Monday, November 29, 2010

Cuti- cuti Melaka



Sebenarnya saya sudah berkhidmat lebih setahun di Melaka namun belum semua tempat sempat saya jelajahi di sana. Sememangnya ada kesempatan tetapi tidak pernah diambil berat. Masa yang terlapang (jika ada) lebih kepada bersantai dan menonton wayang di Melaka Parade atau di Dataran Pahlawan. Menara Taming Sari pun belum pernah di jejaki.

Namun saya pernah berniat untuk merakam beberapa kenangan di Melaka. Di antaranya, kehidupan malam di Jonker Walk, Makan-makan pahlawan Melaka dan legasi yang ditinggalkan oleh tentera Portugis di Melaka. Sayang, niat itu tidak kesampaian. InsyaAllah, suatu masa nanti.

Setelah meninggalkan Melaka sejak bulan Julai yang lalu, takdir telah menentukan saya kembali. Kali ini dengan keluarga kerana menghadiri 'family day' isteri saya. Tempat yang saya tidak pernah teringin melawat, akhirnya terakam dalam memori kad DSLR saya. Pengalaman menaiki bot merentasi Sungai Melaka. Sangat menarik!

Wednesday, November 10, 2010

Detail and Rushing


Last two days was a hectic day for most of the RMC staffs because of the registration of a new boys for 2011 intake. For me, it was my first experience to see a new generation of 'budak boy' from the beginning. In the process I met a lot of parents with their 'fresh' ideas about RMC as well as their hope to RMC to change their son's habits.

While monitoring the 2.4 km run, I met a father who is an OP (Old Putera). He told me a lot of old time stories about RMC. All of them, I was interested on how he was trained for detail about appearance from top to toe and appreciation of a little time he had in RMC. Those experiences has develop his character and attitude towards life. He has never hesitated to send his son to RMC because he believe that man should train with detail and rushing. Those who are immune with this way of life can survive in this challenging life. The man who has high initiative. The man who serve to lead.

Saturday, October 30, 2010

Serawak




Semasa saya di Australia dulu, saya pernah berjumpa dengan seorang OZ yang sangat genbira bercerita tentang pengalamannya melancong di Sabah. Pada ketika itu saya hanya tersipu-sipu malu kerana saya sendiri belum pernah sampai ke Sabah. Sebaik sahaja kembali ke Malaysia, saya dan keluarga telah membuat suatu trip ke Terengganu. Ini semua gara-gara saya tidak pernah sampai ke Terenganu lagi dan segan kalau berjumpa dengan orang asing yang akan bercakap tentang Malaysia sedang saya sendiri tidak pernah tahu atau sampai ke tempat tersebut. :)

Alhamdullilah pada 23 hingga 27 yang lalu saya berpeluang ke Kuching, Serawak kerana membuat pemilihan Putera Maktab Tentera Diraja untuk zon Malaysia Timur. Pengalaman yang sungguh bermakna, selain menginap di Hotel Magharita yang terletak di tebing Sungai Serawak, makan makanan laut dan kek lapis yang enak tidak akan dapat terlupa. Sesuatu yang saya boleh cerita pada orang lain tentang Serawak pada orang asing. :)

Saturday, September 04, 2010

Orang Salah

Sepanjang dalam perkhidmatan ini, saya kerapkali berhadapan dengan mereka yang kurang bernasibbaik. Bukan kerana mereka tidak mempunyai ketahanan fisikal dalam menghadapi kehidupan sebagai seorang tentera tetapi ketahanan mental dan rohani yang rapuh menyebabkan mereka membuat keputusan yang 'pelik' semasa mereka bertugas.

Di antara tugas tambahan yang tidak menyenangkan adalah tugas sebagai Pegawai Penyiasat a.k.a YDP dalam BOI (Board of Inquiry). Tugas yang harus dilaksanakan dalam masa dua minggu dalam bentuk laporan terhadap anggota yang melakukan kesalahan seperti penyalah gunaan najis dadah, THTC dan sebagainya. Ada berbagai kenangan yang telah saya lalui dan pelajaran yang menjadi panduan dalam perkhidmataan ini.

