Sesiapa pun tidak dapat melupakan kesedapan masakan dari tangan ibu sendiri. Terutama apabila telah lama berjauhan dan kembali kepangkuan keluarga dan memulakan jamahan masakan ibu setelah seharian menahan diri dari lapar dan dahaga. Biasanya saya memerlukan 2 hingga 3 pinggan nasi untuk menikmati asam pedas masakan ibu saya.
Semasa saya belajar sains di sekolah menengah dahulu, seorang Guru Sains saya saya pernah memberitahu saya. Kurang lebih, "Otak kita akan mengatakan sesuatu masakan itu sedap apabila bahan kimia yang terdapat pada makanan kita dapat merangsangkan kesemua reseptor deria yang terdapat pada lidah kita. Reseptor yang boleh mengesan rasa manis, masam, masin dan pahit". Saya sentiasa mengiktiraf ibu saya sebagai seorang Ahli Kimia yang sangat genius kerana kepersisan dan kejituan beliau dalam mengadun ramuan kimia dalam masakannya buat saya sentiasa terkenang-kenang masakan ibu.
Kini, setelah mempunyai keluarga sendiri, sekali lagi saya merindui masakan ibu saya. Namun ini bukan kali pertama saya merindui masakan ibu saya, saya telah tinggal di asrama sejak tingkatan satu sehinggalah ke Universiti. Saya telah terpaksa menikmati ramuan kimia yang dimasak oleh ahli kimia yang berbeza-beza.
Dari Ahli kimia yang suka merokok semasa mengoreng mee di dewan makan asrama ke mamak nasi kandar yang mempunyai komposisi kimia ajaib pada jari-jarinya apabila mengambil makanan di Gelugor ke kepayauan air paya yang dijadikan minuman semasa mengikuti latihan Palapes di Gurun ke hotel besar menikmati kambing bakar dengan uniform putih yang segak dan ke Australia, menikmati 'fish and chip' di tepi laut di bandar Geelong.
Ini semua telah membuat saya tidak cerewet lagi tentang bahan kimia yang merangsang reseptor lidah saya. Saya makan tanpa banyak komen selagi ianya halal. Namun, di mana juga saya pergi, ingatan asam pedas ibu saya sentiasa menghasilkan impuls palsu yang dihantar ke otak saya dan akibatnya air liur saya dirembeskan dengan banyaknya. Komposisi kimia ajaibnya buat saya sentiasa terkenang Ahli Kimia yang tersayang.
7 comments:
Salam tuan empunya blog,
ohh..nampaknya penjelasan secara saintifik d sini mengenai kesedapan masakan ibunda t'cinta.
btw..apa salahnya suruh org rumah masakan seprtinya jua.
wah kak ila ke sini!
BTW cikgu amir... masakan ibu saya yang paling sedap ialah AYAM MASAK MERAH and everyone who have tried her cooking agreed wif me! :D
tapi saya belasah je apa sahaja makanan asalkan halal~
Saya juga merindui asam pedas emak ..... ..kena pulak ikan pari atau ikan mayong.....diletak pula sulur keladi......pergh...!
hmm..
saya plak masak apa pun tak sedap :(
kusyi, learn and practice make perfect...
asya: Orang rumah saya baru nak berjinak-jinak dengan masakan belah keluarga saya, InsyaAllah di akan pandai dalam masa mendatang. Namun, saya suka masakan 'rendang tok' buatan tangan keluarga belad isteri saya, orang Perak. raya nie ada peluang lagi saya nak merasa 'rendang tok' lagi :)
blackpurple: Saya pun suka makan asam pedas dengan ikan pari tapi mak saya suka buat asam pedas ikan terubuk. Ikan terubuk banyak tulang sikit!
kusyi: Tak per, awak ada kemahiran lain, menulis. Tak per pelahan, lahan :)
szakif: Memang la, cikgu pun tak boleh lupa masakan ibu. Tapi macam mak zaki dah sampai buka kedai, memang masakan ibu tu telah terjamin sedap :p
itu sudah pasti! :D
Post a Comment