Sememangnya saya tidak menduga selepas hari raya yang lalu adalah hari-hari yang sempit bagi saya. Terlalu banyak tugasan untuk saya. Pertandingan Kulinari antara perkhidmatan dalam ATM, Persaraan PTL, Perbarisan PTL yang baru, KDP Challange, Minggu ulangkaji DTM, Koordinator Kursus Bahasa Perancis dan yang lebih sempit lagi, monitor komputer saya rosak!.
Kesempitan masa ini juga telah menyebabkan saya telah lama tak menjengok blog saya dan lebih sedih lagi tidak dapat menghadirkan diri ke Majlis RAPAT 06 yang dianjurkan oleh Geng Jurnal. Burn duit yuran saya!. Pada 18hb yang lalu, saya terlibat dalam perbarisan PTL yang akan diadakan pada 20hb. Saya terpaksa berkerja pada hari Sabtu dan Ahad yang lepas. Kepada Aliff, sorry banyak-banyak, sememangnya saya juga ingin menghadirkan diri ke Majlis RAPAT itu kerana tidak dapat menghadirkan diri pada tahun lepas. InsyaAllah, jika saya di beri kelapangan pada tahun depan, saya akan memastikan diri saya hadir.
Namun dalam kesempitan itu saya paling seronok mengedalikan Kursus Bahasa Perancis. Ini kerana saya dapat berkenalan dengan lebih rapat lagi dengan dua orang pensyarahnya. En. Jean Hourcarde dan Pn. Noelle Bith. Persahabatan kami lebih erat lagi setelah mengikuti mereka dan pelajarnya ke Pelabuhan Kelang untuk melihat Kapal Perang Perancis yang berlabuh 13hb yang lalu. Banyak kisah menarik yang saya dapat dari En Hourcarde sepanjang perlanan kami dari Lumut ke Pelabuhan Kelang. Hari ini adalah hari terakhir mereka di Lumut dan pagi mereka telah bertolak ke Kedutaan Perancis sebelum pulang ke Perancis pada hujung minggu ini.
Dalam kesempitan ini juga, Alhamdulillah saya berkesempatan memahirkan Photoshop saya kerana komputer pejabat yang tidak berinternet itu telah diinstallkan dengan Photoshop 7.0. Seronok belajar Photoshop dari pakar!