Wednesday, March 01, 2006

Field Trip 2: Ballarat

Adakah anda tahu apa yang dimaksudkan dengan Apothecaries? Inilah sebuah farmasi di zaman kegemilangan Gold rush di Ballarat. Bermula dengan penemuan emas pada tahun 1851, manusia dari seluruh Australia dan dunia datang ke Ballarat untuk mencari emas. Menjelang penghujung 1900an dikatakan hampir 1.2 juta manusia tinggal di Ballarat untuk mencari emas.
Peralatan yang digunakan untuk mencari emas pastinya terdiri dari logam. Maka peruasahaan logam menjadi pesat ketika itu kerana keperluannya yang utama pada ketika itu. Di sini, semua orang berpakaian serba tahun 1800an. Betul betul seperti kembali ke 100 tahun yang lepas!
Di zaman Gold rush juga telah mencatatkan sejarah gelap bagi Australia. Terdapat banyak kumpulan penjahat yang mengambil kesempatan di atas pelombong-pelombong emas pada ketika itu. Jadi, senjata api juga di antara keperluan utama pada ketika itu.
Salah satu jalan di bandar Sovereign Hill, Ballarat. Tempat ini adalah bekas lombong emas yang telah di bina semula untuk di jadikan bandar warisan atau muzium terbuka untuk pengunjung merasai kehidupan di zaman Gold rush. Budak sekolah kat sini buat rombongan hari sekolah. Rombongan atau Field Trip merupakan salah satu dari silibus dalam kurikulum mereka. Di Malaysia, rombongan dibuat waktu cuti (Sabtu/Ahad), itu yang buat cikgu-cikgu Malaysia bengang!!
Salah satu pintu ke lombong emas. Jika dilihat binaan dalam dan luar, tahulah kita betapa perit dan getirnya manusia ketika itu untuk mendapatkan emas. Dikatakan, pelombong terdiri dari kanak-kanak lelaki seawal budak sekolah rendah. Ramai juga pelombong mati kerana mengalami masalah pernafasan dan jangkitan paru-paru di era Gold rush.
Nampak tak emas? terletak macam tu jer kat dinding lombong tu. Tapi, budak penunjuk jalan tu kata emas tu dah di pasangkan alarm!!
Penunjuk jalan tengah buat demo macam mana nak mendulang emas. Lepas tu saya pun cuba mendulang juga, memang ada emas tapi kecil lagi dari tahi gigi. Kami cuma di beri masa 30 minit sahaja untuk mendulang pasal jarak dari Ballarat ke tempat tinggal kami kira-kira 100km. Ingat nakbawak balik Malaysia sekilo emas!!
Di antara pekerja di Sovereign Hill. Mereka berpakaian ala era Gold rush. Comel betul budak tu pakai gaun dan topi.
Habis lawat Sovereign Hill, Ballarat, pergi pula Ballarat Wildlife Park. Ini merupakan sebuah zoo terbuka dan dibiayai oleh Greg Parker. Beliau mengeluarkan duit koceknya untuk membangunkan zoo ini dan zoo ini merupakan zoo yang terbaik di Australia.
Memang comel koala nie, tapi kuku koala nie sangat tajam. Sebab tu penjaganya tak benarkan orang lain dokong. Lembut bulu badannya, macam mainan patung koala. Kami kira beruntung pasal semua koala dah 'jaga'. Koala tidur 22 jam sehari!! Sebab tu nampak cute, pasal tiap hari nampak macam baru bangun tidur!
Burung Emu. Menurut penjaganya, emu dia sama sekali tidak sama dengan burung unta. Berbeza juga dari segi DNA. Mereka bukan dari keturunan yang sama. Seronok bila bagi emu makan, dia patuk tangan kita lembut jer. Burung nie lebih pasif dari burung unta.
Bagi Kangaroo makan dedak dan jagung kering. Geli tangan!! dalam gambar nie kira anak kangaroo. Memang jinak dan tak takut pada manusia. Hayat kangaroo adalah kira-kira 18 tahun tapi pasal tiap hari makan dedak dan jagung manusia suap, menurut penjaganya umur kangaroo boleh lebih panjang lagi.
Kura-kura gergasi nie, tabiatnnya suka kena usap. Jika dia tinggal di habitatnya, ada burung yang akan mematuk-matuk kulit badannya. Memakan serangga, kulit mati yang terdapat di kulitnya. Oleh kerana di zoo ini tiada burung yang nak mematuk kulitnya, penjaga zoo nie kena usap dia tiap-tiap hari!! Umurnya baru 3 tahun dan kura-kura nie boleh hidup sampai 200 tahun.
Pada asasnya, semua binatang kat Australia nie kuat tidur. Di tahu bangun dan makan. Kangaroo sendiri tidur 16 jam sehari. Di sini, saya biasa mendengar orang Australia merungut kenapa kerajaan mereka pilih dua binatang besar yang kecil otaknya sebagai lambang kebangsaan Australia! Kangaroo dan Emu!!

2 comments:

Angah said...

di dalam lombong itulah saya masuk, dan terlupa membuka sunglasses.. pastu wonder.. nape gelap nau eh? diorang ni tak reti nak pasang lampu ke eh? wonder gak nape orang lain takde komplen pun. nasib tak komplen :-)

enjoy your stay there!! make sure you go to the great ocean road. it's bloody breathtaking!!

Unknown said...

anakmalaya: tengah nak cari nie, tapi sekarang belum ada masa lagi. InsyaAllah akan sampai masanya nanti, 4 bulan lagi kat sini!! freezzing Aussie!