Pertamanya, kisah seorang App Tentera Udara yang THTC selama setahun. BOI yang saya lakukan tidak dapat merumuskan dengan pasti kenapa beliau THTC. Setelah kembali dari THTC, saya berpeluang mendapatkan kisah sebenar kenapa beliau THTC. Beliau menceritakan bahawa dalam perjalanan ke Alor Setar, beliau telah singgah di Pudu Raya, Kuala Lumpur. Pada ketika itu beliau mula mengalami situasi kekeliruan yang beliau sendiri tidak faham. Beliau tidak tahu menggunakan telefon bimbit, tidak dapat mengingati keluarganya dan beliau hanya mampu pergi ke masjid untuk berehat di situ. Di sana beliau bertemu dengan seorang lelaki yang membatu beliau sepanjang THTC. Sejak dari hari itu, dia tinggal di KL dan bertugas sebagai Pengawal Keselamatan sehinggalah satu ketika ingatannya kembali semula dan dia menyerah diri.

Seterusnya, kisah seorang yang didapati air kencingnya positif dadah. Beliau telah dihadapkan ke mahkamah tentera. Menariknya beliau telah menang kes itu dengan mengupah seoarang peguam awam berbangsa India. Sangat petah sehingga peguam tentera dan saksi gelisah sepanjang sidang Mahkamah tentera sedang berjalan.

Seorang anggota yang berasal dari Terengganu yang tiba-tiba hilang tanpa dikesan. Seorang pelajar yang bijak namun datang dari keluarga yang berpendapatan rendah. Ibunya sangat sedih dan kerap menelepon saya sepanjang anaknya THTC. Sehinggalah pada suatu pagi raya, Ibunya menelepon dan memberitahu anaknya kini berada di selatan Thailand seteleh menerima surat dari anaknya.

Saya pernah mengiringi seorang anggota yang didakwa di maklamah syariah kerana kesalahan berkhalwat. Beliau hampir sahaja di penjara kerana tiada duit untuk membayar denda, di saat beliau hendak dibawa kepenjara, datang seorang 'awek' meminjamkan wang yang agak banyak dan akhirnya beliau dibebaskan.

Terkini, saya dilantik sebagai pegawai pembela. Tugasnya hanyalah membantu sidituduh yang sudah mengaku bersalah kerana THTC agar diringankan hukuman. Alhamdulillah, dari hukuman maksimum 2 tahun, anggota tersebut dipenjara selama 16 bulan.

Di dalam tentera, tindakan kita umpama suatu percikan dan percikan itu akan mewujudkan reaksi berantai yang sangat panjang. Makanya, peliharalah tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita.

Tuesday, August 24, 2010

Kol Jihad


Kisah seorang Pegawai Tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bersara dari perkhidmatan dan menjadi sukarelawan semasa Peperangan Balkan. Atas rasa simpati dan tanggungjawab sesama saudara Muslim, beliau telah menyertai Tentera Bosnia menentang Tentera Serbia. Dengan pertolongan Allah, beliau dan pejuang Bosnia yang lain telah berjaya mengalahkan Tentera Serbia dalam beberapa operasi.

Hayatilah KISAH BENAR ini. Pengalaman seorang Mujahedeen moden dan rakan-rakannya di medan pertempuran Jihad. Harga RM 35.00 sahaja termasuk pos (Malaysia sahaja).

Pembelian boleh dibuat seperti berikut:
1. Pembayaran melalui mesin ATM atau online di akaun Maybank 112192117045 atas nama AMIR AZMI.
2. Email atau Whatsapp bukti pembayaran sama ada 'scan' resit pembayaran atau 'print screen' maklumat pembayaran ke email amirazmi@hotmail.com. Sertakan juga Nama, Alamat dan No. hp.
3. Jangkamasa penghantaran mengambil masa 3 hari bekerja dari tarikh pengesahan pembayaran.
4. Segala kesulitan boleh hubungi saya, Mej Amir di 012-3917703.
Sekian, terima kasih.