Sunday, February 10, 2008

Photo Hunting di Sg. Sireh







Serius, sejak mula kenal DSLR nie, rasanya dah mula malas nak menulis kat blog nie, lebih layan fotopages. Lebih seronok lagi bila join forum fotopages. Selain dapat banyak kenalan, banyak juga ilmu tentang DSLR dapat dipelajari secara percuma. Baru-baru ini, pada 2hb Feb saya dapat berpeluang bertemu dengan rakan-rakan forum dan juga dapat meningkatkan ilmu secara 'hands on'. Ditambah lagi dengan nasihat dari sifoo-sifoo yang mahir tentang DSLR. Tempat penginapan yang di sediakan oleh pihak penganjur juga memang menarik. Homestay!! tinggal kat rumah kampung dan rasa suasana kampung. Benar-benar mengembalikan nostalgia. Harap dapat join aktiviti yang sewaktu dengannya dilain waktu. Terima kasih kepada penganjur dan salam persahabatan buat rakan-rakan forum.

Sunday, January 20, 2008

Adik Baru

Di antara berubahan yang paling besar sejak anak pertamaku mendapat adik adalah permintaan perhatian yang kadang kala agak keterlaluan. Mulanya agak hairan juga kenapa Humaira asyik nak menangis kerana tidak dihiraukan atau keperluan terlewat sedikit. Lebih kuat merajuk dari biasa dan membuat sesuatu seperti menjatuhkan pinggan ke lantai yang menaikkan kemarahan. namun setelah diteliti, barulah saya sedar yang semua itu dilakukan adalah untuk menarik perhatian kami terhdapnya. Sekarang baru saya, tahu yang saya tidak boleh tertumpu kepada Harith sahaja dan saya yakin, Humaira juga mula menyesuaikan diri dengan kasih yang telah terbahagi dua. Itulah sebahagian dari lumrah kehidupan manusia. Kami sentiasa menyayangi kamu berdua.

Wednesday, January 16, 2008

Groom

Dalam perkhidmatan saya, bila disebut groom atau seseorang itu sedang digroom, ini bermakna dia sedang melalui jalan fast lane. Mereka adalah yang terpilih dan mempunyai bakat dan kemahiran yang tinggi dalam memimpin dalam perkhidmatan saya.

Bos saya cakap, "I try to groom your regimental minded!". Maknanya, saya belum cukup berdisplin dan perlu tingkatkan kesabaran untuk menjadi lebih mantap, lebih dedikasi, lebih bertanggungjawab dalam menjalankan tugas. Sememangnya perkhidmatan saya memerlukan pengorbanan yang tinggi.

Kawan saya menasihat saya dalam satu perjumpaan, "Kalau dapat anak lelaki, boleh kita groom dia". Groom untuk jadi yang terbaik. Kemungkinan besar, baginya anak lelaki adalah pewaris terbaik. Barangkali dalam semua keluarga di dalam dunia ini.

Pada saya, ada benar persepsi itu tapi tidak semestinya parktikal. Benar kerana anak lelaki bakal menjadi pemimpin namun ia memerlukan usaha yang berterusan dalam mendidik anak lelaki. Hari ini, di Malaysia, tidak semua anak lelaki benar-benar memimpin!. Itu kenyataannya.

Lebih utama, kita pastikan tuntutan Nabi agar semua orang Islam wajib menuntut Ilmu dapat dilaksanakan dan dipenuhi. Agar Ilmu itu akan memimpim meraka di dunia dan di akhirat, InsyaAllah.

Monday, December 17, 2007

Syukur Alhamdulillah

Bila kali terkahir anda merasa tersangat cemas? Cemas sehingga anda akan berdoa sebanyak-banyaknya dan berzikir sebanyak-banyaknya semoga Allah melindungi anda dari malapetaka yang dahsyat!.

Saya, saya tidak pasti bila kali terakhir kerana mungkin telah terlalu lama menikmati nikmat keamanan dan ketenangan dari Allah. Saya mungkin terlupa dengan ujian-ujian yang lalu dan saya sudah lupa dengan keadaan di mana betapa kecilnya diri ini semasa menghadapi ujian yang berat.

Petang tadi, saya membawa anak perempuan saya ke Marina Water Park yang berdekatan dengan Teluk Batik. Tujuannya adalah untuk meninjau tempat rekreasi baru di Teluk Batik itu dan mengisi masa lapang bersama anak kerana isteri saya merupakan pegawai bertugas di tempat kerjanya.

Lebih kurang jam 6.45 petang, setelah lebih kurang 30 minit berada di taman tersebut, kami bersedia untuk pulang walaupun anak saya agak terkilan kerana tidak dapat mandi di kolam renang taman tersebut. Sesampai di rumah lebih kurang 6.55 petang, saya dapati dompet saya tiada di dalam poket seluar. Puas menyeluk, kemudian mengeledah seluruh kereta, saya membuat andaian yang dompet saya telah tercicir di taman tersebut.

