Monday, January 30, 2017

Hari ke 16 - Authentic Materials

'Authentic material' adalah bahan pengajaran dari sumber yang alami. Sumber yang mudah didapati di sekitar kita. Sebagai contoh bagi pengajaran bahasa, penggunaan keratan artikel, berita, rencana dari surat khabar, majalah atau sebagainya terutama dalam kemahiran membaca.

Ini adalah bahan utama dan paling banyak digunakan dalam pengajaran Bahasa Inggeris di sini. Saya masih ingat lagi semasa kursus MELT dulu, kami di perkenalkan dengan pengajaran menggunakan 'authentic materials'. Bahan-bahan ini diperolehi dari brochure yang kami kumpul semasa melaksanakan 'filed  trips'. Maknanya, kami pergi 'field trips' itu bukan saja-saja tetapi ada tugasan yang mesti dilaksanakan.

Kelebihannya sangat besar. Ini adalah satu pengajaran kemahiran bahasa yang keluar dari buku teks. Ia lebih dengan dengan pelajar kerana maklumat ini biasanya terkini dan berkaitan dengan kehidupan sebenar. Kami yang keluar sambil mencari 'authentic materilas' ini akan lebih memahami bahan pengajaran kami dan seterusnya dapat disampaikan dengan teratur dan menarik. namun begitu, tidak semua bahan pengajaran ini menepati konsep atau objektif pengajaran, adakala ia sedikit tersasar dari objektif. Persiapannya juga agak mencabar kerana memerlukan persiapan yang teliti dan kemungkinan soalan-soalan tidak terduga oleh para pelajar yang mengikutinya.

Untuk ETDC ini, saya perlu mencari 10 bahan 'authentic materials'! dan seiring dengan kemajuan teknologi maklumat, sekurang-kurangnya 2 dari bahan alami boleh diperolehi dengan internet! :)

Apa pun, pengajaran menggunakan 'authentic materials' sememangnya yang terbaik dan sangat membantu para pelajar untuk menguasai pelajaran yang berkaitan bahasa.

Sunday, January 29, 2017

Hari ke 15 - Sunday Market

Sebelas tahun yang lalu, saya dan rakan-rakan sentiasa menunggu hujung minggu untuk ke pasar lambak versi Australia yang berdekatan penginapan kami. Pasar ini di kenali dengan 'Sunday market' yang terletak di Laverton. Kami mengayuh basikal untuk ke sana dan mengambil masa dalam 15 minit. Biasanya kami akan membeli keperluan mingguan seperti makanan, pakaian, keperluan harian dan sebagainya. Ia merupakan tumpuan kami kerana harga yang rendah dan mempunyai pelbagai pilihan. Saya pernah beli basikal 'secondhand' yang berharga AUD 30! begitu juga baju sejuk yang berharga AUD 15!. Tempat yang istimewa bagi kami.

Hari ini saya mengambil peluang untuk pergi ke tempat kenang-kenangan ini. Buat kali pertamanya selepas 11 tahun yang lalu. Selepas sarapan jam 0830 terus berjalan kaki kerana tiada kenderaan ke sana. Cuaca yang sangat baik menyebabkan saya tiada halangan untuk berjalan ke sana. Dengan bantuan aplikasi 'waze' saya berjalan sambil mendengar 'budak2 jalan belakang' menyanyi!. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit! :)

Setibanya di sana, kena bayar AUD 1.00 untuk masuk, kalau tak silap dulu cuma AUD 0.50. Masuk sahaja ke lapangan niaga, mengimbau saya kembali pada kenangan bersama rakan-rakan MELT 2006 dulu. Rasanya ruang perniagaannya sudah bertambah luas. Namun, barang yang dijual hampir atau lebih kurang sama dengan apa yang saya pernah lihat 11 tahun yang lalu. Apa pun, memang seronok melihat barang-barang dan gelagat peniaga yang berniaga di sana. Kebanyakkan peniaga terdiri dari mereka yang bukan berkulit putih. Peniaganya peramah dan boleh bertolak ansur.

Saya bercadang untuk mencari basikal tetapi belum kemtemu yang sesuai. Ada sebuah 'bike road' lama yang berharga AUD 50 tetapi saya membatalkan hasrat tersebut kerana bercadang datang legi pada minggu yang mendatang. In Shaa Allah.

