Assalamualikum atau Selamat Pagi Cikgu adalah ungkapan yang paling unggul pernah diucapkan oleh setiap rakyat Malaysia. Ucapan yang memuliakan seseorang, setiap hari yang kerjanya adalah menyampaikan ilmu kepada manusia. Di sini, ucapan pagi di tukar dalam bentuk melapor, lebih kurang "Good morning Sir/Maam, Class 5, strength 45, In class 45, ready for your lesson Sir/Maam", "Permision to sit at ease", "thank you Sir/Maam". Apa pun bentuknya, ucapan selamat sejahtera ini ditujukan kepada seorang yang di gelar 'Guru'.
Apa sebenarnya yang menyebabkan seorang manusia itu 'sanggup' mengabdikan dirinya untuk menjadi guru?. Bagi saya, sebab utama yang menjadikan saya ketagih untuk menjadi penyampai ilmu ialah dapat melihat manusia 'berubah'. Perubahan sikap manusia yang sungguh menakjubkan. Bukan sahaja perubahan sikap yang mengubah diri pelajar tetapi mengubah diri saya juga. Dulunya saya hairan kenapa mereka sukar untuk memahami pelajaran yang bagi saya sangat mudah, hari ini saya memahami sepenuhnya bahawa potensi manusia itu berbeza dan cara mereka memahami juga berbeza. Oleh itu, pendekatan untuk menyampaikan ilmu juga berbeza. Ianya sukar tapi itulah tugas paling menyeronokkan.
Menyampaikan ilmu itu sebenarnya bukan semudah bercakap dihadapan kelas dan balik pukul 2 petang. Sebenarnya, lebih dari itu. Kebolehan memahami dan mendalami pemikiran dan hati pelajar itu adalah eset paling berguna bagi seseorang guru yang hendak menyampaikan ilmu yang berkesan. Sebab itu, semua guru yang yang terlatih harus menguasai 'Psikologi Pendidikan'. Kadang-kadang, sedikit motivasi akan mengubah seluruh keperibadian pelajar tersebut. Kita sendiri tertanya-tanya bagaimana nasihat yang sedikit itu boleh mengubah keperibadian pelajar. Pada saya, pastinya guru itu adalah 'idola ilmuan terbaik' untuk pelajarnya. Penginspirasi terbaik. Guru boleh mengubah sikap pelajar dari seremeh-remeh penampilan diri mereka!!
Bagi saya, pelajar juga adalah sebahagian dari hidup saya. Tanpa mereka, saya mungkin menjadi orang lain. Pelajar telah mencorak diri dan pemikiran saya terhadap perkembangan dan perubahan sikap manusia. Adakala kita perlu berlembut dan adakala kita perlu bertegas. Adakala mereka tidak faham kenapa kita bertegas dan adakala mereka lalai dan mengambil mudah bila kita berlembut. Ini pelajaran tentang manusia yang paling berguna bagi saya. Selamat Hari Guru.
3 comments:
SELAMAT HARI GURU,CIKGU!
terima kasih atas segala ilmu cikgu:)jasa cikgu akan fatimah kenang hingga ke akhir hayat.
smoga cikgu diberkati...ameen
Assalamualaikum Cikgu Azmi,
Aku bangga dengan hang.....Semua Semoga ko terus berjaya.....jangan lupa kawan lama noooo....
-Liney-
Fatimah Nur;
Ini buat cikgu betul-betul terharu, ingat lagi cikgu dari pelajar yang selalu sedih kini berjaya menyambung pengajian dalam bidang perubatan di Rusia. Awak telah mengembira hati ibubapa, guru dan saudara seislam. Semoga Allah mempermudahkan urusan dunia dan akhirat untuk awak. Ameen.
Liney;
Walaikum salam. Long time no see, apa khabar? hmmm... skang dah jadi pensyarah ker? e-mail saya liney ;p
Post a Comment