Sejak isteri saya menyambung pengajiannya ke peringkat
Sarjana hampir 4 tahun lalu, hujung minggu adalah peluang kami menikmati kemesraan
hidup berkeluarga. Pelbagai kenangan telah kami lalui dengan tabah dan kesabaran.
Hujung minggu yang lepas adalah cuti hujung minggu kami yang
terkini. Membawa anak-anak dari Seri Manjung ke Shah Alam dengan hujan
sepanjang jalan untuk bertemu ibu mereka. Ini adalah rutin kami sejak 4 tahun
yang lalu. Kadang kala, ibunya yang datang ke Seri Manjung untuk bertemu
anak-anaknya. Namun, hujung minggu yang lalu kami dapat sedikit keseronokan
kerana ipar mengajak kami sekeluarga tinggal di hotel yang mana dia sedang
mengikuti kursus di hotel tersebut.
Hotel Nomad Sucasa yang terletak di Jalan Ampang. Hotel baru
yang tidak didaftarkan di dalam GPS saya yang tidak pernah dikemaskini sejak
Jun 2010. Akibatnya, seperti minggu sebelumnya sesat nak mencari Restoren
Tajine, makanan Arab. Saya berlegar sekitar KLCC beberapa kali sebelum bertemu
dengan hotel tersebut. Alhamdulillah, aplikasi peta dalam iPhone 4 saya sedikit
sebanyak membantu saya ke jalan yang benar! :)
|
Restoren Arab sebelah hotel kami :P |
|
Bangun pagi terus layan citer kartun. |
|
Persiapan sebelum pergi mandi kolam :) |
Hotel yang berkonsepkan ‘service apartment’ sangat sesuai
untuk kami 2 keluarga. Hotel yang baru, pastinya kemasan dalamannya juga turut
baru. Layanan yang mesra dan yang lebih menyeronokkan, terutama anak-anak kami
adalah kolam renang yang terletak bersebelahan dewan makannya. Lebih menarik
lagi, Hotel ini bersebelahan dengan restoren Arab, Wadi Hadramawt. Restoren
yang menghidangkan makanan Arab yang berteras dari Yaman. Malam itu kami
menikmati makanan Arab dalam kesejukan hujan. Sungguh aman dan menyenangkan,
Alhamdulillah.
|
Kambing panggang yang di panaskan dengan sos black paper. |
|
Tulis buku ucapan :) |
|
Majlis pernikahan :) |
Pada hari Ahad sebelum pulang ke Seri Manjung, saya
sekeluarga memenuhi undangan majlis pernikahan sepupu di Klang. Pakcik saya
rupanya menghidangkan makanan ala-ala Arab. Beras panjang dan kambing bakar
yang sungguh menyelerakan. Walaupun ramai sanak saudara di majlis itu, hanya
sebahagian sahaja yang sempat berjumpa kerana mahu segera pulang ke Seri
Manjung memandangkan musim tengkujuh ini kena lebih berhati-hati dalam
perjalanan yang jauh.
Alhamdulillah, lebih kurang jam 7 petang kami
sampai di rumah. Sekali lagi meninggalkan isteri yang tersayang yang sedang
berjuang menghabiskan baki pengajiannya yang tinggal sedikit lagi.
No comments:
Post a Comment