelahiran anak kedua nih..sebelum nih dia minat shushi king ehehehehe. Masa isteri saya oncall...tidur saya akan tak sempurna ..tapi oklah..org memberi kita merasa///

Unknown said...

pakchaque: Isteri 'second oncall', tak boleh pi jauh-jauh. Makan Moroccan Pizza kat Pizza Hut Seri Manjung jer. What a lovely evening! :p

nbn: ITM Seri Manjung tu dulu dekat la dengan Kolej A.P.I.D tu. Memang panas sini, tapi sekarang musim hujan :)

is150: Terima kasih, patut Secret Recipe kena buka juga satu cawangan sekitar Setiawan ker, Seri Manjung ker atau Lumut. Sini sudah ramai orang maa!

bukhari: Isteri saya M.O. bertugas di wad bersalin. Alhamdulillah, sambut baby tiap-tiap hari :)

furbycutee: Terima kasih, isteri saya yang tangkap gambar tu :)

Fatimah a.k.a im: Terima kasih selalu ingat kat cikgu :)

cik easy Betul! give and take!

sherrina said...

kawasan elit 'venice'? ni kawasan yg ada parit besar mcm kat Itali tu ke? yg bleh kayuh sampan kat dlm tu?? ada org kayuh sampan tak?

Unknown said...

Sherrina: 'Venice' kat Seri Manjung nie lebih kurang macam tu la, tapi parit tu tak la macam kat Itali. Parit tanah liat lagi dan banyak paya bakau. Akan di bangunkan. Kawasan pembangunan baru kat area Seri Manjung nie.