|
Sesampai di Bandar Ipoh |
|
Medan Kidd, sebagai check point pertama! |
|
Bibij sedang bincang dengan ibu kepada agen. |
|
Rumah Kak Linda, pemegang pasport bibik saya. |
Hari yang sungguh mencabar. Hari yang sangat kritikal bila mana bibik saya masih belum mendapat pasport miliknya dari agennya. Pada hujung minggu lepas, bibik saya mengalami pengalaman yang ngeri bila dia dirompak secara pukau semasa menunggu bas di Medan Kidd, Ipoh. Hari ini adalah hari untuk menjejak semua rumah agennya dengan hanya bantuan ingatan bibik saya keran hp yang mengandungi no hp majikannya turut dirompak.
Saya, Harith dan bibik tiba di Medan Kidd dalam jam 1600 dan kami memulakan pencarian rumah majikan dalam hujan yang lebat dan menempuh jamm yang panjang kerana orang dalam perjalanan untuk pulang dari kerja. Hanya satu sahaja 'clue' yang ada dari bibik saya, Kampung Pasir Putih!. Dengan mengggunakan pantuan GPS Papago dan iPhone, dapat juga saya menjejak Kampung Pasir Putih, terus ke Kampung Pasir Putih Tambahan, namun masih belum berjumpa. Jam sudah menunjukkan 1830, tapi belum bertemu rumah agen. Bibik sudah mula bersedih kerana tanpa pasportnya, dia tidak dapat pulang ke Indonesia untuk melihat anak perempuannya bernikah. Dia hampir berputus asa.
Saya mengambil ikhtiar terakhir untuk memulakan semula pencarian dari Medan Kidd semula, dengan batuan GPS sekali lagi dan bibik memerhati dengan penuh cermat. Alhamdulillah, akhirnya kami bertemu juga dengan rumah agen tersebut. Syukur Alhamdulillah, kerana Allah memakbulkan doa saya untuk menemui rumah agen dan tidak mensia-siakan usaha kami mencari rumah agen walaupun dengan informasi yang sangat sedikit. Alhamdulillah :)
No comments:
Post a Comment