Wednesday, April 04, 2012

TimeLapse App


Nampak gayanya, aku sudah minat gila dengan satu lagi genre fotografi yang di panggil 'timelapse'. Gambar yang diambil menggunakan kamera pada selang masa tertentu (contohnya: gambar akan diambil setiap 2 saat) dan kemudiannya di gabungkan setiap kepingan gambar itu dan dijalankan pada jumlah tertentu dalam satu saat. Contohnya, '30fps' adalah 30 keping gambar yang telah ditangkap pada selang masa teretntu di himpunkan/digerakkan dalam masa 1 saat. Maka jadilah satu filem yang bergerak tapi pada kadar yang agak pantas.
Untuk menghasilkan 'timelapse' menggunakan DSLR memerlukan gadget yang banyak dan perlu disunting kemudiannya mengunakan 'software' suntingan video di dalam komputer. Suatu kerja yang agak cerewet untuk menghasilkan karya yang sangat hebat :)
Antaramuka bagi Aplikasi TimeLapse :)
Alhamdulillah, beberapa hari yang lalu, dengan izin Allah, aku telah menemui satu Apps yang menarik untuk iPhone tentang 'timelapse'. Namanya TimeLapse. Aplikasi ini hanya meminta kita memasukkan maklumat 'timelapse' yang kita kehendaki, tekan butang 'start' dan wallahh!, sebuah karya hebat akan terhasil :) Sangat berpuashati dengan aplikasi ini sekali gus menebus sedikit kekecewaan untuk menghasilkan 'timelapse' kerana DSLR-ku tak boleh mengambil gambar pada selang masa tertentu dan komputerku tak punya perisian menyunting video yang canggih untuk menghasilkan karya 'timelapse'!.
'Timelapse Lumut Waterfront' telah diambil pada petang tadi sebaik sahaja turun dari Bukit Ungku Busu. InsyaAllah, banyak lagi karya eksperiman 'timelapse' dari iPhone-ku pada masa akan datang :) Best!

No comments: