Pagi-pagi dah bergegas nak naik belon panas, tapi bila sampai semua tiket dah habis kena jual. Sampai jam 0800!!. Apapun, dapat juga buat clip guna iPhone4 guna tripod!. Video lebih mantap dan kurang gegaran :). Ready for Suadi Arabia video clips.. :
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan, dan hati, agar kamu bersyukur. An-Nahl:78
Sunday, March 20, 2011
Trans-Titiwangsa
Semangat untuk pergi ke ekspedisi ini memang tinggi namun persiapannya tidak seperti semangatnya. Setelah 8 bulan meninggalkan Terendak, sangat jelas stamina semakin menurun dan berat bertambah dengan mendadak. Sememangnya ada perancangan untuk tingkatkan stamina sebelum merentas Titiwangsa, namun motivasi yang rendah telah menyebabkan rutin harian menjadi alasan terbesar untuk menidakkan latihan jasmani sebelum ke Ulu Slim.
Syukur Alhamdulillah, kelas Bahasa Perancis telah selesai pada 11 Mac yang lalu dan memberi banyak masa untuk persiapan ke Ulu Slim. Setiba di Ulu Slim pada 14 Mac, persiapan telah diatur oleh pihak kontraktor. Jauh lebih selesa dari latihan tentera yang pernah dihadiri sebelum ini. Itulah keistimewaan berada di MTD ini. Sebelah malam, persiapan dan taklimat diadakan. Ekspedisi Trans-Titiwangsa akan bermula dari Ulu Slim, Perak merentas Banjaran Titiwangsa hingga ke Pos Buntu, Raub, Pahang sejauh 20 petak peta (lebih kurang 20km ke 30km berdasarkan bentuk rupa bumi). Di dalam hati, tiada perasaan curiga dan percaya ia dapat dihabiskan kurang dari 8 jam, masa yang diambil oleh Komandan semasa melakukan tinjauan.
Di pagi subuh yang hening, selepas solat di tempat permulaan, perjalanan dimulakan bersama Kompeni Foxtrot. Pada mulanya sememangnya bercita-cita akan merentas bersama boys, tapi tidak sampai 1km, mereka telah memecut dengan pantasnya. Maka bermulalah perjalanan melayan langkah diri sendiri. Perjalanan sangat baik sehinggalah ke 'checkpoint 1'. Percubaan melompat di atas batu untuk merentasi sungai menyebabkan kekejangan di sebelah kaki kanan. Maka penderiataan pun bermula. Perjalannan yang sepatutnya santai menjadi sesuatu yang sangat menyukarkan dan menyakitkan!. Terpaksa berhenti di 'checkpoint 2' untuk berehat. Ketika itu, hati mula berkata-kata, "mampukan aku menamatkan rentasan ini kurang dari 8 jam?".
Dalam derita, perjalanan diteruskan sehinggalah hampir tersesat selepas 'checkpoint 3'!. Alhamdulillah, bertemu dengan Abang Razak, Cikgu Koh dan saudara Nik yang melalui kawasan tersebut. Dari situ, kami berjalan hingga ke penamat. Masa rentasan, 7 jam 9 minit. Alhamdulillah.
Dari situ kami dibawa ke Medang Inn untuk berehat dan keesokkannya berakit di Sungai Jelai yang jaraknya lebih dari 20km. Sekali lagi bersama Foxtrot dan Cikgu Koh. Semuanya baik, cuma tragedi terlepas 'check point' dan tersangkut mata kail yang dipasang pada pokok di tebing sungai. Dua orang krew tercedera. Pengajaran, jangan sekali-kali berakit dibawah pokok yang berhampiran dengan tebing sungai, ada banyak mata kail yang tersembunyi!. Berakit tamat jam lebih kurang 1400H. Lebih kurang 1600H, kami bertolak balik ke MTD. Ekspedisi yang menyeronokkan. Menanti-nanti ekspedisi seterusnya bersama boy!.
Trip seterusnya, Arab Saudi. InsyaAllah.
Subscribe to:
Posts (Atom)