Tuesday, July 11, 2006

Tiga rasa

Rasa panas. Seminggu yang lepas dan sebelumnya, seluruh kapilari darah yang terdapat di permukaan kulit saya 'stress'. Terpaksa mengecutkan diri kerana tubuh saya cuba meminimakan pembebasan haba dari tubuh saya ke persekitarannya. Persekitaran yang sejuk di antara 0 sehingga 12 darjah celsius. Di Malaysia, kapilari saya tidak perlu stress lagi kerana cuaca hari ini membenarkan kapilari darah saya mengendur semahu-mahunya. Akibatnya, saya berpeluh siang dan malam.

Rasa masin. Setelah empat bulan setengah makan 'fish and chip' yang 'tasteless', saya kembali kepada diet asal saya. Menikmati asam pedas, gulai lemak cili padi, nasi lemak yang beraroma kulit pisang dan yang paling terkesan pada lidah saya adalah ikan masin. Ikan masin yang di makan dengan nasi wangi beras Siam yang masih panas. Ikan masin Pulau Pangkor.

Rasa bahagia. Minggu lepas adalah minggu paling sibuk kerana menguruskan dokumentasi selepas pulang dari luar negara dan semalam adalah hari terkahir. Ada seminggu cuti yang saya tidak akan sia-siakan bersama keluarga saya. Peluk isteri dan anak seerat-eratnya. Membayar hutang rindu dendam untuk empat bulan setengah yang lalu.

Tidak terbilang nikmat rasa yang Allah beri pada kita. Syukur Alhamdulillah!

10 comments:

Azhar Ahmad said...

Hahaha dan saya penuh rasa membaca blog ini! Berjalan keliling geju, mencari erti mencari mimpi, mencari entiti dengan pasti. Salam perkenalan!

Anonymous said...

itulah,
sayang bini, tinggal tinggalkan.
hehehe

is150 said...

biasalah tue... sebulan dua lagi ok lah tue....

sherrina said...

welcome back :)

Unknown said...

selamat menjejakkan kaki ke bumi bertuah kembali cikgu amir~ :)

BooK said...

amirazmi:
kau dah balik rupa nya. patut aku mesej optus kau tak dapat. call pun tak dapat. patut la. aku nak tuntut bismi je sebenar nya. :D

Izhal said...

Alhamdulillah dah sampai balik dengan selamat...

Anonymous said...

berhati-hati semasa berjimak.

jangan gelojoh.

sherrina said...

wah, lamanya tak update. sibuk benar, ya :)

Unknown said...

azhar ahmad: Salam kenalan, terima kasih kerana melawat blog saya :)

ron97: Ungkapan lama yang nyata ada kebenarannya.

is150: Rasa dah occay sekarang nie, puas gak jalan-jalan dengan family.

sherrina: Terima kasih, ha ah... memang sibuk sikit.

szakif: Terima kasih.

book: Kenapa tak habak awai-awai.. memang, bismi tu port baik lepas shopping kat Victoria Market. Mai Malaysia bagitau, saya belanja nasi beriani special kat Lumut nie!

izhal: Terima kasih.

atrco: Masih boleh bersabar lagi, jiwa dah tenteram sekarang!

NBB: Terima kasih :)