Sunday, December 02, 2012

Home of Scorpane

Di dalam bas perjalan dari Wisma Transit ke KLIA
Sebenarnya ada perasaan yang sangat terharu dan bangga bila dimaklumkan oleh Ketua Fakulti saya tetang keperluan saya hadir ke seminar Kursus Asas Kapal Selam di Sepanggar, Kota Kinabalu. Bangga kerana berpeluang buat kali kedua melihat kehebatan angkatan kapal selam Malaysia. Disamping itu peluang saya melihat Sabah dengan kamera dan lensa 50mm saya yang baru.
KLIA
Dalam pesawat terbang ke Kota Kinabalu
Check in hotel Grand Borneo
Bermula pada petang 26 Nov, kami bertolak ke Kuala Lumpur ke Wisma Transit di Jalan Padang Tembak. Perjalanan menggunakan kenderaan (van) tentera melalui Lebuhraya Utara Selatan Plus yang basah kerana hujang sepanjang perjalanan. Sampai di Wisma Transit, kami hanya berehat sebentar dan terus terlena. 
Tinjauan pendapat sedang berjalan.
Bersama Lt Kol Enock, Pegawai Pendidikan TLDM KK.
Lawat sekitar Markas Angakatan Kapal Selam
Awal pagi kami telah bangun dan turun bersarapan. Suasana di lobi seperti di lapangan terbang. Ramainya anggota dan keluarga yang bersiap sedia untuk bergerak ke KLIA untuk terbang ke Malaysia Timur. Saya tidak hairan dengan suasana yang hiruk kerana saya faham bahawa cuti sekolah telah bermula. Kami bergerak dengan bas ke KLIA kira-kira jam 0800.
Penerbangan kami ke Kota Kinabalu pada 271400H berjalan seperti yang dijadualkan. Tiada penangguhan dan kami tiba di Kota Kinabalu kira-kira jam 1730. Kota Kinabalu ketika itu hujan lebat. Rezeki berjumpa dengan kawan lama, Shahrul Bahriy Marullah. Rakan semasa di Matrik USM dulu. Kami bergerak terus ke Hotel Grand Borneo, tempat di mana kami akan menginap selama 3 hari. Makan malam di KFC kerana tak banyak kedai buka pada jam 2100. Sebelum tidur, kam sempat menyediakan slaid persembahan untuk seminar di ruang lobi.
Ikan segar di Pasar Philiphine
Makanan laut kering
Peniaga mutiara di Pasar Philiphine
Ikan bakar yang besar cuma RM 15.00 sahaja.
Pagi 28 Nov memang luar biasa kerana terpaksa bangun awal jam 0400. Bersiap untk solat subuh. Saya telah belajar bila saya tidak sempat melaksanakan jamak zuhur asar semalam kerana memikirkan mahu solat jamak di hotel. Waktu solat di Sabah banyak berbeza dengan semenanjung.
Selelsai sarapan pagi, kami bertolak ke Markas Angkatan Kapal Selam di Sepanggar. Hari pertama kami cuma laksanakan tinjauan bertulis dan soal jawab antara kami dengan bekas pelatih kapal selam yang pernah menuntut ilmu di Fakulti Pendidikan, KD PELANDOK. Semuanya berjalan dengan lancar dan selepas itu kami berpeluang membuat lawatan sekitar komplek Markas Angkatan Kapal Selam. 
Sebelah petangnya, kami berkesempatan membeli belah di Pasar Philiphine. Lihat perbagai ragam manusia, tengok-tengok rantai mutiara, beli makanan laut kering dan akhir sekali makan ikan dan sotong bakar. Malam itu tidur awal kerana keletihan.
Restoren Gayang
Alhamdulillah, sungguh lazat :P
Pagi 29 Nov memang sungguh mendamaikan. sarapan di tingkat 2, Restoren Sold Out. Minat sangat dengan menu koktail. campuran buah naga dengan buah-buahan citrus. Selesai sarapan kami terus ke Markas Angkatan Kapal Selam untuk meneruskan seminar. Kali ini melibatkan Pegawai Memerintah dan tenaga pengajar dari NAVCO (syarikat yang membangunkan pendidikan di Markas Angkatan Kapal Selam dari Perancis). Banyak perkara yang telah dibangkitkan dan banyak idea baru dicetuskan untuk menambahbaik Kursus Asas Kapal Selam di KD PELANDOK. Di antaranya, candangan mengadakan kuiz pada hari Isnin bagi mengantikan kuiz yang biasanya diadakan pada hari Jumaat. Tujuannya agar pelatih tidak rehat pada kadar maksimum pada hujung minggu! :)
Buah koktail pembuka selara sarapan :)
Sebelah malamnya, kami di sajikan dengan jamuan makanan laut disebuah restoren makanan laut yang terkenal di Kota Kinabalu. Restoren Gayang. Pertama kami dapat makan ketam goreng yang mempunyai kulit lembut. Makan ketam dengan kulitnya sekali. Memang lazat dan sedap. Terima kasih kepada para pegawai dan staf Markas Angkatan Kapal Selam.
Loading barang
Makan tengah hari dalam pesawat.
Awal pagi 30 Nov kami sudah bergerak ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Penerbangan kami pada jam 1045 telah diatngguhkan ke jam 1115. Kami tiba di KLIA jam 1420. Rakan lain semuanya bergerak balik ke Lumut tetapi saya disambut oleh isteri dan anak-anak. Kami makan di Bangi dan menginap di rumah kakak ipar pada hujung minggu itu.
Makan petang bersama keluarga di Bandar Baru Bangi.
Alhamdulillah, pengalaman yang sungguh bermakna :)

