Saya rasa minggu nie adalah minggu paling banyak makan buah durian. baru sebentar tadi anggota awasan saya beramai-ramai kenduri durian. Apa yang saya tahu sangat tentang durian adalah rasanya yang sedap, kandungan sulfur yang tinggi, meningkatkan tenaga haba di dalam perut dan menghasilkan gas yang sangat 'keras'!
Saya masih ingat cerita Lt. Kol. Zubir, seorang pegawai senior yang pernah menjadi Atashe di Australia selama dua tahu. Di antara pengalaman beliau adalah, penjelasan seorang rakan berbangsa Australia yang pernah makan buah durian!. "Buah paling busuk pernah tumbuh di atas planet ini!"
Segera saya buka wikipedia:durian untuk mendapatkan maklumat tentang durian. Di antara fakta yang menarik adalah buah durian datang dari keluarga bunga raya dan pokok kapas. Lebih menarik lagi testimoni orang-orang dari barat tentang buah durian. Salah seorangnya, Anthony Bourdain, seorang penulis, chef dan pencinta durian menyatakan "Its taste can only be described as...indescribable, something you will either love or despise. ...Your breath will smell as if you'd been French-kissing your dead grandmother."
Patut la durian adalah salah satu hidangan paling mencabar dalam 'Fear Factor'!.
4 comments:
salam,
makan durian jer, saya tidur! tak panas badan, entah mengapa terus mengantuk walaupun baru pekena 2 ulas! serius ni!
salah satu hidangan dalam fear factor????? huuuu..mesti saya paling juara dalam cabaran tu..sampai ternganga-nganga mat saleh-mat saleh tu..hehe
tapi klien saya orang korea sangat sukakan durian. makan dengan nasik lagi. cam orang kajun pon ada...
fusarium solani: Kena jumpa doktor tu, ada alahan tertentu tu!!
amirahsyuhada: durian boleh la kita makan, kena makan labah-labah tarantula!! boleh ker? :)
Syam: Mungkin DNA orang Msia ada dekat-dekat dengan orang Korea kot! :)
Post a Comment