Friday, September 30, 2005

Gagah dan Setia

Lama tak posting pasal sibuk sikit tapi dalam posting nie nak tulis banyak cerita. Bermula dengan duty kali pertama. Hari tu dah duty dengan Kapt. Juliana tapi tak berapa lengkap la. Satu soalan yang tak terjawab masa duty dengan dia, "Kenapa semua buku kena tulis dengan pensil?". Akhirnya terjawab bila PO yang bertugas bagitau saya yang tulisan menggunakan pencil ini adalah tradisi dari kapal. Ini kerana buku log yang ada di atas kapal pada zaman dahulu semuanya di tulis dengan pensil tidak menggunakan dakwat. Ini bertujuan agar tulisan dalam buku log itu tidak rosak apa bila terkena air dan tidak rosak juga apabila kapal itu karam. Dan dari segi sainsnya pula, memang la karbon tu dari unsur pereputan yang paling asas. Jadi, tulisan pada buku log itu tidak akan reput walaupun lama tengelam di dalam air laut. Sebab tu, di antara artifak sejarah dari kapal karam dahulukala adalah buku log yang ditulis dengan pensil!.

Semasa lawat HAT, ada benda sedih berlaku. Macam mana diorang nie tak hormat pegawai dia? Bila senior tak hormat, yang junior pun buat tak tahu jer! Bengang betul la!!

Nampaknya, kadet dah mula happy jer pasal dah lepas 'Alfa Routine'. Mungkin kerana terlalu happy sampai tak perasan yang kita boleh dengar mereka sembang pasal keburukan senior mereka. Mereka sedang beradaptasi dengan kehidupan yang penuh mencabar. 'When your body suffer, your spirit flourish!!".

Bantuan dari En. Hakim untuk dapatkan bantuan untuk 'renovate' rumah tercapai bila dia dapatkan kederat dari pelatih Paskal yang sedang belajar kat Fakulti Akademik. Lebih kurang 1530, ambil mereka di pangkalan dan sampai rumah dalam 1545H. Ada tiga misi, tebas dahan mempelam, susun batu bata dan cabut pokok belimbing. Cabut pokok belimbing yang paling mencabar dan akhirnya tercabut juga. Pokok yang besar dan berusia 10 tahun tercabut terus dari tanah dengan akar-akarnya sekali walaupun peralatannya boleh kata daif la. Memang diorang nie hebat, dari 100 orang hanya 20 sahaja yang terpilih. Gagah dan setia.

Wednesday, September 28, 2005

Sambung

Semalam tak dapat masuk kelas kerana duty, hari nie masuk bali cuma belajar dialog nak tunjuk arah.

Monday, September 26, 2005

Excerzise

Petang tadi cuma buat latihan sahaja.

Saturday, September 24, 2005

Tatabahasa Perancis

Macam satu kebetulan pula, dalam perjalanan ke UPSI semalam. Syarikat bas sewa tu menayangkan filem aksi Perancis. Menarik cerita itu, tapi cuma paham bila dia sebut nombor sahaja.
Hujung minggu nie nak tumpukan kepada pengemaskinian nota Bahasa Perancis. Kalau diizinkan Allah, nak mula buat buku berkaitan dengan tatabahasa Bahasa Perancis. Rasanya dengan ada buku tatabahasa itu nanti akan memudahkan pemahaman Bahasa Perancis. Buku tatabahasa yang diterjemah dari Bahasa Perancis ke Bahasa Melayu. Diharap buku itu nanti akan dapat membantu rakan sekelas juga dalam memahami Bahasa Perancis.

Blog sebelum Blogger

Kesempatan saya melawat kedai buku KOUPSI telah membawa kepada 'pembelian' buku catatan kehidupan seorang tokoh besar Malaysia iaitu Tan Sri Dato' Dr. Awang Had Salleh. Walaupun buku ini buku lama, diterbitkan pada tahun 1993. Tetapi cacatanya sungguh bermakna dan memberi gambaran sebenar tentang persekolahannya di peringkat rendah seterusnya keperingkat yang lebih tinggi. Hari ini beliau merupakan seorang Naib Canselor bagi UPSI sendiri.


WARNA-WARNA PENGALAMAN SEORANG GURU merupakan koleksi rencana yang pernah disiarkan di Utusan Malaysia selama 64 minggu dari Ogos 1990 hingga November 1991. Ia mencatatkan nostalgia beliau semasa zaman persekolahannya dan menjadi guru sebelum Merdeka, menjadi guru pelatih di MPSI pada awal 50an, pelajar Maktab Bahasa, Johor Baharu pada akhir 50an, siswazah Universiti Malaya awal 60an, siswazah Malaysia di universiti di Amerika pada awal 70an dan sedikit cacatan beliau semasa menjadi pentadbir universiti di Malaysia.

Setelah membaca buku ini saya sangat tertarik dengan pengalaman beliau dan anak beliau semasa belajar di Universiti Standord dan anaknya di Sekolah Rendah Escondido, Palo Alto.

Anaknya selalu memceritakan kepada beliau pengalaman baru di sekolah. Di antaranya tentang bas sekolah yang sama sahaja warnanya (oren tua) dan peraturan jalan raya yang mewajibkan semua kenderaan persendirian berhenti apabila bas sekolah berhenti untuk menurunkan pelajar. Begitu juga tentang pelajar sekolah cuma membawa bekal ke sekolah kerana semua keperluan belajar telah disediakan oleh pihak sekolah dan peralatan tersebut bermutu tinggi jika dibandingkan sekolah lama mereka di Petaling Jaya.

Di Amerika juga, anak-anaknya diajar menggunakan alat muzik yang kemudiannya dipersembahkan kepada ibubapa dalam bentuk orkestra. Anaknya juga pernah mengajak beliau ke perpustakaan kerana ingin mendapatkan maklumat tentang 'research' yang di arahkan oleh guru anaknya berkenaan kehidupan seekor katak. Anaknya baru sahaja darjah satu dan beliau menyatakan betapa sejak kecil lagi anak-anak di Amerika telah didedahkan dengan konsep pembelajaran meneroka sendiri (discovery learning).

Cerita tentang anaknya berkenaan pemeriksaan kesihatan untuk pelajar sekolah pada mulanya telah disalaherti oleh beliau. Anaknya menyatakan bahawa pemeriksaan kesihatan itu bertujuan untuk mengenalpasti pelajar yang rabun dan kurang pendengaran dan di susun di dalam kelas di kedudukan hadapan. Dengan maklumat ini guru mudah untuk mengenalpasti pelajar yang menghadapi masalah pendengaran dan penglihatan. Begitu juga galakan guru-guru di sana untuk setiap pelajar memasuki pertandingan yang diwara-warakan dalam akhbar dan anak beliau telah mendapat tempat kedua. Beliau merasa berbangga kerana dijemput ke majlis penyampaian hadiah tersebut. Guru-guru juga menggalakan pelajar untuk belajar berenang.

Ini adalah cebisan dari pengalaman Tan Sri Dato' Dr. Awang Had Salleh di dalam bukunya. Walaupun catatannya ringkas tetapi memberi makna yang luas tentang peranan manusia sebagai seorang pelajar dan juga peranan guru sebagai agen perubah masyarakat. Pastinya ini sebuah blog sebelum blogger wujud yang merakamkan pengetahuan yang sangat berkesan dan bermakna kepada setiap pembaca amnya dan guru khususnya.