Saturday, November 17, 2012

50mm

Bagi kebanyakkan peminat fotografi, lensa 50mm adalah lensa yang sangat popular. Selain harganya yang murah (model 1.8D), keupayaannya untuk menghasilkan gambar-gambar kreatif sangat dikagumi. Ini kerana ia mempunyai bukaan maksimun sehingga 1.8 yang membolehkan ia digunakan di dalam keadaan cahaya rendah. Lensa 50mm juga dikatakan memupunyai bidang pandangan seperti manusia. Tidak terlalu luas seperti lensa 35mm dan tidak terlalu sempit seperti lensa 85mm. 
Hari ini, saya membelanjakan lebih sedikit duit untuk membeli lensa 50mm dari Nikon yang baru (model 1.8G). Harganya sedikit mahal dari model sebelumnya, tetapi kepuasaan melihat di dalam lensa 50mm itu sangat berbaloi. InsyaAllah, semangat baru dengan lensa baru :).

Tak Mau BOIKOT!

"Boikot-boikot ni tak praktikal..." kata seorang teman kepada saya baru-baru ini.
"Mengapa?" tanya saya.
"Kalau kita boikot produk-produk tu, kita juga yang susah. Bukankah anak-anak kita juga yang bekerja dengan syarikat-syarikat berkenaan?" jawabnya dengan satu soalan.
Saya terdiam. Ada logiknya.
"Kita belum kuat, jangan cari penyakit,"tambahnya lagi.
"Kalau begitu bagaimana kita hendak melahirkan kebencian tehadap Zionis?" kata saya.
"Perlukah kebencian dilahirkan?"
"Kalau kebencian tidak dilahirkan, apa maknanya?"
Dia pula diam.
"Kalau awak setuju dengan kempen boikot produk Yahudi ni...ada cara lain?"
"Kita tak boleh buat apa-apa,"ujarnya selamba.
Sikap inactivenya itu mengingatkan saya satu kisah yang saya dengar diceritakan dalam satu rancangan TV9 oleh Ustaz Zamri "Mantop" satu ketika dahulu. Kisah bagaimana ketika Nabi Ibrahim a.s dibakar oleh Raja Namrud dengan api besar. Melihat api besar itu, seekor burung kecil segera mengambil air dengan paruhnya yang kecil lalu dititiskannya ke atas nyalaan api besar itu.
Perbuatan burung kecil itu ditertawakan oleh burung-burung yang lebih besar.
"Apa gunanya air yang setitis itu?" Burung besar menyindir.
"Untuk memadamkan api yang membakar kekasih Allah Nabi Ibrahim," jawab burung kecil.
"Ha..ha..ha usaha yang sia-sia! Adakah api yang sebesar itu mampu dipadamkan oleh setitis air?" ejek burung besar lagi.
Anda tahu apa jawapan burung kecil?
Jawapannya begini:
"Aku yakin bahawa Allah tidak akan bertanya kepadaku apakah dengan usahaku api itu berjaya dipadamkan, tetapi Allah pasti bertanya apa yang telah aku lakukan untuk memadamkan api itu..."
Mendengar jawapan burung kecil itu, sekalian burung yang besar terdiam.
Ya, kalau kita umpama "si burung kecil" dalam usaha memerangi kekejaman Yahudi... siramlah walau "setitis air" untuk memadamkan keganasan.

