Bila kita bercakap tentang kamera apa yang terbaik untuk menghasilkan gambar yang terbaik? kita mungkin terlupa suatu perkara yang sangat penting. Perkara yang menentukan hasil kerja fotografi yang terbaik tanpa mengira apa pun kamera yang kita guna, ia adalah ilmu dan kreativiti kita. Pengetahuan asas dan pengalaman yang banyak sangat membantu untuk menghasilkan karya yang bermutu. Bukan karya yang hanya diulang pakai berkali-kali sehinggakan tiada lagi ruang untuk menjadikan hasil karya itu lain dari yang lain.
Sememangnya, perbincangan tentang kamera apa yang terbaik atau kamera mahal sahaja yang boleh menghasilkan gambar yang terbaik adalah satu perbincangan yang tidak membantu meningkatkan kreativiti seorang juru gambar. Apa yang perlu bagi seorang juru gambar untuk meningkat pengetahuannya adalah semangat ingin mencuba dan berusaha membuat rujukan dari pelbagai sumber sama ada dari bahan bacaan atau pun internet.
Bagi saya, 'passion' atau kecintaan yang sangat dalam sememangnya perlu dalam diri seorang juru gambar. Mereka yang benar-benar mempunyai 'passion' tidak pernah memikirkan apa jenis DSLR yang ada ditangan mereka tetapi selalu me'mikir'kan bagaimana merakamkan imej yang dengan kamera apa yang ada ditangan walaupun ianya cuma kamera telefon gengam :)
No comments:
Post a Comment