Sebelum pulang, sempat saya minum secawan mocha dari peniaga arab yang menjual kopi di belakang van mereka sahaja. Pelahan-lahan berjalan pulang dan tiba di pangkalan jam 1200 :) In Shaa Allah kita jumpa lagi.

Lebih kurang jam 0900, loceng kecemasan berbunyi dan lampu pengera rakan serumah, Ryan dari Cambodia berbunyi. Semua kalut keluar dan bomba datang dalam masa 5 minit. Setelah di check, ia cuma 'flas alarm'. Menurut pegawai bomba, kemungkinan pengera telah terlalu lama dan uzur. Alhamdulillah, tiada apa-apa yang belaku.

Saturday, January 28, 2017

Hari ke 14 - Rehat di blok

Hari ini memang tidak plan ke mana-mana kerana ingin menyiapkan beberapa tugasan dan ulangkaji. Memang membosankan bila semua orang keluar dan hanya kita sahaja yang tinggal di blok. Hari ini juga saya telah menghantar email ke Malaysia Hall Melbourne untuk mendapatkan kepastian tentang penginapan di sana terutama sekali berkaitan makan dan solat jumaat. Saya berharap tiada halangan yang besar oleh Malaysia Hall dalam hal ini.

Petang tadi cuaca yang sangat baik. Cerah tetapi angin sejuk bertiup dengan kuat. Alhamdulillah dapat berjogging keliling pangkalan sejauh 10km. Makan malam pula, En Sufian memaklumkan tentang kedai gunting rambut di Laverton. Kosnya lebih murah berbanding di dalam pangkalan. Kos gunting rambut di pangkalan adalah AUD 20 dan di kedai gunting rambut yang direkemen oleh En. Sufian adalah setengah dari harga itu.

Kami juga berjumpa dengan Kadet Aidil dari UPNM yang berpeluang melanjutkan pengajian di ijazah pertama di Australia dan mengikuti latihan tentera di Dantrum. Dalam perjalanan balik kami berjumpa dengan Mej Dr Huda yang baru sampai dan akan mengikuti kursus perubatan kepakaran khas untuk tentera udara.

Friday, January 27, 2017

Hari ke 13 - Accuracy and fluency

Hari ini adalah hari terakhir bagi minggu pertama dalam kursus ETDC. Pelajaran utama bagi minggu ini adalah pengajaran komunikasi yang berkesan di dalam bahasa Inggeris. Ada satu perkara yang saya baru sedar hasil dari pengajaran minggu ini. Pengajaran komunikasi di dalam bahasa Inggeris sebenarnya menekankan dua elemen penting, 'accuracy' dan 'fluency'. 'Accuracy' adalah keupayaan pelajar berkomunikasi di dalam bahasa inggeris dengan menggunakan tatabahasa yang betul dan tepat. Manakala 'fluency' pula menekankan keupayaan pelajar bercakap di dalam bahasa Inggeris dengan lancar.

Kedua-dua elemen ini sangat penting namun sebagai seorang guru, dia harus mengimbangkan kedua-dua elemen ini agar salah satunya tidak mendominasi satu elemen yang lain. 

Bagaimana satu elemen mendominasi elemen yang lain? Sesetengah pelajar mempunyai penguasaan tatabahasa yang sangat baik tetapi jarang berkomunikasi di dalam bahasa Inggeris menyebabkan mereka gagal berkomunikasi dengan lancar. Bukan kerana mereka kurang berpengalaman tetapi lebih kepada keupayaan pelajar untuk berfikir secara kritikal, analitikal dan sebagainya. Mereka bercakap seperti apa yang di tulis di dalam teks. 

Ada pelbagai kaedah mengatasi masalah ini, tetapi kaedah yang paling banyak dibincangkan adalah konsep pembelajar yang berbentuk provokasi tentang persekitaran mereka. Mudah kata, kita cuba untuk meransang mereka mengkritik persekitran mereka di dalam bahasa Inggeris. Atau, menukar kebiasaan mereka bergosip di dalam bahasa mereka kepada bahasa Inggeris!

Bagi pelajar yang mempunyai keyakinan tinggi, 'fluency' adalah elemen yang ditunjukkan oleh mereka tetapi sebahagian dari mereka mempunyai 'accuracy' yang sangat rendah. Ini sebenarnya bagus! Bak kata guru saya Lynn dan Trudi, "making mistake is a sign of a learning!". Kaedah terbaik adalah memberi ruang seluas-luasnya untuk mereka berkomunikasi dan guru mengambil ruang antaranya untuk membantu membetulkan tatabahasa mereka.

