Anda pernah dengar tentang Courchsurfing? Satu komuniti pengembara yang menjadikan kediaman atau rumah mereka sebagai host untuk pengembara lain menumpang semasa mengembara. Pada asasnya, host hanya menyediakan 'coach' atau sofa di ruang tamu sebagai tempat tidur. Suatu kaedah penjimatan semasa mengembara agar kita tidak berhenti mengembara kerana kekurangan wang untuk menginap di hotel di seluruh dunia! :)
Saya merupakan ahli sejak dua tahun lalu tapi tak pernah aktif dalam apa-apa aktiviti mereka walaupun mendapat jemputan melalui email.
White Water Rafting di Sungai Kampar |
2 minggu lepas, saya mendapat jemputan lagi tapi kali ini ia menarik perhatian saya kerana event itu berlangsung di tempat saya, di Gopeng, 89km dari Seri Manjung. Menarik pasal melibat dua aktiviti. Meneroka Gua Tempurung dan 'Whitewater Rafting' di Sungai Kampar. Dua tempat yang saya tak pernah sampai dan buat walaupun telah lama tinggal di Perak.
Saya tiba di Gua Tempurung lebih kurang jan 8 pagi dan kelihatan telah ramai manusia yang bersedia untuk masuk ke dalam Gua Tempurung. Memang nampak happening!. Sambil menunggu rakan-rakan lain, saya merayau-rayau sekitar Gua Tempurung. Ruapanya ada pelbagai aktiviti yang disediakan oleh pengurusan di Gua Tempurung. Memanah, flying-fox dan bagai lagi. Tapak perkhemahan juga disediakan untuk sesiapa yang mahu bermalam di situ. Bersambung....