Saturday, January 14, 2012

KGMTD

Bersama rakan guru di MTD :)
Buat masa ini, mungkin ini kali terakhir saya bertemu dengan rakan-rakan guru MTD. Selepas ini, saya akan meneruskan perkhidmatan bersama mereka yang memakai uniform seperti saya juga. Pengalaman di MTD sangat berbeza dan sungguh bermanfaat untuk kerjaya pada masa akan datang. Bekerja dengan guru-guru awam sememangnya memberi banyak pengalaman. Bagi saya, ianya berkisar bagaimana kebaikan dari kedua-dua budaya dapat disatukan dan menjadikan diri kita baik dan bermanfaat bagi kedua belah pihak. Saya mungkin bukan yang terbaik, Namun saya dapat belajar banyak perkara yang baik dalam kedua-dua budaya :) Semoga ingatan dan persahabatan di MTD terus berkekalan :)
Majlis yang dilaksanakan pada hari ini di antaranya meraikan pegawai yang bertukar keluar. Memang tak berniat untuk membawa DSLR tapi semangat untuk merakamkan kenangan tetap dilaksanakan dengan hanya menggunakan kamera iPhone4-saya. Buat pertama kalinya, majlis yang di'cover' 100% menggunakan iPhone4 dan di'edit' menggunakan aplikasi Instagram yang sangat popular. Ini adalah eksperimen pertama saya mengambil gambar menggunakan iPhone4 kerana saya yakin di KD Pelandok nanti, saya tak dapat nak usung DSLR sepertimana yang dapat dilakukan di MTD :)

No comments: