Pemandangan dari Bukit Ungku Busu dan pencapaian pada 19 Mac |
Pencapaian panjat (kiri) dan turun (kanan) dari Bukit Ungku Busu untuk hari ini :) |
Bukit Ungku Busu di Lumut bukan asing bagi aku. Pertama kali aku mendakinya semasa aku mengikuti kursus Bahasa Inggeris di KD Pelandok sekitar tahun 2003. Seingat aku, aku mendaki bersama Mej Khaironi dan Mej Junizam. Aku masih ingat, semangat yang tinggi tidak cukup untuk sampai kepuncaknya. Pertama kali aku mendaki bukit ini, aku cuma sampai 50% dari ketinggian sebenar dan gagal sampai ke puncaknya kerana jantungku serasa nak pecah pada titik ketinggian itu.
Kali ini, semangatnya sedikit berbeza, aku telah mengayuh basikal melebihi 20 km sehari dan telah berjogging keliling Stadium Seri Manjung, Namun kesannya tidak begitu ketara dalam menurunkan berat badanku yang sangat degil ini. Dari pemerhatianku, aktiviti mendaki lebih memerlukan banyak tenaga dan yang lebih menarik lagi adalah ia akan menyebabkan jantung kita mengepam darah lebih laju dari aktiviti fizikal yang lain. I like it! :)
Sedikit sebanyak, aku lebih rasa selesa sekarang kerana rasa-rasa seperti pening, kebas dan sengal-sengal semakin berkurang setelah melakukan rejim aktiviti memanjat Bukit Busu sejak beberapa minggu yang lalu.
Seperkara lagi, aku kerap melihat kumpulan rombongan memanjat Bukit Busu setiap kali aku nak mula memanjat. Pastinya, mereka adalah anggota TLDM yang melaksanakan riadah mingguan mereka. Sememangnya ia suatu riadah yang bagus, tetapi ada sedikit kekecewaan dalam pemerhatianku. Kebanyakkan dari mereka tidak begitu ikhlas dan berusaha untuk mendaki hingga sampai ke puncak Bukit Ungku Busu ini. Mereka cuma buat 'Wayang Cina' dengan memanjat tak sampai 20% ketinggian dan lepak untuk beberapa masa sebelum turun semula sebagai menandakan pendakian mereka telah tamat.
Ruginya bila kita diberi peluang untuk beriadah, menyihatkan badan tetapi kita melaksanakan dengan hati yang 'separuh'! Kita sebenarnya langsung tidak mendapat faedah darinya malah mungkin mendapat dosa kerana memperdaya diri sendiri. Wallahhu alam.
No comments:
Post a Comment