Carilah BUKTI dan SAKSI keperihatinan kita terhadap nasib umat Islam dihadapan Allah nanti.
Share this article.
Petikan dari buku "Beduk Diketuk - Pahrol Mohd Juoi (Telaga Biru)

Thursday, November 08, 2012

Foresight

Saya masih ingat seorarng Pegawai Waren KPA Pendidikan di KTU dulu tentang ikan laga. Ceritanya kepada saya cara mana untuk menang dalam pertandingan ikan laga. Dia memberitahu, dia tidak pernah kalah lawan ikan laga :). Petua untuk menang adalah 'mendidik' ikan itu beradaptasi. Pada setiap hari, setitis air lada akan dimasukkan ke dalam botol ikan laga itu. Setiap hari, sehingga ikan itu tidak merasa keganjilan berenang-renang di dalam iar lada yang pedas.
Tiba pada hari pertandingan, sebuah mangkuk akan digunakan untuk melagakan ikan masing-masiang. Rakan sekampung memenuhi dan mengelilingi gelanggang ikan laga untuk melihat ikan siapa yang handal. Sebaik sahaja arahan melagakan ikan bermula, kedua-dua ikan di dalam botol peliharaan dimasukkan bersama di dalam mangkuk yang disediakan.
Serta merta ikan laga akan memulakan pergaduhan sambil mendapat sorakan dari anak-anak kampung di sekeliling gelanggang. Perlahan-lahan ikan lawan mula menunjukkan kesan yang pelik. Kelihatan lemah dan tidak bermaya. Mudah sahaja ia dibelasah dan seterusnya memberi kemenangan kepada tuannya.
Kenapa ikan lawan mudah dikalahkan? Ikan lawan tidak mampu beradaptasi dengan pantas di dalam air lada!. Kejayaan di capai kerana tuannya mempunyai pandagan ke hadapan, pandangan untuk mencapai kejayaan pada masa hadapan.
Sebagai seorang pegawai tentera, ini adalah cara berfikir yang paling asas dan mesti dikuasai oleh setiap mereka. Tanpa pemikiran ke hadapan, kita pasti mengalami huru hara sebelum mengalami kekalahan teruk. Kekalahan yang mungkin kita tidak sempat mendapat pengajaran darinya.

Monday, November 05, 2012

Hujung Minggu

Sejak isteri saya menyambung pengajiannya ke peringkat Sarjana hampir 4 tahun lalu, hujung minggu adalah peluang kami menikmati kemesraan hidup berkeluarga. Pelbagai kenangan telah kami lalui dengan tabah dan kesabaran.
Hujung minggu yang lepas adalah cuti hujung minggu kami yang terkini. Membawa anak-anak dari Seri Manjung ke Shah Alam dengan hujan sepanjang jalan untuk bertemu ibu mereka. Ini adalah rutin kami sejak 4 tahun yang lalu. Kadang kala, ibunya yang datang ke Seri Manjung untuk bertemu anak-anaknya. Namun, hujung minggu yang lalu kami dapat sedikit keseronokan kerana ipar mengajak kami sekeluarga tinggal di hotel yang mana dia sedang mengikuti kursus di hotel tersebut.
Hotel Nomad Sucasa yang terletak di Jalan Ampang. Hotel baru yang tidak didaftarkan di dalam GPS saya yang tidak pernah dikemaskini sejak Jun 2010. Akibatnya, seperti minggu sebelumnya sesat nak mencari Restoren Tajine, makanan Arab. Saya berlegar sekitar KLCC beberapa kali sebelum bertemu dengan hotel tersebut. Alhamdulillah, aplikasi peta dalam iPhone 4 saya sedikit sebanyak membantu saya ke jalan yang benar! :)
Restoren Arab sebelah hotel kami :P
Bangun pagi terus layan citer kartun. 
Persiapan sebelum pergi mandi kolam :)
Hotel yang berkonsepkan ‘service apartment’ sangat sesuai untuk kami 2 keluarga. Hotel yang baru, pastinya kemasan dalamannya juga turut baru. Layanan yang mesra dan yang lebih menyeronokkan, terutama anak-anak kami adalah kolam renang yang terletak bersebelahan dewan makannya. Lebih menarik lagi, Hotel ini bersebelahan dengan restoren Arab, Wadi Hadramawt. Restoren yang menghidangkan makanan Arab yang berteras dari Yaman. Malam itu kami menikmati makanan Arab dalam kesejukan hujan. Sungguh aman dan menyenangkan, Alhamdulillah.
Kambing panggang yang di panaskan dengan sos black paper.
Tulis buku ucapan :)
Majlis pernikahan :)
Pada hari Ahad sebelum pulang ke Seri Manjung, saya sekeluarga memenuhi undangan majlis pernikahan sepupu di Klang. Pakcik saya rupanya menghidangkan makanan ala-ala Arab. Beras panjang dan kambing bakar yang sungguh menyelerakan. Walaupun ramai sanak saudara di majlis itu, hanya sebahagian sahaja yang sempat berjumpa kerana mahu segera pulang ke Seri Manjung memandangkan musim tengkujuh ini kena lebih berhati-hati dalam perjalanan yang jauh.

Alhamdulillah, lebih kurang jam 7 petang kami sampai di rumah. Sekali lagi meninggalkan isteri yang tersayang yang sedang berjuang menghabiskan baki pengajiannya yang tinggal sedikit lagi.