Sunday, December 02, 2012

Home of Scorpane

Di dalam bas perjalan dari Wisma Transit ke KLIA
Sebenarnya ada perasaan yang sangat terharu dan bangga bila dimaklumkan oleh Ketua Fakulti saya tetang keperluan saya hadir ke seminar Kursus Asas Kapal Selam di Sepanggar, Kota Kinabalu. Bangga kerana berpeluang buat kali kedua melihat kehebatan angkatan kapal selam Malaysia. Disamping itu peluang saya melihat Sabah dengan kamera dan lensa 50mm saya yang baru.
KLIA
Dalam pesawat terbang ke Kota Kinabalu
Check in hotel Grand Borneo
Bermula pada petang 26 Nov, kami bertolak ke Kuala Lumpur ke Wisma Transit di Jalan Padang Tembak. Perjalanan menggunakan kenderaan (van) tentera melalui Lebuhraya Utara Selatan Plus yang basah kerana hujang sepanjang perjalanan. Sampai di Wisma Transit, kami hanya berehat sebentar dan terus terlena. 
Tinjauan pendapat sedang berjalan.
Bersama Lt Kol Enock, Pegawai Pendidikan TLDM KK.
Lawat sekitar Markas Angakatan Kapal Selam
Awal pagi kami telah bangun dan turun bersarapan. Suasana di lobi seperti di lapangan terbang. Ramainya anggota dan keluarga yang bersiap sedia untuk bergerak ke KLIA untuk terbang ke Malaysia Timur. Saya tidak hairan dengan suasana yang hiruk kerana saya faham bahawa cuti sekolah telah bermula. Kami bergerak dengan bas ke KLIA kira-kira jam 0800.
Penerbangan kami ke Kota Kinabalu pada 271400H berjalan seperti yang dijadualkan. Tiada penangguhan dan kami tiba di Kota Kinabalu kira-kira jam 1730. Kota Kinabalu ketika itu hujan lebat. Rezeki berjumpa dengan kawan lama, Shahrul Bahriy Marullah. Rakan semasa di Matrik USM dulu. Kami bergerak terus ke Hotel Grand Borneo, tempat di mana kami akan menginap selama 3 hari. Makan malam di KFC kerana tak banyak kedai buka pada jam 2100. Sebelum tidur, kam sempat menyediakan slaid persembahan untuk seminar di ruang lobi.
Ikan segar di Pasar Philiphine
Makanan laut kering
Peniaga mutiara di Pasar Philiphine
Ikan bakar yang besar cuma RM 15.00 sahaja.
Pagi 28 Nov memang luar biasa kerana terpaksa bangun awal jam 0400. Bersiap untk solat subuh. Saya telah belajar bila saya tidak sempat melaksanakan jamak zuhur asar semalam kerana memikirkan mahu solat jamak di hotel. Waktu solat di Sabah banyak berbeza dengan semenanjung.
Selelsai sarapan pagi, kami bertolak ke Markas Angkatan Kapal Selam di Sepanggar. Hari pertama kami cuma laksanakan tinjauan bertulis dan soal jawab antara kami dengan bekas pelatih kapal selam yang pernah menuntut ilmu di Fakulti Pendidikan, KD PELANDOK. Semuanya berjalan dengan lancar dan selepas itu kami berpeluang membuat lawatan sekitar komplek Markas Angkatan Kapal Selam. 
Sebelah petangnya, kami berkesempatan membeli belah di Pasar Philiphine. Lihat perbagai ragam manusia, tengok-tengok rantai mutiara, beli makanan laut kering dan akhir sekali makan ikan dan sotong bakar. Malam itu tidur awal kerana keletihan.
Restoren Gayang
Alhamdulillah, sungguh lazat :P
Pagi 29 Nov memang sungguh mendamaikan. sarapan di tingkat 2, Restoren Sold Out. Minat sangat dengan menu koktail. campuran buah naga dengan buah-buahan citrus. Selesai sarapan kami terus ke Markas Angkatan Kapal Selam untuk meneruskan seminar. Kali ini melibatkan Pegawai Memerintah dan tenaga pengajar dari NAVCO (syarikat yang membangunkan pendidikan di Markas Angkatan Kapal Selam dari Perancis). Banyak perkara yang telah dibangkitkan dan banyak idea baru dicetuskan untuk menambahbaik Kursus Asas Kapal Selam di KD PELANDOK. Di antaranya, candangan mengadakan kuiz pada hari Isnin bagi mengantikan kuiz yang biasanya diadakan pada hari Jumaat. Tujuannya agar pelatih tidak rehat pada kadar maksimum pada hujung minggu! :)
Buah koktail pembuka selara sarapan :)
Sebelah malamnya, kami di sajikan dengan jamuan makanan laut disebuah restoren makanan laut yang terkenal di Kota Kinabalu. Restoren Gayang. Pertama kami dapat makan ketam goreng yang mempunyai kulit lembut. Makan ketam dengan kulitnya sekali. Memang lazat dan sedap. Terima kasih kepada para pegawai dan staf Markas Angkatan Kapal Selam.
Loading barang
Makan tengah hari dalam pesawat.
Awal pagi 30 Nov kami sudah bergerak ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Penerbangan kami pada jam 1045 telah diatngguhkan ke jam 1115. Kami tiba di KLIA jam 1420. Rakan lain semuanya bergerak balik ke Lumut tetapi saya disambut oleh isteri dan anak-anak. Kami makan di Bangi dan menginap di rumah kakak ipar pada hujung minggu itu.
Makan petang bersama keluarga di Bandar Baru Bangi.
Alhamdulillah, pengalaman yang sungguh bermakna :)