Cissi sedang mengajar muridnya, OWC di Pulau Perhentian |
Menurut pegawai jualannya, Dennis, pusat menyelam itu telah ditubuhkan sejak Nov 2011 dan merupakan pusat menyelam yang dibuka sepanjang tahun. Itu adalah kelebihan yang terdapat di pulau-pulau di Selat Melaka ini. Lokasi latihan selaman pula di Pulau Sembilan. Kos menyelam agak tinggi berbanding di Pulau Perhentian, tetapi memang berbaloi kerana tidak perlu mengambil masa dan membuang tenaga dan wang untuk memandu ke Kuala Besut.
Kelebihan yang utama bagiku yang merupakan penduduk tetap di Seri Manjung ini, aku boleh menjimatkan duit dari kos penginapan dan aku juga boleh melaksanakan Advance Open Water dalam selang masa, tidak perlu menamatkan latihan dalam masa yang terhad seperti di Pulau Perhentian.
InsyaAllah, hujung minggu ini aku akan melaksanakan fun dive di Pulau Sembilan sebagai rekee untuk promote kawan-kawan datang ke Marina Island.
No comments:
Post a Comment