Senarai nama guru sekolah Nabilah |
Hari ini memang banyak benda yang telah dilaksanakan. Walaupun agak letih kerana memandu ke Kuala Lumpur untuk membawa balik keluarga Seri Manjung, tetapi semua perancangan hari ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Jam 0900, saya telah menghadiri majlis akad penyerahan anak kepada guru-guru agama Sekolah Agama Rakyat Nurul Iman, sekolah agama anak saya, Humairaa' Nabilah. Majlis ringkas ini berjalan dalam masa 1 jam setengah dan hampir 2/3 ibubapa murid hadir dalam majlis tersebut. Untuk meningkatkan kekuatan minda, kena banyak makan kismis.
Rawatan bekam sedang berjalan |
Sebelah tengah hari pula, pergi ke pasaraya Giant untuk berubat secara berbekam. Ini adalah pengalaman pertama berbekam. Sememangnya keinginan untuk berbekam telah lama kerana yakin ini adalah salah satu bentuk perubatan yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Alhamdulillah, pengalaman yang sungguh bermakna dan terasa sedikit kelegaan terutama disebelah pinggang kanan yang sebelum ini memang terasa sedikit sakit di bahagian itu. Harga bagi satu mangkuk bekam adalah RM 15.00 dan pakej 10 mangkun bekam + 2 mangkuk percuma adalah RM 150.00. Walaupun agak mahal, tetapi rasa bersyukur dapat merasa pengalaman kaedah rawatan sunnah.
Fixie baru saya sedang berposing :) |
Sebelah petang pula, digagahi mangayuh fixie yang baru dibeli walaupun bekas bekam di belakang badan masih terasa menyucuk-nyucuk. Alhamdulillah, dapat kayuh dalam 10km. InsyaAllah, sekiranya tiada halangan dan cuaca yang baik, pagi esok nak kayuh fixie sampai ke Lumut :)
No comments:
Post a Comment