Hari ini buat Feild Trip lagi! Cuma ke Melbourne sahaja untuk lawat pameran yang dikendalikan oleh National Gallery of Victoria (NGV) yang bertajuk Exiles and Emigrants: Epic Journeys to Australia in the Victorian Era dan Chinese Museum di China Town.
Sebelum ini saya memang tak berminat langsung tentang lukisan dan apa-apa yang berkaitan dengan seni tapi pameran yang di kendalikan oleh National Gallery of Victoria (NGV) sungguh mengkagumkan. Pameran ini memaparkan lukisan-lukisan sejarah penghijrahan orang-orang dari Great Britain ke Australia. Dengan di pandu oleh seorang Guider (sejak di Balarat lagi saya memang kagum dengan guider di Australia, semunya well-educated), lawatan dibahagi kepada tiga bahagian utama. Lukisan-lukisan sebelum penghijrahan, semasa pelayaran ke Australia dan semasa tiba di Australia.
Bahagian I: Revolusi perindustrian di UK pada awal tahun 1800an telah menyebabkan ramai penduduk luar bandar mencari kerja di kilang-kilang yang baru dibina. Malangnya, lambakan pekerja telah berlaku dan ramai pendatang luar bandar menjadi homeless, malah mereka tidak mampu kembali ke kampung halaman mereka kerana tiada wang. Pada bahagian ini, semua lukisannya mengambarkan suasana kesuraman, penderitaan kesejukkan kerana tiada rumah, kelaparan dan kematian.
Serangan penyakit pada kentang yang melanda tanah-tanah pertaniannya juga digambarkan dalam lukisan berwajah manusia yang putus harapan dan kesedihan. Pada tahun 1847, Patato Blight (sejenis penyakit yang menyerang tanaman kentang) telah merosakan semua ladang-ladang di Ireland dan ramai yang mati kebuluran.
Peluasan tanah-tanah ternakan oleh tuan tanah Inggeris untuk perternakan biri-biri di tanah Scotland juga telah membuat ramai orang-orang Scotland diusir dari tanah mereka. Gambaran itu dilukis dengan penuh artistik, sekumpulan keluarga dari datuk ke cucu dalam keadaan murung dan sedih sedang menunggu di perlabuahan untuk penghijrahan. Beg paip, alat musik tradisi Scotland di tiup memainkan lagu-lagu sedih.
Kesemua kejadian ini berlaku semasa era pemerintahan Permaisuri Victoria(1837-1901). Permaisuri ini dikecam kerana gagal memberi kebajikan yang sepatutnya kepada tanah-tanah jajahannya. Maka, timbul idea dari Perdana Menterinya pada ketika itu untuk memindahkan penduduk UK ke suatu tempat lain iaitu Australia (Pada ketika itu Australia adalah pulau tahanan bagi penjenayah di tanah jajahan British). Perdana Menteri itu bernama Melbourne.
Lukisan ini dilukis oleh Ford Madox Brown. Beliau melukis dirinya sendiri, isterinya, anak perempuannya dan bayinya yang berada di dalam jubah isterinya (cuma nampak tangan isterinya dan bayinya sahaja). Dia dan keluarganya di dalam clip boat yang membawa ke kapal penumpang yang lebih besar di tengah laut. Menarik tentang lukisan ini adalah pelukisnya tidak pernah sampai ke Australia. Beliau sebenarnya melukis untuk mengambarkan kawan karibnya yang berhijrah ke Australia. Beliau mengambil masa 3 tahun untuk menyiapkkannya. Dikatakan, beliau berdiri di dalam cuaca sejuk selama beberapa jam untuk mendapatkan warna kulit tangan dan muka yang pucat akibat kesejukkan!! Wajah yang penuh kesedihan dan penuh dengan ketidakpastian.
Bahagian II: Masa perlayaran dari England ke Australia adalah 4 bulan, paling cepat melalui The Great Circle Route adalah 3 bulan. Bayangkan, belayar selama itu! Wajah-wajah yang digambarkan semasa pelayaran adalah wajah-wajah kejemuan, kesedihan, kekotoran dan penyakit. Namun tidak bagi golongan bangsawan yang berada di kelas pertama dalam kapal yang sama. Nilai kasta dilukis dengan menarik sekali. Lebih mudah nak berimiginasi kerana suasananya macam dalam cerita Titanic.
