Sunday, July 01, 2018

Shopping Lazada

Sebenarnya aku dah ada akaun lazada nie lama dulu, tapi tak pernah shopping kerana kebanyakan keperluan online-ku boleh didapati dari seller yang mempunyai web bisnes yang tetap. Kebanyakan barang online yang aku beli adalah peralatan kamera.

Selepas balik dari kelas kraf kulit, aku dapati, tidak semua peralatan yang dibekalkan mencukupi untuk memulakan kerja-kerja kraf kulit. Ada lagi beberapa perlatan penting sebelum aku memulakan projek kraf kulit. Oleh kerana Malaysia tidak mepunyai banyak syarikat berkait hobi baru-ku ini, ku memilih Lazada untuk mencari peralatan tambahan. Sememangnya tidak mengecewkan. Aku berbelanja hamri RM 200 untuk mendapatkan peralatan baru. 

In shaa Allah, apabila sampai saja peralatan yang dipesan, aku akan memulakan projek kraf kulit dari rumah-ku :)

Saturday, June 30, 2018

Kraf Kulit

Sejak keluar kisah beg-beg tangan mahal di media, aku mula membuat carian di Youtube tetang brand yang tak pernah aku kenal tetapi harganya sangat tinggi. Hasil dari carian itu juga aku temui kaedah membuat barangan kulit secara DIY. Dari satu video ke satu video yang membawa kepada minat untuk mempelajari membuat barangan kulit. Menjahit mengunakan dua jarum itu memang betul-betul mempersoanakan.

Bermula dari situ aku mula like group dalam Facebook yang bercakap tentang kraf kulit. Di Malaysia tidak banyak, mungkin kerana kraf ini kurang peminat atau belum diketahui dengan meluas. Pada masa yang sama juga, saya mencari kursus atau worksyop yang berkaitan dengan kraf kulit. 

Aku jumpa seorang sifu yang agak lama dalam dunia kraf kulit. Beliau adalah Mohd Dzhafry. Orang muda yang berbakat dan mempunyai minat yang mendalam dalam kraf kulit. Hari ini, lebih kurang jam 12.00 tengahari, saya tiba dirumahya untuk menghadiri kelas kraf kulit peringkat Asas. Teruja untuk hadir kerana nak merasa menjahit kulit menggunakan dua jarum seperti yang aku lihat di Youtube.

Pelajar pada hari ini ada 2 orang, tapi oleh kerana coursemate aku, Izzudin lewat sedikit, sifu suruh setup perkakasan yang aku baru terima. Memasang pelapik kulit pada pemegang kulit dan membuat sarung untuk pemotong kulit. Projek pertama kulit-ku!. Sesampai sahaja Izzudin, kelas kami bermula.

Bermula dengan teori dan diikuti denga amali membuat wallet minimal. Walaupun kelas yang simple tetapi memberi aku maklumat baru tentang kulit kraf. Sebelum balik, aku sempat membeli kulit asli untuk aku gunakan sebagai praktikal di rumah nanti. In Shaa Allah.

Tuesday, March 27, 2018

Langkah Pertama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, sejak ada FB, Insta mmg jarang nak update blog nie, kira penampilan sulung dalam 2018 :) Aku nak share sikit motivasi, semoga bermanfaat :)


Satu perkara yang aku belajar sepanjang hidup ini adalah never underestimate a little step that we do.

Dalam hidup kita, kita akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan setiap cabaran memerlukan usaha dan perancangan. Namun, setiap usaha dan perancangan itu sebenarnya kena mula dengan langkah kecil yang pertama. Masalah paling besar yang aku pernah lalui adalah bila orang lain pandang rendah, tak percaya, tak konfiden bagai dengan langkah kecil yang pertama yang aku nak cuba. Akibatnya, aku jadi ragu-ragu, tak yakin, tak percaya diri sendiri! dan akhirnya, aku cuma mampu melihat ia berlalu pergi! “Ruginya, aku tak dapat”

Sejak itu, aku tetapkan diri aku untuk mulakan langkah pertama dan terus melangkah. Aku rasa, itu perakara paling kecil aku pernah buat dan dia beri impak yang besar dalam hidup aku. Bila aku hadapi cabaran A, ia mememerlukan 1000 langkah. Aku mula dengan langkah pertama, terus dan terus hingga ke langkah ke-990 dan aku dapati aku GAGAL! Jangan bersedih, Senyum.

Aku hadapi cabaran B pula yang memerlukan 5000 langkah. Tapi kali ini, aku rasa macam langkah aku lebih besar. Ini dari pengalaman cabaran A dan aku rasa aku dah ada di langkah ke-300 dari 5000 langkah dalam cabaran B. tapi sayang pada langkah ke-4300, aku sangkut! Jangan bersedih, Senyum.

Challenge after challenge, move on, start with a little step, never doubt, and never underestimate!

