Akhirnya, setelah dua minggu menunggu dengan penuh sabar dapat juga apa yang diidamkan. Lens Nikkor 50mm yang saya beli secara online dari Shashinki. Barangkali kerana terlalu lama menunggu, Shashinki yang terletak di Ayer Tawar telah menghantar pekerjanya menghantar sendiri lens itu 'by hand'. Eksperimen sikit-sikit malam tadi, dan gambar kat atas antara yang di'snap'. Woody dari filem Toy Story 2. Alhamdulillah, sangat puashati. Motivasi besar nak terus mendalami ilmu fotografi.
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan, dan hati, agar kamu bersyukur. An-Nahl:78
Tuesday, May 06, 2008
Jutaan Terima Kasih
Sejak beli SB-800 (Flash bagi kamera DSLR Nikon) dari Shashinki beberapa bulan lalu, saya masih belum faham bagaimana hendak menggunakannya secara kawalan jauh. Teruja dengan gambar-gambar yang diambil menggunakan kaedah tersebut, saya teringat rakan yang mahir tentangnya. Lalu, terus saja menghubungi Salina. Dari maklumat rakan saya itu, ditambah dengan bantuan dari rakan beliau, Syed Nasir. Saya berjaya akhirnya menggunakan SB-800 saya secara kawalan jauh. Belum sempat bereksperimen lagi, tapi saya dah tahu macam mana nak guna. Jutaan terima kasih buat Salina dan Syed Nasir.
Cari-cari dalam youtube, ada la satu demo macam mana nak guna flash kawalan jauh.
Monday, May 05, 2008
Pulau Mutiara
Gambar-gambar kenangan di Pulau Mutiara, klik di sini Perkara yang saya tak dapat lupakan tentang Pulau Pinang setelah 10 tahun meninggalkannya adalah kepelbagaian makanannya. Paling best, selepas berenang di kolam renang USM terus pergi ke Gelugor untuk makan malam. Makan nasi kandar Sarip dan minum susu lembu yang dimasak di dalam periuk tanah. Bayangkan kehangatan rempah nasi kandar di adun dengan susu panas yang lemak tanpa campuran perasa tiruan buat metabolisma badan membebaskan haba dengan kadar yang sekata.
Alhamdulillah, dengan izin Allah saya dan keluarga berpeluang bercuti di Pulau Mutiara selama 3 hari. Niat dihati nak 'round island' tapi keterhadan masa tidak mengizinkan niat kami dilaksanakan.
Dalam percutian singkat itu sempat juga kami berkelah di Pantai Batu Feringgi, melawat taman rama-rama, membeli buah-buah jeruk di Chowrasta dan mendaki Bukit Bendera!
Makan, sarapan dengan roti canai dan makan tengahari semestinya nasi kandar. Melepas rindu nasi kandar di Restoran Khaleel di Batu Feringgi dan Restoran Line Clear di Georgetown. Restoran Line Clear ini pernah masuk rancangan Jalan-Jalan Cari Makan di TV3. Harga! sangat berpatutan. Makan malam, di Teluk Tempoyak. Tempat yang terkenal dengan ikan bakar yang segar di tepi laut.
Syukur Alhamdulillah, tertebus sudah rindu selama 10 tahun :P
Tuesday, April 29, 2008
Hari TLDM
Hari Ahad yang lepas merupakan Hari Tentera Laut DiRaja Malaysia yang ke-74. Kesempatan ini digunakan sepenuhnya untuk merakamkan acara yang penuh gemilang. Namun, pergerakkan agak terbatas tidak sepertimana jurugambar yang dikhaskan untuk acara ini. Gambar yang dihasilkan kebanyakkan adalah sudut-sudut dari bangku di astaka utama. Lagi gambar di fotopages saya. Bila kaji-kaji balik gambar yang diambil, rasa tak sabar nak dapatkan lens tele, lens yang boleh ambil gambar jarak jauh! Tak tahu bila boleh dapat!.
Subscribe to:
Posts (Atom)




