Sunday, November 13, 2005

Hati-hati di Jalaraya

Corus Paradise Resort

Cuti panjang sempena hari raya yang lepas telah membawa keluarga saya sampai ke Port Dickson. Percutian di Corus Paradise Resort ini juga bersempena ulang tahun perkahwinan. Menggunakan kesempatan yang ada untuk melawat sedara-mara dan sahabat yang tinggal di Seremban dan Port Dickson.

Biasanya bila turun ke selatan, saya lebih suka mengambil laluan lebuh raya. Bagi saya, ia lebih selamat walaupun terpaksa mengeluarkan sedikit kos untuk 'tol'. Kali ini, atas nasihat rakan-rakan saya memilih jalan 'dalam' melalui Sabak Bernam ke Kelang. Memang jalan sudah occay dan sangat selesa untuk pengguna jalan raya.

Cuma yang tidak seronok bila lalu jalan 'dalam' ini ialah sikap pemandu di kawasan sekitarnya. Suatu pemandangan yang biasa melihat penunggang motorsikal terutamanya yang tidak memakai 'helmet' dan perbuatan pemandu kereta yang memotong sebelah kiri (laluan motorsikal yang sempit). Cara pemanduan mereka sangat berisiko dan saya berpendapat, di sinilah agaknya asas pemanduan berbahaya bermula di Malaysia. Bila di kampung mereka, mereka boleh memandu sesuka hati. Begitu jugalah sikap yang akan di bawa ke mana-mana bila berada di atas jalan raya. Sikap mengabaikan keselamatan diri dan orang lain.

OPS Sikap IX yang bermula 27 Oktober lalu dan berakhir tengah malam kelmarin mencatatkan jumlah kematian akibat nahas jalan raya sebanyak 233 orang. Jumlah tersebut menunjukkan pening-katkan 16.5 peratus atau 33 kematian berbanding tempoh sama dalam Ops Sikap VII. Peningkatan turut dicatatkan dalam jumlah keseluruhan kemalangan iaitu daripada 11,609 kes kepada 13,462 kes.

Dalam perjalanan juga saya terdengar satu iklan di radio berkenaan keselamatan jalan raya. Iklan tersebut berkenaan perbualan seorang anak perempuan dengan bapanya. Anaknya mempersoalkan sikap orang yang memotong barisan dan bapanya menasihati agar anaknya bersabar. Namun, apabila berada di dalam kereta dan anaknya mempersoalkan sikap orang yang memotong barisan dan bapanya menjerit 'Hhoii.."

Nampaknya, nak tengok orang Malaysia yang benar-benar bersabar dalam segala hal ialah bila dia mampu tersenyum bila membawa kereta di jalanraya Malaysia.

Monday, November 07, 2005

Meraikan Kedaifan

Banyak lagi kuih raya: Seorang gadis termenung sambil menunggu pembeli di sebuah
kedai kuih di Kuala Lumpur semalam sehari sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri.
(Sumber: Berita Harian)

Antara perkara yang menarik di bualkan di hari raya ini adalah tentang juadah yang dihidangkan kepada tetamu. Dari jenis hidangan kepada resepi yang menjadi rujukan sejak berzaman. Dari kuih tradisi buatan dapur sendiri sehinggalah kepada kuih 'tunjuk'!!

Biar apa pun latarbelakang umat Islam, meraikan tetamu dengan juadah yang beraneka itu sesuatu kewajipan yang tidak boleh kata tidak. Bagaimana pula dengan tuan rumah yang kurang 'berada'?

Unik dan istimewanya orang Islam di Syawal ini ialah sikap memuliakan tetamu walaupun diri sendiri sebenarnya tidak mampu memberikan yang terbaik.

Syukur Alhamdulillah dan gembira dapat meraikan juadah yang ringkas lagi sedikit!

Syukur Alhamdulillah dan terharu kerana ia dihidangkan dari hati yang ikhlas.

Email pertama dari En Nardin

Bonjour, mon Capitaine! J'ai bien reçu votre message, merci. Le voyage KL/Paris s'est bien passé - c'est un peu long: 11 heures BKK - Munich, + 2 KL/BKK + 2 Munich /Paris...J'ai commencé à lire Bapaku dua alam, c'est pas facile... Bon travail à vous, et si vous continuez le français, comptez sur moi... Amicalement. Denis.

Sunday, November 06, 2005

Mencantum 'Puzzle' Tertua

Menurut sejarah, di antara kehebatan orang Arab jahiliyah adalah keupayaan mereka mengingati susur galur keturunan mereka. Kehidupan mereka dalam satu komuniti unik yang dipanggil 'kabilah' di antara faktor yang menyebabkan mereka mempunyai pengetahuan yang unik tentang susur galur keturunan mereka. Malah pengetahuan tentang susur galur ini merupakan sesuatu yang menjadi kebanggaan setiap kabilah untuk memberitahu kabilah lain tentang hebatnya keturunan mereka.

Setiap kali pulang ke kampung, antara yang paling menyeronokkan adalah bertemu sanak saudara yang bertemu hanya setahun sekali. Namun, ada ketika ada rasa 'kecanggungan' sikit bila bertemu saudara mara yang duduk berjauhan dan sangat jarang bertemu. Rasa sukar nak memulakan perbualan walaupun tahu mereka adalah 'sedarah' dengan kita.

Itulah kata orang kalau dah terlalu jauh dan terlalu lama tidak berjumpa dengan saudara mara, berlanggar bahu pun buat tak tahu. Lebih-lebih lagi jika hubungan saudara itu telah lama terputus kerana kematiaan orang-orang tua mereka.

Pada 2 Syawal yang lalu, saya telah diketemukan dengan saudara mara ibu saya yang telah lama terputus. Secara tidak sengaja, semasa beraya di rumah rakan isteri. Suami kepada rakan isteri saya ada cerita menarik tentang keluarganya dan keluarga ibu saya. Setelah diselidik dengan betul oleh ibu saya yang kebetulan menyertai rombongan raya saya, maka terurailah cerita mengenai Nenek Belanda. Rupanya Nenek Belanda itu ada kaitan dengan datuk saya. Ibu yang tidak puashati meneruskan penyiasatan ke rumah Nenek Belanda.

Nenek Belanda seorang yang telah tua, namun wajahnya ada iras wanita keturunan eropah dan begitu juga wajah anak dan cucunya!!

Rupanya, saya ada ramai lagi saudara mara yang saya tidak kenal dan telah berkembang dengan ramainya. Inilah yang dinyatakan tadi bahawa 'ilmu' tentang susur galur keturunan ini sememangnya sesuatu yang sangat berguna, berguna untuk mengenal diri sendiri dan jati susur galur keturunan.

Wednesday, November 02, 2005

Eid Mubarak


:: Selamat Hari Raya Aidil Fitri :: Maaf Zahir dan Batin ::
dari
Amir Azmi dan Keluarga