Akhirnya pada cabaran M yang perlukan 45000 langkah, aku dah rasa macam aku lompat kat step ke-7600 masa nak mula, move on dan akhirnya, Alhamdulillah, Allah makbulkan doa aku!! J terbaik untuk diri sendiri

Memang langkah kecil itu memberi impak yang besar pada aku. Ia ajar aku menjadikan hubungan kekeluargaan aku lebih kuat, aku dapat jimat banyak wang dan kurangkan hutang, dapat improve pengajaran aku, kehidupan yang lebih adventure, happy dan selalu bersedia untuk kembali kepada Allah J

Usaha, Doa, In Shaa Allah J

Thursday, February 23, 2017

Hari ke 38 - Mengajar penuntut AMES

Pagi ini adalah MT yang ke 3. Mengajar menggunakan textbook tetapi mengajar penuntut dari AMES. Pelajaran hari ini adalah vocabulary dan juga listening, saya guru yang pertama.

Mereka datang sedikit lewat dan kelas bermula pada jam 0930H. 30 minit lewat, mungkin ada masalah kehadiran dan 19 orang penuntut hadir untuk latihan mengajar kami. Untuk kelas saya, ada 6 orang pelajar, 2 wanita dan 4 lelaki. Kelasa saya mengambil masa 50 minit dan melibat dua bahagian yang besar. Pada asasnya, perjalanan kelas berjalan dengan lancar dan level pelajar yang diperlukan untuk pengajaran juga menepati. Setelah selesai kelas pertama, pelajar berehat selama 15 sebelum mengikuti kelas yang kedua. 

Oleh kerana saya merupakan pelajar pertama, maka menjadi tanggungjawab untuk memastikan makanan tengahari disediakan sebelum kelas kedua habis. Alhamdulillah dengan bantuan coursemate yang terdiri dari 6 wanita dapat menyempurnakan makanan tengahari yang lazat.

Tuesday, February 21, 2017

Hari ke 36 - Menulis dan ESP

Hari ini tak banyak kelas kerana banyak masa diberi untuk persiapan MT AMES. Cuma ada dua kelas sahaja hari ini iaitu kelas mengajar menulis oleh John dan kelas ESP (English for Specific Purposes) oleh Trudi.

Dari pengalaman belajar bahasa Inggeris di Malaysia memang didapati, mengajar menulis adalah perkara yang mempunyai komitmen yang sangat besar. Bahan pengajarannya amat mudah disediakan tetapi memerlukan banyak masa untuk membetul dan memperbaiki hasil tulisan pelajar. Pada kelas hari ini John memperkenalkan 'process writing' dan 'output writing'. Ini adalah dua elemen penting dalam menyediakan pelajar untuk memulakan penulisan yang lebih baik dan kreatif. 

Pengajaran terbahagi kepada dua dengan guru memperkenalkan contoh penulisan seperti membezakan antara penulisan surat dengan penulisan di email, surat rasmi dengan surat tak rasmi dalam 'process writing'. Kemudian pelajar di dedahkan cara untuk membalas email tersebut dengan menggunakan kaedah menyusun ayat. Di sini pelajar di dedahkan cara bagaimana susunan sebuah email balasan. Aktiviti ini diteruskan dengan 'output writing' yang memerlukan pelajar membalas email komplen kepada masalah yang dinyatakan di dalam soalan itu. Ini jauh berbza dengan kaedah pengajaran penulisan terdahulu yang banyak menuntut pelajar berfikir secara kritikal sendirian. Kelemahannya adalah, pelajar akan berhenti menulis kerana sikap malas untuk berfikir secara kritikal.

Konsep ESP yang selama ini saya pegang ternyata tidak begitu tepat. Sebenarnya, ESP adalah satu bentuk pengajaran bahasa Inggeris untuk membantu pelajar menguasai ilmu yang berkaitan dengan kemahiran mereka. Kemahiran itu mungkin sains, perubatan, perniagaan dan sebagainya. Khusus kepada sekelompok pelajar sahaja. Guru yang mengajar ESP tidak semstinya mahir dalam bidang tersebut tetapi sangat mahir dalam penggunaan laras-laras bahasa yang berkaitan dengan bidang tertentu. Namun begitu, seorang yang hendak mengajar ESP perlulah mempunyai sedikit asas tentang kemahiran yang berkaitan agar pengajaran bahasa Inggeris itu selaras dengan bidang kemahiran tersebut.

Sebagai contoh, guru yang mengajar bahasa Inggeris untuk juruterbang tidak akan menyampaikan ilmu penerbangan tetapi sekurang-kurangnya mempunyai asas pengetahuan berkaitan pernerbangan dan sangat mahir tentang bahasa Inggeris yang digunakan berkaitan dengan penerbangan. Alhamdulillah, semoga Allah memberkati ilmu yang ku terima dariNya. Ameen.