Thursday, November 08, 2012

Foresight

Saya masih ingat seorarng Pegawai Waren KPA Pendidikan di KTU dulu tentang ikan laga. Ceritanya kepada saya cara mana untuk menang dalam pertandingan ikan laga. Dia memberitahu, dia tidak pernah kalah lawan ikan laga :). Petua untuk menang adalah 'mendidik' ikan itu beradaptasi. Pada setiap hari, setitis air lada akan dimasukkan ke dalam botol ikan laga itu. Setiap hari, sehingga ikan itu tidak merasa keganjilan berenang-renang di dalam iar lada yang pedas.
Tiba pada hari pertandingan, sebuah mangkuk akan digunakan untuk melagakan ikan masing-masiang. Rakan sekampung memenuhi dan mengelilingi gelanggang ikan laga untuk melihat ikan siapa yang handal. Sebaik sahaja arahan melagakan ikan bermula, kedua-dua ikan di dalam botol peliharaan dimasukkan bersama di dalam mangkuk yang disediakan.
Serta merta ikan laga akan memulakan pergaduhan sambil mendapat sorakan dari anak-anak kampung di sekeliling gelanggang. Perlahan-lahan ikan lawan mula menunjukkan kesan yang pelik. Kelihatan lemah dan tidak bermaya. Mudah sahaja ia dibelasah dan seterusnya memberi kemenangan kepada tuannya.
Kenapa ikan lawan mudah dikalahkan? Ikan lawan tidak mampu beradaptasi dengan pantas di dalam air lada!. Kejayaan di capai kerana tuannya mempunyai pandagan ke hadapan, pandangan untuk mencapai kejayaan pada masa hadapan.
Sebagai seorang pegawai tentera, ini adalah cara berfikir yang paling asas dan mesti dikuasai oleh setiap mereka. Tanpa pemikiran ke hadapan, kita pasti mengalami huru hara sebelum mengalami kekalahan teruk. Kekalahan yang mungkin kita tidak sempat mendapat pengajaran darinya.

No comments: