Saturday, December 31, 2011

Program MTD Terakhir

Menu kambing dan udang sedang dibakar
Ini adalah program MTD terakhir yang saya akan sertai kerana selepas ini terpaksa meninggalkan MTD yang sangat menarik. Awal pagi kami sekeluarga telah bergerak ke Janda Baik, Bentong, Pahang. Alhamdulillah perjalanan yang mengambil masa 1 jam dan jarak lebih kurang 60 km tidak banyak memberi masalah kepada kami. MTD menyediakan 5 buah bas PLKN untuk membawa warganya dan saya memilih membawa kereta sendiri kerana memudahkan kami jika ada keperluan 'hajat' yang mengejut terutamanya anak-anak kami.
Majlis berjalan lancar. Sukanneka untuk anak-anak dan ibubapa, makan makanan yang lazat dan mandi-manda di sungai. Saya mengambil keputusan balik awal kerana hati memang rasa tak berapa 'syok' menghadiri program MTD terakhir ini. Mr. Kung memaklumkan yang saya sudah tidak dapat dibantu lagi :). Mungkin takdir Allah telah tertulis. Aku redha dengan apa yang Allah rezkikan kepada-ku. Semoga dku tergolong dari orang-orang yang sabar. :)
Kota ala Perancis di Bukit Tinggi
Dalam perjalanan pulang terlihat sign ke Bukit Tinggi. Terus check di GPS dan jarangnya cuma dalam 17km sahaja. Pandu terus ke destinasi Bukit Tinggi yang pertama kali sampai :) Agak sedih sedikit hujan turun dengan lebat dan anak-anak tertidur keletihan di dalam kereta. Namun, begitu dapat juga mengambil gambar di taman Jepun dan melawat kota ala-ala Perancis. :) Harap dapat datang lagi suatu masa nanti :)

Wednesday, December 28, 2011

MTD Baru

Penginapan baru bagi Putera MTD
Petang tadi, Lt. Kol. Azizan mengajakku ke tapak MTD baru kerana beliau ingin membawa kontraktor IT untuk melawat tapak MTD baru. Walaupun telah banyak kali diperkatakan, ini adalah kali pertama aku melawatnya. Seperti mana yang telah aku lihat dalam lakaran rekabentuknya, begitulah gahnya MTD baru yang dalam pembinaan. Jauh lebih selesa dari MTD yang lama. MTD yang bakal diambil alih oleh UPNM. Aku cuma tersenyum kerana ketika ini, aku tidak berpeluang menjadi antara orang yang pertama merasmikan MTD baru ini :). Mudah-mudahan aku diberi peluang oleh Allah untuk kembali menabur bakti kepada budak boys lagi pada masa akan datang, InsyaAllah :)

Friday, December 23, 2011

POP MTD 2011




Alhamdulillah, segalanya telah berjalan dengan lancar. Perbarisan Tahunan Putera MTD berjaya dilaksanakan di sini semalam. Seperti tahun lepas, tiada peluang untuk merakan saat-saat kegembiraan Putera menamatkan perbarisan mereka cumanya, aku masih ingat lagi moment-moment penting yang harus dirakam sekurang-kurangnya di dalam iPhone-ku. Alhamdulillah, iPhone-ku berjaya merakam tradisi mencampak beret di akhir majlis dan bonus tahun ini, Putera men'demo'kan Hakka kebanggan mereka di hadapan Dewan Tun Templer. :)

Monday, October 24, 2011

Mobile upload

Sekarang, boleh kata setiap hari Facebook-ku di 'upload' dengan gambar yang aku ambil dari iPhone 4-ku. Cara paling mudah dan menyeronokkan mempraktikkan hobi fotografiku. Disebalik itu, aku sebenarnya ingin menggunakan sepenuh pakej Maxis-ku yang aku bayar setiap bulan. Setelah berhubung dengan Maxis, aku dimaklumkan hanya menggunakan antara 30-40% sahaja internet dari iPhone 4-ku!. Tiada lagi pembaziran selepas ini :).

Dibantu dengan aplikasi khas sepeti Adobe Photoshop Express dan Instagram menjadikan hobi mengambil gambar dengan iPhone menjadi lebih menarik. Adobe Photoshop Express merupakan applikasi ringkas untuk suntingan gambar yang ringkas tetapi mencukupi untuk seorang jurugambar iPhone. Instagram pula menawarkan 'filters' yang menjadikan gambar lebih klasik dan nostalgik. Steve Jobs sememangnya menghasilkan sebuah 'Masterpiece'! :).

Monday, October 03, 2011

iPhone dan Troli

Sejak melihat penggunaan HDSLR dan glidetrak di dalam youtube, perasaan untuk mengeksperimen video sebegitu sangatlah tinggi. Namun, setelah dikaji kos untuk memiliki eksoseri glidetrack. Hajat di hati terpaksa dikuburkan kerana harganya sangat mahal. Alhamdulllah, semasa membuat amali fizik berkenaan 'ticker tape', tercambah idea untuk menggunakan troli makmal sebagai landasan bergerak dengan iPhone di atasnya menjalakan kerja rakaman. Terima kasih kepada Abang Nawawi, pembantu makmal fizik yang mensedekahkan kepada saya troli makmal yang telah dimasukkan di dalam senarai pelupusan :) Dengan mengeluarkan sedikit modal, batang skrew di pasang pada troli dan seterusnya membantu mengukuhkan iPhone di atasnnya. Alhamdulillah.. siap!. Malam itu juga video pertama dihasilkan dan Harith menjadi model video pertama :)