Wednesday, October 05, 2005

Grammaire II

Selepas dua hari tak der kelas, baru hari ini ada balik. Tapi En. Nardin nampaknya tak sihat. Dia sakit tekak. Dia kata, penyaman udara dalam bas yang bawa dia tu kuat sangat. Heran mat saleh nie, bukan diaorang dah biasa sejuk ker? mungkin sejuk campur panas kot! apa pun, dia nampak happy lawat KLCC dan Putrajaya.

Petang tadi belajar tentang tatabahasa. Gabungan antara a + article. Sebagai contoh;

a + le (lelaki tunggal) = au
Je suis a le festival = Je suis au festival

a + la (wanita tunggal) = tiada perubahan
J'arrive a la gare di Nord

a + l' (lelaki dan wanita tunggal) = tiada perubahan
Tu ne vas pas a l'hotel

a + les (lelaki dan wanita jamak) = aux
Rendez-vous a les arrivees de la gare
Rendez-vous aux arrivees de la gare

Seterusnya tatabahasa berkaitan 'bentuk negatif'.
Forme affirmative/forme negative

Telepone/Ne telephone pas
Telephonons/Ne telephonons pas
Telephonez/Ne telephonez pas

Ecoute/N'ecoute pas
Ecoutons/N'ecoutons pas
Ecoutez/N'ecoutex pas

Contoh;
Nous ecoutons la radio a 7 heures.
N'ecoutons pas la radio a 7 heures.

dan akhir sekali berkaitan dengan conjugaison: aller, prendre. Ini adalah salah satu tatabahasa Perancis yang mendapat pengecualian dari segi tatabahasa. Ini kerana ia mempunyai Imperatif Present ( lebih kurang macam ayat perintah).

Monday, October 03, 2005

Strategi pemasaran

Tidaklah saya kisah macam mana orang berniaga nak memasarkan produk mereka sehinggalah saya menonton rancangan Apprentice. Kagum dengan kehebatan kuasa 'pemasaran'. Sehinggakan produk yang tak begitu terkenal dapat dipasarkan dalam masa yang singkat. Terasa teruja ikut sama melibatkan diri dalam dunia perniagaan. Apprentice 3 yang baru tamat telah memperkenalkan pakar pemasaran yang bernama Kendra. Salah satu episod yang paling saya minat adalah persaingan menjual t-shirt yang terhad dari artis yang terkenal dalam masa yang terhad. Kendra telah menggunakan medium e-mail dan telah menghantar kepada semua peminat artis tersebut dan dapat menjual t-shirt dalam masa yang singkat. Sebaliknya, pesaingnya hanya mementingkan mutu dan melupakan strategi pemasaran. Sejak itu saya sangat berminat melihat strategi pemasaran yang ada disekeliling saya.

Pagi tadi, masa daftar kehadiran di pejabat tadbir. Ada satu helaian jadual waktu solat untuk bulan Ramadhan bagi Manjung dan kawasan yang sewaktu dengannya. Menarik tentang jadual ini ialah, ia dikeluarkan oleh sebuah syarikat sekolah memandu yang terletak di Komplek Pernama. Bertapa 'simple'nya jadual tu dan saya kira tidak mengeluarkan modal yang banyak tetapi memberi maklumat yang penting dan juga strategi pemasaran yang bagus. Bagi saya, Pak Yob menggunakan sedikit kebijaksanaan untuk keuntungan yang lebih baik!! Tres bien!

Le Note Du Dictionnaire I

Tengah hari tadi, Kapt Seach bagitau yang pensyarah Bahasa Perancis buat lawatan ke Kuala Lumpur. Dengar cerita, pi KLCC dan tempat-tempat yang sekawasan dengannya. Ingatkan kita jer yang pergi kursus nak jalan-jalan. Mat Saleh pun lebih kurang jer, suruh datang mengajar, dia pi jalan-jalan KL. Occay la tu, bagi dia lihat betapa Malaysia pun maju jugak macam Perancis. Eiffel Tower boleh lawan KLCC ker??