10 minit yang sangat panjang, 10 minit yang penuh dengan zikir dan doa, 10 minit yang sangat mencemaskan lagi mendebarkan, 10 minit yang penuh dengan pengharapan. 10 minit untuk sampai kembali ke taman tersebut. Sesampai di taman, saya terus mengelabah mencari dompet yang hilang. Cari dan terus mencari dengan beberapa bantuan dari pekerja taman tersebut. Sehinggalah saya mula memikirkan untuk melaporkan sahaja kehilangan dompet serta dokumen penting ke balai polis terdekat.

Dengan hati yang bercelaru dan berat saya meninggalkan taman tersebut. Sempat juga saya meminta nombor hp pakcik penjaga tiket taman tersebut. Manalah tahu anda manusia yang budiman terjumpa dompet saya dan memulangkan kepada pihak berkuasa taman. Harap dan mengharap!.

Sebaik saja saya hendak melangkah keluar, datang seorang wanita dan berkata, "Encik ada hilang wallet?". Saya terus mengiyakan. "Bang, dia punya wallet agaknya". Dari kejauhan saya melihat seorang lelaki berbaju T dan berkain pelikat serta dua orang budak lelaki bersamanya. Menurut lelaki tersebut anaknya yang menjumpai dompet saya dan beliau meminta maaf kerana 'mengelidah' dompet saya kerana cuba mencari nombor hp saya.

Dalam perasaan gembira bercampur terharu serta rasa syukur yang teramat sangat saya mengucapkan terima kasih dan memberi sedikit saguhati kepada anaknya walaupun ibunya melarang. Mungkin kerana perasaan yang bercampur itu juga membuat saya terlupa satu perkara yang penting, mengambil sedikit maklumat tentang hamba Allah yang sangat jujur itu. Rasa sedikit kurang!

Dalam perjalanan pulang, ucap syukur berterusan dengan hati yang terasa tersangat tenang. Syukur kepadamu ya Allah, kerana telah memberi kekuatan dalam menghadapi ujianmu ya Allah. Kurniakan rezeki yang bertambah-tambah dan keberkatan hidup berkeluarga kepada hamba Allah yang telah menemui 'wallet' saya. Ameen. Syukur Alhamdulillah.

Friday, November 30, 2007

My Favorite Teacher

Gambar ikhsan Mejar Herny
Sebenarnya dah lama saya nak menulis tentang entry ini, namun saya belum ada kelapangan untuk itu walaupun Anita sentiasa dalam ingatan saya. Lebih mengujakan dan meningkatkan keazaman saya untuk menulis tentang Anita adalah bila Mejar Herny (salah seorang Pegawai Senior yang kini sedang menuntut di Australia) menyatakan yang Anita 'shy-shy cat' bila dia dimaklumkan bahawa saya sangat merindui beliau.

Bagi saya, beliau adalah guru Inggeris 'native speaker' yang paling menarik pernah saya jumpa. Bukan sahaja luarannya (walaupun umurnya sudah lewat) tapi sikapnya yang sangat sopan buat orang lain senang berada disampingnya. Teknik pengajarannya bersahaja dan sangat bermakna.

Ada satu ketika yang tidak dapat saya lupakan tentang beliau bila bercakap tentang teknik pengajaran. Sebaik sahaja beliau memasuki kelas, beliau telah mengeluarkan seketul batu dan memaklumkan kepada kelas yang batu itu adalah 'magic stone'.

Beliau menceritakan yang batu itu berasal dari seorang Oborogine (orang asli Australia). Kehebatan batu itu satu sahaja, batu ajaib ini boleh menyedapkan makan walaupun dengan ramuan masakan yang terhad. Caranya adalah memasukkan sahaja batu itu apabila hendak memasak, tidak kiralah sama ada mengoreng, merebus, mengkukus dan sebagainya.

Semua orang termasuk saya merasa kagum dengan batu itu dan tidak sabar menganalisa batu itu. Beliau mengedarkan batu tersebut, dapat dilihat kekaguman rakan sekelas terhadap batu itu. Ada yang menghidu-hidu, ada yang mengusap-usap, mengetuk tak kurang juga ada yang menjilat!

Bagi saya, yang berfikir berasaskan otak kiri (lebih kepada logik), sukar untuk mempercayai kehebatan batu yang kini berada di atas tapak tangan saya. Lalu terpaculan satu soalan berasaskan otak kiri saya, "Logically, how does it work????'. Anita hanya tersenyum tapi tidak menjawab soalan saya.

Setelah semua orang terfikir-fikir bercampur dengan keraguan, Anita mengkisahkan hal yang sebenar. Sebenarnya, itu cumalah satu teknik untuk membuka mulut murid untuk berkomunikasi. Asasnya, konflik antara otak kanan dan otak kiri buat manusia yang pendiam sekali pun akan mula bercakap-cakap!. Mula bekomunikasi untuk mencari jawapan dari situasi yang pelik.

Jawapannya, batu itu cuma batu biasa sahaja dan tak ajaib pun. Batu itu ajaib kerana berkeupayaan buat rakan-rakan saya yang pendiam jadi orang yang 'bercakap-cakap' kerana hairan dengan batu yang tak ajaib itu!

Bila balik di Malaysia, saya cerita dalam kelas yang saya jumpa UFO semasa belajar di Australia. Memang berkesan, semua orang ada teori sendiri tentang UFO. Terima kasih Anita.