Semasa saya baru dalam perkhidmatan, saya dan rakan se'skot' telah di panggil ke bilik salah seorang pegawai senior(kini telah bersara). Dengan perasaan yang bercampur-campur, perlahan-perlahan kami minta kebenaran masuk ke biliknya. Saya masih ingat perkataan pertama yang terpacul dari mulut, "while you are in service, don't try to be funny".
Sebenarnya dalam apa jua pekerjaan yang kita lakukan, elemen 'seriosa' adalah sangat utama. Lebih-lebih lagi yang melibatkan displin dan prosedur-prosedur yang ketat. Bila kita menganggapnya ianya seperti 'monkey business', padahnya seperti yang berlaku terhadap kes 'ear nude squat' baru-baru ini. Bukan sekadar perkhidmatan, bukan sekadar masyarakat, bukan sekadar negara, malah melibatkan hubungan dengan negara lain.
Walaupun keputusan 'Inkuiri Awam' yang di jalankan baru-baru ini akan diketahui 15 Jan 2006, tahulah kita bahawa dari sekecil rakaman video (yang pada mulanya dianggap gurauan), kini telah mengharu-birukan semua.
Pengajaran yang paling bermakna, muhasabah diri tentang apa yang telah/sedang/akan kita perkerjakan. InsyaAllah setiap pekerjaan atas nama Allah dengan nawaitu yang baik itu dikira ibadah. Semoga perkerjaan kita memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain.



