Thursday, May 04, 2006

MELT Field Trip III

Petang Selasa yang lalu, satu lagi Field Trip telah diadakan. Kali ini di AMES (Adult Multicultural Education Services) St. Alban. Sebuah pusat pembelajaran Bahasa Inggeris bagi pendatang yang datang ke Australia. Mereka perlu menguasai Bahasa Inggeris terlebih dahulu pada jumlah jam tertentu. Setelah lulus, baru mereka boleh menjadi warganegara Australia. Ini adalah lanjutan dari MELT Field Trip II yang lalu di AMES, Melbourne.
Pensyarah bahasa saya, Anita Armytage (baju hijau muda) sedang berunding dengan penyelia petang AMES untuk membahagi-bahagikan kami kepada kelas tertentu untuk meng'observe' guru-guru AMES mengajar Bahasa Inggeris. Dihujung kursus kami nanti, ada lebih kurang 6 masa mengajar yang dikhususkan untuk mengajar pendatang-pendatang yang sedang belajar di AMES.
Puan Shopia sedang beraksi!. Beliau berbangsa Serbia dan mendapat pendidikan Bahasa Ingggeris di U.K. Kini menjadi warganegara Autralia dan mengajar penuntut-penuntut di AMES. Seorang yang ada 'sense of humour'. Semua penuntutnya sangat senang belajar dengan beliau.
Di antara penuntut yang sedang tekun belajar Bahasa Inggeris. Di celah-celah mereka, rakan-rakan saya sedang memerhatikan Puan Shopia sedang mengajar. Tongkat dagu nampak Lt.Kol Ngoc!! tak buat catatan ker!
Menjamu selera di bilik rehat AMES St. Alban. Makan biskut jer dan minum milo!. Semua nampak happy jer pasal kelas dah nak habis!
Pemandangan dari stesen keretapi St. Alban. Pekan ini kecil tetapi kebanyakkan penduduknya adalah golongan pendatang yang datang dari seluruh dunia. Agak sibuk dan ketika ini ramai orang sedang pulang dari kerja. Lawatan selesai jam 1600, cuaca mendung dah suhu sangat sejuk ketika ini.
Rakan-rakan yang kegirangan macam anak-anak pasal nak balik! Satu pengalaman yang sangat bermakna.

13 comments:

BooK said...

berjalan je keje kau ek?
winter ni kau ade kat melben lagi ak?

Unknown said...

meng"observe" = memerhati la cikgu... adeh.. baru berapa bulan je kat australia cikgu...! =)

Chika Chika said...

wooooo.... best ni

Unknown said...

bukhariramli: Alhamdulillah, melihat-lihat ciptaan Allah di negara orang. InsyaAllah ada, kenapa? nak turun Melbourne ker?

szakif: Sorry, cikgu buat entry nie kelam kabut sikit. Tiba-tiba jer 'jam'! tak dapat nak cari perkataan 'memerhati'!

Pasal masa 'observe' tu, cikgu fikir, bukan memerhati sahaja, buat catatan sekali!! anyway! thank!

chikadior: wah!! lama tak jumpa! Alhamdulillah.. kat sini best! :)

is150 said...

wah... bila nak balik M'sia nie...

sherrina said...

kutip seberapa banyak ilmu dan pengalaman sepanjang berada disana. peluang begini bukan datang selalu :)

Anonymous said...

Cikgu balik mesia bila?
bleh kitorg invite cikgu untuk program kat skolah.

Unknown said...

is150: awal bulan Julai, dah tak sabar nak balik. menghitung hari!

sherrina: InsyaAllah, sedang... Thank for your advice.:)

farhan: awal bulan Julai. teringin juga cikgu nak jenguk Sambest. InsyaAllah, jika ada kelapangan.

Ingat nak bagi kuliah Subuh pasal Muhammad Abduh cakap, "aku melihat Islam di negara bukan Islam dan aku tidak melihat Islam di negara Islam"!

Topik menarik tu untuk motivasi pelajar Sambest. Sebelah pagi, lepas sarapan boleh buat demonstrasi baling Boomerang untuk pelajar Sambest!!

InsyaAllah cikgu akan belajar baling boomerang awal bulan Jun nie :)

Unknown said...

Topik menarik tu untuk motivasi pelajar Sambest. Sebelah pagi, lepas sarapan boleh buat demonstrasi baling Boomerang untuk pelajar Sambest!!

InsyaAllah cikgu akan belajar baling boomerang awal bulan Jun nie :)


sangat menarik!!! malangnya, adakah saya juga dijemput utk menyaksikan demo itu....? adeh, maklum la, dah lame tinggalkan sambest.... ntah2 cikgu2 kat situ pun dah ramai yang saya tak kenal...

cikgu belajar lontar boomerang kat australia ke cikgu? susah tak? kena ade teknik yang khas ke? sangat curious~

Unknown said...

szakif: Kita datang Sambest bukan nak cari siapa yang kenal kita, tapi kita nak tunjukkan akhlak produk yang keluar dari Sambest.

Sebagaimana Nabi Muhammad menjadi model akhlak terbaik manusia, begitu juga kita.. melata di bumi Allah ini menjadi model yang baik kepada orang (sama ada mereka Islam atau tidak) lain.

Cikgu rasa pelajar Sambest mesti berbangga dengan pencapaian senior mereka!!

Tapi semua tu belum pasti lagi, tunggu respon dari Paan!! :)

Unknown said...

cikgu! one more question. since you taught physics when you were in sambest, just wanna ask you; what makes the boomerang turn back to the person who throws it? what scientific concept does it use? very curious~

Unknown said...

szakif: dari apa yang cikgu baca, ada dua sebab kenapa boomerang tu pusing balik:

1. Bentuk aerodynamic menyebabkan ada dua perbezaan tekanan di antara jasad boomerang. Ini menyebabkan boomerang boleh melayang (terbang).

2. Bentuknya seperti V menyebabkan daya yang terdapat pada kedua-dua bilahnya saling menafi antara satu sama lain. Ini menyebabkan ia terbang dalam bentuk bulatan.

Setakat itu jer yang cikgu paham, InsyaAllah, bila cikgu pergi lawatan ke Jungai Receration Park nanti, cikgu akan tanya semaksimum mungkin guru yang ajar baling boomerang tu!

Ilmu yang bermanfaat, InsyaAllah cikgu akan sampaikan kepada semua.

Unknown said...

aaaa.... i'm so eager to know more about boomerang! am waiting am waiting! :D