Sunday, March 16, 2008

Kelas Fotografi di Putrajaya

Dalam semangat untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dalam bidang fotografi, saya gagahkan jua diri untuk menghadiri kursus fotografi ajuran Photo School di Purtajaya. Gurunya, Adhadi yang terkenal dikalangan ahli forum Photo School dan berpengalaman selama dua tahun dalam bidang Fotografi Perkahwinan.
Bilangan peserta dalam 15 orang dan datang dari latarbelakang yang berbeza-beza. Kebanyakkan dari mereka sememangnya sudah ada pengetahuan dalam DSLR. Saya cuma ada sikit-sikit!
Antara pengetahuan yang amat berguna adalah pengguna 'Aperture Priority', sememangnya gambar yang dihasilkan oleh f4 dan f8 sangat menarik. Dengan menggunakan mode ini, kita hanya perlu kawal aperture dan mesin akan menentukan 'shutter'nya.
Walaupun kursus ini agak 'simple', banyak juga engetahuan baru yang saya perolehi darinya. Begitu juga rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama. Masa yang singkat penumpuan terhadap kursus punca utama saya tidak dapat beramah mesra dengan mereka.
Apa pun, syukur Alhamdulillah kerana ilmu fotografi saya dapat ditingkatkan lagi. Lawat fotopages untuk lagi gambar!!

4 comments:

Onshoreman said...

salam cikgu
nmpknye cikgu makin serius dhn bidang fotografi ni
semoga berjaya

Unknown said...

Terima kasih, banyak lagi yang perlu dipelajari. Semoga Allah permudahkan cikgu dalam menguasai ilmu ini. InsyaAllah.

Adhadi Mohd said...

semoga berjaya...

Unknown said...

Terima kasih, cikgu! Harap dapat banyak lagi belajar tentang fotografi pada masa akan datang, InsyaAllah.