Saturday, June 14, 2008

Tujuh

Saya sudah kena tag dengan dua orang blogger. Seorang bekas pelajar saya, szakif dan seorang lagi rakan isteri saya, juga 'penjaga' forum Geng Jurnal, ady. Mereka tag benda yang sama. Mudah bagi saya nak laksanakan permintaan keduanya tapi jenuh juga nak fikir 7 perkara tentang diri saya. Saya cuba, InsyaAllah.

7 TENTANG DIRI SAYA
1. Seorang anggota beruniform.
2. Seorang guru Matematik cum Sains dan Bahasa Inggeris.
3. Suami kepada wanita yang sangat minat pada ilmu perbidanan.
4. Bapa kepada dua orang 'baby' yang sangat comel.
5. Seorang yang percaya pada nilai murni dalam diri manusia.
6. Seorang yang suka pada kesederhanaan.
7. Seorang yang sentiasa berharap untuk menjadi Mukmin sejati.

7 PERKARA YANG MENAKUTKAN SAYA
1. Kehilangan keluarga yang tersayang.
2. Peperangan yang ada unsur 'genosid'.
3. Wanita-wanita Islam dicabul dan dihina.
4. Harga barang naik!
5. Kematian yang mengerikan.
6. Disabotaj oleh rakan seperjuagan.
7. Putus harapan dalam memperjuangkan sesuatu yang mulia.

7 BUAH LAGU YANG SAYA SUKA
Saya tak berapa minat dengar lagu, lebih minat dengar orang bercakap (celoteh DJ!). Biasanya saya dengar lagu masa memandu. Channel yang selalu dengar, Red 104, Hitz dan Ikim. Dengar je apa yang dihidang bagi menyenangkan halwa telinga semasa memandu.

7 PERKARA YANG SAYA SUKA SEBUT
1. Occay.
2. InsyaAllah.
3. God Almighty.
4. Apa pun....
5. Alhamdulillah.
6. Oh... No!
7. Hhmm...

7 PERKARA YANG AMAT BERNILAI
1. Kehidupan saya.
2. Keluarga yang tersayang.
3. Ilmu.
4. Kesihatan.
5. Catatan-catatan di dalam blog ini.
6. Telepon bimbit.
7. Koleksi digital LOST dari musim 1 hingga 4!

7 PERKARA YANG PERTAMA BERLAKU DALAM HIDUP SAYA
1. Jatuh cinta!!
2. Menggunakan senjata Colt M 16.
3. Bertugas sebagai guru di SAM Bestari, Subang Jaya.
4. Menaiki Helikopter Alouette yang dipandu oleh Lt. Kol. Johnny.
5. Belayar bersama kapal MV Fajar Samudera ke Langkawi.
6. Berkahwin dan dikurniakan dua orang anak yang comel.
7. Dapat berkursus di Melbourne, Australia.

7 ORANG YANG SAYA NAK TAG.
Jangan takut, salah seorangnya bukan kamu :)

6 comments:

Alone said...

salam.. er.. maafkan saya kalau bertanya soalan amatur..

bila saya ke satu blog.. ada mengenai tag.. dan bila sampai ke blog ni.. mengenai tag juga..

boleh ceritakan secara ringkas apa tag ni?

kenapa bunyinya macam menakutkan? uhu

Ayu Mohamad said...

Salam....

Comelnyaaaa anak awak dan Ina :)
kirim salam byk2 pada Kakak Ipar dan Ina yer hehehe katakan kak Ayu kirim salam :P
adeh jenjalan kat blog Ady jumpa blog awak dan ina.. :)
bila tgk gambar majlis Aqiqah tu teringat zaman2 dulu.. I was there at the house attending ur sis in law wedding.. :P

Unknown said...

better-fun: biasanya, tag nie bermusim. Bila sorang blogger kena tag, ia akan berantai ke blog lain.

Tak tau sejarahnya bermula bila. tapi antara kelebihannya ialah ia dapat mengeratkan silaturrahim antara blogger. Menghidupkan blog yang dah lama berhibernasi dan banyak lagi!

bagi saya, ia kadang-kadang kurang sesuai bagi yang yang agak secretive nie :)

Tak ada yang menakutkan!

p/s: pasal apa blog awak susah nak buka??

ayu: Terima kasih lawat blog saya. Dah sampaikan salam. Ha ah rumah yang sama. Awak ada datang ker? ada perasan saya? :)

fusarium solani said...

hmmm, kene tag ngan ady rupanya.

pertama kali saya menembak ialah dengan M16 budak rotu..

Unknown said...

Rasanya, M16 lebih 'sedap' dari Styer!

Seronok menembak nie, terutama masa mula pegang senjata dulu. Bersama rakan-rakan ROTU. Di mana meraka sekarang?

fusarium solani said...

salam,
abang amir..
benar, M16 lebih sedap dari styer..

rakan-rakan Rotu dah hilang jauh...ish, ish sedih juga. ada juga yang masih mengekalkan perhubungan.

dulu kawan-kawan rotu kata styer tu macam senapang plastic!