Dari kefahaman ini saya sedar satu perkara yang besar. Selama ini, pengajaran ESP (English for Spesefic Purpose) kepada pelatih Navy lebih kepada berpusatkan guru dan lebih mengutamakan penyampaian pengetahuan berkaitan Navy. Kurang penekanan kepada 'accuracy' dan juga 'fluency'!. In Shaa Allah, dengan ilmu ini saya akan membuat perubahan dalam penyampaian pengajaran di KD PELANDOK nanti.

Hari ini solat jumaat di sebuah rumah yang diubahsuai menjadi masjid di Laverton. Masjid ini dibangunkan oleh komuniti Indonesia yang menetap di sini. Khutbahnya di dalam bahasa Indonesia dan saya dimaklumkan jika ada tetamu yang tidak faham bahasa Indonesia, mereka akan menyampaikannya di dalam bahasa Inggeris. Alhamdulillah, selesai minggu pertama, semoga Allah permudahkan urusan-ku pada minggu-minggu yang mendatang.

Thursday, January 26, 2017

Hari ke 12 - Jalan-jalan Melbourne

Hari ini adalah Hari Australia. Hari di mana orang kulit putih pertama menemui Australia. Hari ini juga merupakan bermulalah episod baru kewujudan Australia baru yang mempunyai kepelbagaian budaya dan kehidupan masyarakat dari seluruh dunia. Namun pada masa yang sama, penduduk asal (Oboriginal) negara ini tidak berfikir sebegitu. Ada banyak kisah hitam yang dirakamkan di dalam sejarah Australia semasa penubuhannya. Perasaan marah itu masih lagi dirasai hingga ke hari ini kerana ia diperturunkan dari satu generasi ke genarasi yang lain.

Hari ini juga hari cuti yang mana saya berpeluang untuk berjalan-jalan di Melbourne. Tujuan asalnya hendak ke Victoria Market tetapi pasar itu rupanya tutup pada Hari Australia. Maka saya hanya merayau-rayau sekeliling kota itu. Saya berjalan ke arah Shrine of Rememberane kerana seperti ada event besar di sana. Saya bertuah hari ini, ada perlbagai pameran dan hiburan disediakan di situ. Dari pameran dari pelbagai persatuan dan unit. Antara yang menarik perhatian adalah persatuan pendulang emas yang membawa prop mendulang emas mereka di tempat pameran. Pengunjung boleh mendulang emas menggunakan dulang dan juga boleh menggunakan peralatan moden seperti 'metal detactor'. Selain itu juga ada perlbagai paeran yang menyediakan simulasi untuk kanak-kanak seperti memancing, menaiki bot dan sebagainya. Selaian itu juga ada perbagai persebahan dari pelbagai bangsa. Paling ketara adalah persembahan tarian singa oleh masyarakat Cina.

Selesai di tapak pameran saya bergerak ke arah Flinder. Rupanya ada event besar di hadapan Flinder Street Station. Ada satu perhimpunan besar yang memprotes Hari Australia. Memang ramai yang hadir dan dikatakan hampi 50k manusia menghadiri perhimpunan itu. Saya hanya hadir untuk mengambil gambar, dengan limitasi kamera yang terhad saya cuma mengambil gambar dari jauh. Namun, polis berkuda  yang mengawal protes itu menjadi subjek menarik kerana gaya mereka yang sangat mantap!.Penungganya juga terdiri dari anggota polis lelaki dan wanita.

Lebih kurang sejam mengambil gambar perhimpunan, saya mengambil kesempatan makan tengah hari di semua kedai india muslim. Menu tengahari saya adalah 'Halal Snack Pack' (HSP). Makanan yang saya temui semasa sebelum datang di Australia di dalam Youtube.. Pada asasnya, ia hanyalah kentang goreng yang diletak di atasnya hirisan daging (ayam, lembu atau kambing). Keduanya akan sisirami oleh tiga jenis sos yang hebat yang menyebabkan anda tidak mampu untuk mengelak dari menikmati hidangan hebat ini. Saya hanya mengambil saiz kecil gabungan daging lembu dan kambing. Harga bagi gabungan inu adalah AUD 8.90. Harga HSP bermula dari AUD 7.50 dengan ayam sebagai resepi utama.

Selepas dari itu, terus ke masjid di Melbourne dan pulang ke RAAF William. Syukur Alhamdulillah :)