Wednesday, January 11, 2006

Satay Daging

Satay daging dalam pembikinan

Dah menjadi tradisi rumah mertua membakar satay daging setiap kali Hari Raya Korban. Macam biasa, permulaan mesti dengan kekecohan bila mana semuanya keluarkan idea yang terbaik untuk hasilkan satay daging terbaik. Dari mula membakar arang, mengipas arang, meletak satay, mengawal api, semua orang ada idea tersendiri.
Namun FAQ (Favorite Asked Question): Dah masak ker nie?
dan FAQ (Favorite Answered Question): Masak dah kot!!! :)

Tuesday, January 10, 2006

Pengorbanan Agung

"Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!' Ia menjawab: 'Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu: InsyaAllah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.'" (As-Shaffat: 102)

..::Selamat Hari Raya Aidil Adha 1426::..

Thursday, January 05, 2006

Perihal GJ dan MyKid

Pertamanya saya nak mengucapkan berbanyak terima kasih kepada sesiapa yang mencalonkan blog saya di dalam anugerah Weblog Baru Terbaik 2005. Majlis Penganugerahannya telah dilaksanakan di Precint 8, Putrajaya pada 1 Jan 2006 yang lalu. Sememangnya saya dan keluarga merancang untuk menghadirinya, tetapi ada urusan yang membataskan kami dari menghadiri majlis tersebut. InsyaAllah, saya akan cuba menghadiri Ghatering yang akan datang. [Pencalonan]

Seterusnya nak mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para juri yang telah memilih blog saya sebagai Weblog Baru Terbaik 2005. Saya tidak tahu atas asas apa blog saya dipilih, tetapi sedikit sebanyak memberi saya motivasi untuk terus menulis. Saya yakin masih ada banyak lagi kekurangan pada blog saya untuk dipilih sebagai Weblog Baru Terbaik 2005, tetapi saya yakin ada ramai sahabat blog di luar sana yang sama-sama membantu memperbaiki diri dan blog ini. Semoga kita sama-sama menulis untuk manfaat pada orang lain. :) [Penganugerahan]

Cerita pasal MyKid, sebab utama saya suka menonton filem Hollywood adalah kekuatan dalam skrip filem dan pelakonnya yang benar-benar menghayati wataknya. Sememangnya filem Hollywood itu melalaikan, tapi penghargaan saya itu cuma pada nilai ilmu tinggi yang diterapkan dalam penulisan, watak dan jalan cerita.

Semasa saya bujang (beriya-iya nak khawin) dulu, saya terkesan dengan sebuah dialog dalam sebuah filem Hollywood. Dan, saya telah menontonya berulangkali kerana terkesan dengan filem ini. barangkali anda pasti pernah menonton filem ini, 'The Rock' lakonan Sean Connery dan Nicolas Cage.

Dalam satu adegan, Jhon Mason (Sean Connery) telah terlepas dari kawalan FBI dan melarikan diri. Dalam pengejaran itu beliau telah bertemu anak perempuan yang beliau tidak pernah temuinya, Jade Angelou di Palace of Fine Art;

Jhon Mason:Your mother, she was very special.
Jade Angelou: Yeah, she was. But I don't think that we should romanticize what happened between you and her. Two people meet in a bar after a Led Zepplin concert, head out, and I was the result.
John Mason: Well, I'd like to think it would have led somewhere if...
Jade Angelou: If what? Six federal marshals hadn't kicked down her door and dragged you back to prison?
Jade Angelou: I'm sorry
John Mason: It's all right
Jade Angelou: so they let you out?
John Mason: yeah..
Jade Angelou: That's good
Jade Angelou: What did you do?
John Mason: Jade, I don't have a great deal of time here. But I'll coming back and, uh.. maybe we can ..
Jade Angelou:What? we can what?
John Mason: you know..you're almost the only avidence that I exist..

Jade Angelou: But, I dont 聫now you
John Mason: That's what I w聡nt to change, ehh?

Jhon Mason ditangkap semula setelah bertemu anaknya

Pada 3hb Jan yang lalu, saya dengan bangganya melangkah ke Pejabat Pendaftaran Seri Manjung. Legang dan ianya cuma 5 minit sahaja untuk saya mendapatkan MyKid anak saya. Sekarang saya pun dah ada bukti yang menyatakan saya wujud, tertulis lagi. Tertulis di atas MyKid anak saya. Alhamdulillah :)

Sunday, January 01, 2006

2006

..:: Selamat Tahun Baru 2006 ::..

Sunday, December 25, 2005

Anak yang Soleh

JULANGAN KEJAYAAN: Pelajar kedua terbaik kebangsaan, Ahmad Naufal dijulang rakan yang juga cemerlang dalam keputusan PMR di Sekolah Agama Menengah Bestari Jais Subang Jaya. Sumber: Berita Harian

Tahun ini, seramai 20,101 pelajar PMR 2005 berjaya mendapat A dalam semua mata pelajaran mereka. Pelajar terbaik PMR 2005 peringkat kebangsaan, Rabiatul Adawiah Abdul Basir memperoleh 9A dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring, Kuala Terengganu, Terengganu.

Saya seringkali mendengar suara-suara yang menyatakan tentang, pentingkah mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan?. Adakah menduduki peperiksaan itu sebahagian dari proses menuntut ilmu?. Perlukah ada pengiktirafan dalam menuntut ilmu?

Pengalaman saya dalam bidang pendidikan memberitahu saya apa itu nilai kecemerlangan dalam peperiksaan. Kecemerlangan yang diperolehi oleh pelajar yang berjaya itu sebenarnya bukan datang dari hati yang hanya untuk lulus peperiksaan, malah lebih lagi dari itu. Mereka yang berjaya itu sebenarnya mempunyai beberapa sifat yang membezakan mereka dari pencari ilmu 'mediocre'.

Keazaman dan kesungguhan untuk berjaya, mereka terdiri dari para pelajar yang memastikan diri mereka dapat menyelesaikan semua masalah pelajaran mereka. Mereka yang mendekati dan menghormati guru mereka.

Terlebih dari itu, mereka yang cemerlang ini sebenarnya terdiri dari anak-anak yang soleh dan solehah. Anak-anak yang mengembirakan kedua ibubapa mereka dengan kecemerlangan ilmu.