Thursday, September 28, 2006

Halalan Thoiyibah

Salah satu iklan daging halal semasa menuntut di DITC
Semasa berkursus di Australia dulu, seorang rakan telah bertanya tentang halal. Kenapa orang Islam perlu makan makanan yang perlu di sembelih terlebih dahulu?. Saya memberitahu beliau yang itu adalah 'obligation', tuntutan agama Islam untuk umatnya makan makanan yang di yakini bersih.

Beliau kemudiannya meminta saya menjelaskan tentang makanan yang bersih. Saya telah menjelaskan kepada beliau bahawa penyembelihan itu sebenarnya adalah proses mengeluarkan darah dari tubuh haiwan ternakan. Mengeluarkan darah keseluruhannya. Itu berlaku apabila urat utama yang menyambungkan jantung dan otak dipotong.

Jantung terus mengepam darah tetapi darah tidak sampai ke otak. Maka haiwan itu mati dengan darah yang keluar dari tubuh dan otak yang tidak merasa kesakitan akibat dari sembelihan.

Kemudiannya saya bertanya beliau, adakah beliau tahu yang di dalam darah itu mengandungi bakteria dan kuman berbahaya?. Beliau mengakui bahawa sememangnya darah merupakan tempat yang sesuai untuk pembiakan kuman di dalam tubuh haiwan.

Walaupun penerangan saya itu cuma ringkas tetapi saya tidak menyangka yang pandangan saya itu di terima oleh rakan saya sepenuhnya. Semenjak penerangan saya itu, rakan saya lebih berselera memakan makanan yang halal. Beliau mengakui, kini beliau takut untuk makan daging dari haiwan yang tidak disembelih atas alasan kesihatan.

Apapun alasan beliau, saya rasa sangat gembira kerana kefahaman saya tentang Islam yang sedikit ini telah memberi manfaat kepada orang lain yang bukan beragama Islam. Mudah-mudahan dapat saya menjalankan ibadah Ramadhan di bumi Kanggaroo ini suatu hari nanti. Mudah-mudahan Allah membukakan hatinya untuk menerima cahaya Islam. Ameen.

5 comments:

BooK said...

ballighu anni walau ayah

sherrina said...

bagus bagus....:)

cikgu saya dari Australia dtg ke Malaysia utk kursus. Semasa bersembang dalam telefon dia bertanya kenapa org Islam perempuan perlu menutup aurat dan saya yg cetek ilmu ni tak dapat menjawab dengan sempurna. Saya terpaksa balik, bertanya ngan ayah saya dan emailkan jawapan tersebut kepadanya setelah dia pulang semula ke sana.

Anonymous said...

itu pentingnya
ada ilmu
mudah menerangkan

Anonymous said...

working among expats especially from the UK / Australia sometimes surprises me the most when they knew that i have the obligation towards halal meats. i guess they've been involved much with moslem colleagues before. some of them even knew of what is the definition of a halal meat.

Unknown said...

book: Yaa, benar. Sampakan dariku walaupun satu ayat. Saya sangat seoronk melihat manusia berubah kerana ilmu dan gembira kerana saya juga berubah kerana menerima ilmu dari orang lain.

sherrina: Itula namanya jihad ilmu, bukan senang nak bagi orang bukan Islam faham apa yang diwajibkan ke atas kita. Mudah-mudahan usaha awak yang sedikit itu dapat memberi manfaat kepada guru awak. InsyaAllah.

ron97: Selain ilmu, pengamalam juga penting. Alhamdulillah kita semua amal makan daging yang bersih. Dan kita juga faham manfaatnya, itu yang mudah nak diterangkan kepada mereka.

halda: Memang, sesetengah OZ yang saya jumpa sememangnya prihatin tentang keperluan makanan orang Islam. Setiap kali jamuan, mereka akan memastikan makanan dan minuman, tempat memasak di khususkan kepada penuntut muslim sahaja. Namun bagi saya ada sedikit 'lacking' dalam kefahaman mereka tentang 'hikmah' yang boleh kita perolehi dari makanan halal. Begitu juga 'hikmah' dari setiap amalan atau 'Ad-Deen', Way of life sebagai seorang muslim. Berpuasa itu sendiri merupakan satu cara hidup yang sangat baik. Diperintahkan oleh Allah berpuasa bukan setakat 'obligation' malah memelihara jasad dan jiwa manusia dan menundukkan nafsu dari terus menguasai hati manusia. Wallahu a'lam. Saya teringin berpuasa dengan 'brother and sister' di negara atas angin!. Pastinya pengalaman anda bermakna, menikmati nikmat Allah dengan umat Islam dari berbagai bangsa.