Walaupun hari nie takde kelas, pasal semangat! buat la juga ulangkaji sedikit. Nanti kalau tinggal lama-lama lupa pulak. Alhamdulillah juga, bekas anak murid dah anta massage dalam bahasa Perancis. Tres bien!! ada la ruang untuk saya belajar bahasa Perancis secara online dengan Asmahanna :P.

Nota untuk masa lapang hari ini adalah berkenaan Adjective, digunakan untuk memberi maklumat tambahan kepada noun(kata nama).

Petani ketakutan
Un fermier inquiet

Kucing hitam
Un chat noir

Buku nipis
Un livre epais

Seperti di dalam bahasa Melayu, adjective sentiasa berada di belakang noun(kata nama) tetapi sebaliknya belaku di dalam bahasa Inggeris. Namun, kadang kala adjective terpisah dari noun(kata nama).

Taman awak cantik
Votre jardin est beau

Seterusnya berkenaan Adverb, ia digunakan untuk memberi maklumat tambahan kepada kata perbuatan, adjective dan adverb yang lain.

Berjalan perlahan
marcher lentement

Sangat berpuashati
extremement satisfait

Agak kerap
assez souvent

Agreement (persetujuan), dalam menggunakan bahasa Perancis. kita mesti mematuhi 'persetujuan' yang telah ditetapkan agar perkataan kita berada di dalam keadaan teratur dan mematuhi satu sama lain. Ada dua persetujuan yang kita perlu beri perhatian.

Bersambung......

Semua nota nie saya ambil dari nota belakang kamus bahasa Perancis saya. cuma terjemahkan sahaja untuk memantapkan lagi pengetahuan saya dalam bahasa Perancis. :)


Sunday, October 02, 2005

Tu es etudiante!

Baru dapat massage dari bekas anak murid yang sekarang belajar kat Perancis. Merci madem Asamahana :). A dierman tu maknanya 'jumpa awak esok' dan A bientot tu untuk 'jumpa lagi'. Lepas nie boleh start berkomunikasi dalam bahasa Perancis nie pasal dah ada orang melayu yang saya kenal boleh cakap macam orang Perancis :). InsyaAllah.

Quelle heure est-il?

Pukul berapa sekarang? inilah pelajaran Jumaat lepas. Orang Prancis lebih suka sistem 24 jam. Waktu bagi mereka tidak mempunyai a.m. dan p.m. Bagi mereka ini lebih memudahkan kerana masa siang dan malam mereka tidak tetap. Kadangkala mereka mengalami siang yang panjang dan sebaliknya. Namun begitu, mereka tetap juga menggunakan simtem masa biasa. Teruatama apabila mereka berinteraksi dengan orang luar dari Perancis.

Il est une heure (du matin).
Masa sekarang jam 1.

Il est sept heures et quart.
Masa sekarang jam 7 suku.
Il est sept heures quinze.
Masa sekarang jam 7.15 minit.

Il est dix heures moin le quart.
Masa sekarang jam 10 kurang 45 minit.
Il est neuf heures quarante-cinq.
Masa sekarang jam 9.45 minit.

Il est une heure (de l'apres-midi).
Masa sekarang jam 1 tengahari
Il est est treize.
Masa sekarang jam 1300.

Il est six heures et demie.
Masa sekarang jam 6 setengah.
Il est dix-huit heures trente.
Masa sekarang jam 1800.

Il est onze heures (du soir).
Masa sekarang jam 11 malam.
Il est vingt-trois heures.
Masa sekarang jam 2100.

Pengetahuan tentang nmbor sangat penting kat sini kerana nak sebut masa kita tak boleh mengulang turutan nombor dari 1... kena cekap sebut nombor. Quelle heure est-il? Il est dix-huit heures trente. :)