Segala tanggungan pelayaran adalah percuma bagi golongan yang fakir dan miskin. Namun, ia cuba one way ticket sahaja. Tidak ada insuran dan tidak ada kepastian yang kapal akan selamat tiba di Australia dalam pelayaran yang mengambil masa yang lama. Wajah-wajah sedih, kerinduan dan penuh tidak kepastian di gambarkan dalam setiap gambar di bahagian ini.
Bahagian III: Hampir 2 juta orang berhijrah ke Australia dan lebih kurang 4 ribu orang terkorban dalam pelayaran tersebut. Mereka terkorban kebanyakkannya bukan di laut luas, tapi cuma beberapa puluh kilometer lagi ke pelabuhan Melbourne. Lukisan di bahagian ini memaparkan gambaran wajah-wajah yang akan menghampiri kematian. Satu lukisan yang menyayat hati saya adalah seorang ibu sedang cuba menyelamatkan bayinya yang sedang kelemasan. Lukisan yang sangat-sangat menyayatkan hati. Berkaca mata saya dengan air mata!
Bahagian ini juga mempamerkan contoh-contoh surat pendatang yang baru tiba ke Australia. Nak baca contoh surat tu, klik di sini. Surat-surat berkisar tentang pengalaman pendatang sebaik sahaja tiba di Australia. Di antaranya menceritakan tentang The big hopping rat! Agak lucu :), mereka menyangka Kanggaroo itu adalah sejenis tikus besar yang boleh melompat!. Di bahagian ini juga menunjukkan gambaran tentang seluruh ahli keluarga berkumpul semata-mata untuk mendegar bacaan surat yang mengambil masa 3-4 bulan untuk sampai. Wajah-wajah keharuan, kerinduan yang terbayar, senyuman berserta air mata kegembiraan.
Selepas makan tengah hari di Restoran nasi lemak Changi dan solat zuhur di RMIT, kami pergi ke Chinese Meseum. Tidak banyak yang menarik kerana mempamerkan kebudayaan Cina yang hampir sama dengan Cina di Malaysia. Oang Cina di bawa oleh Inggeris ke Australia sebagai buruh dalam bidang pertanian dan pada era Gold Rush (1850an), mereka menjadi pelombong.
Cuma satu bahagian sahaja, bahagian yang menceritakan White Australia Policy. Pada tahun 1901, Australia telah menjadi sebuah negara bersekutu dan memulakan kempem racism dengan memburukan golongan bukan kulit putih. Di antaranya lukisan mengambarkan orang cina seperti arnab (mengambarkan orang Cina cepat membiak dan bakal memenuhi Australia), orang Cina seperti ular sedang membelit seorang wanita kulit putih, Orang Cina seperti seekor kambing yang banyak membawa penyakit dan sedang ditendang oleh seorang kulit putih dan lain-lain lagi.
Di sini saya melihat keterbukaan Australia dalam memberi pendidikan yang benar tentang sejarah Australia kepada semua orang. Muzium ini di taja sepenuhnya oleh Kerajaan Australia dan mendapat bantuan dari Kerajaan China.
Satu lagi Field trip yang sangat bermakna. Pengalaman yang sungguh terkesan!
3 comments:
cikgu... letak gambar lagi.. tak seronot la bace je tanpe berkongsi same pemandangan kat tempat yang cikgu lawat tu...tak dapat pi australia, dapat tengok gambar pun cukup la.... huhu...
[apa yang aku fikirkan...]
[jauh berjalan luas pemandangan]
Sorry... cikgu memang nak ambil gambar. Memang selalu bawa kamera ke mana sahaja cikgu pergi. Tapi, kawasan muzium nie kawasan larangan mengambil gambar.
Cikgu dah tulis panjang lebar dah! harap-harap awak boleh imiginasi macam mana bentuk pameran yang telah di buat. Sorry..!
macam tu ceritanye... hm.. pasrah...
Post a Comment