Di antara berubahan yang paling besar sejak anak pertamaku mendapat adik adalah permintaan perhatian yang kadang kala agak keterlaluan. Mulanya agak hairan juga kenapa Humaira asyik nak menangis kerana tidak dihiraukan atau keperluan terlewat sedikit. Lebih kuat merajuk dari biasa dan membuat sesuatu seperti menjatuhkan pinggan ke lantai yang menaikkan kemarahan. namun setelah diteliti, barulah saya sedar yang semua itu dilakukan adalah untuk menarik perhatian kami terhdapnya. Sekarang baru saya, tahu yang saya tidak boleh tertumpu kepada Harith sahaja dan saya yakin, Humaira juga mula menyesuaikan diri dengan kasih yang telah terbahagi dua. Itulah sebahagian dari lumrah kehidupan manusia. Kami sentiasa menyayangi kamu berdua.Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan, dan hati, agar kamu bersyukur. An-Nahl:78
Sunday, January 20, 2008
Adik Baru
Di antara berubahan yang paling besar sejak anak pertamaku mendapat adik adalah permintaan perhatian yang kadang kala agak keterlaluan. Mulanya agak hairan juga kenapa Humaira asyik nak menangis kerana tidak dihiraukan atau keperluan terlewat sedikit. Lebih kuat merajuk dari biasa dan membuat sesuatu seperti menjatuhkan pinggan ke lantai yang menaikkan kemarahan. namun setelah diteliti, barulah saya sedar yang semua itu dilakukan adalah untuk menarik perhatian kami terhdapnya. Sekarang baru saya, tahu yang saya tidak boleh tertumpu kepada Harith sahaja dan saya yakin, Humaira juga mula menyesuaikan diri dengan kasih yang telah terbahagi dua. Itulah sebahagian dari lumrah kehidupan manusia. Kami sentiasa menyayangi kamu berdua.Wednesday, January 16, 2008
Groom
Bos saya cakap, "I try to groom your regimental minded!". Maknanya, saya belum cukup berdisplin dan perlu tingkatkan kesabaran untuk menjadi lebih mantap, lebih dedikasi, lebih bertanggungjawab dalam menjalankan tugas. Sememangnya perkhidmatan saya memerlukan pengorbanan yang tinggi.
Kawan saya menasihat saya dalam satu perjumpaan, "Kalau dapat anak lelaki, boleh kita groom dia". Groom untuk jadi yang terbaik. Kemungkinan besar, baginya anak lelaki adalah pewaris terbaik. Barangkali dalam semua keluarga di dalam dunia ini.
Pada saya, ada benar persepsi itu tapi tidak semestinya parktikal. Benar kerana anak lelaki bakal menjadi pemimpin namun ia memerlukan usaha yang berterusan dalam mendidik anak lelaki. Hari ini, di Malaysia, tidak semua anak lelaki benar-benar memimpin!. Itu kenyataannya.
Lebih utama, kita pastikan tuntutan Nabi agar semua orang Islam wajib menuntut Ilmu dapat dilaksanakan dan dipenuhi. Agar Ilmu itu akan memimpim meraka di dunia dan di akhirat, InsyaAllah.
